Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang,



Kita sambung lagi citer pasal buffet ramadhan 2016 dan kali ini aku sharekan dengan korang buffet buka puasa di Temptation Cafe, Rennaissance Kuala Lumpur Hotel.











Lebih daripada 100 jenis hidangan bertemakan ‘Malaysian favourite’ yang senantiasa mendapat tempat di hati kita ketika bulan puasa. Segala jenis makanan ditawarkan di buffet ramadhan ini nanti dan yang best sekali siap ada fruits buffet yang menampilkan durian as kepala meja hahahaha carut sangat ayat ek














Daripada hidangan authentic pilihan tempatan seperti kerabu, jeruk dan pelbagai jenis sambal yang di hidangkan sekali bersama Nasi minyak, Nasi hujan panas dan Nasi bukhari dan tidak ketinggalan juga hidangan lauk pauk yang mampu menambahkan selera korang di bulan puasa nanti untuk berbuka













Hidangan all time buka puasa favourite termasuklah Gado-gado, Rojak buah, Pasembor, assorted crackers, pickled fruits dan tak lupa juga hidangan harian Roasted whole lamb bersama sos percik dan grilled vegetable serta hidangan bubur lambuk disediakan sepanjang bulan ramadhan ini nanti 

Untuk buffet “MALAYSIAN FAVOURITE” ni, ianya bermula dari 7hb Jun 2016 hingga 6hb Julai 2016 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Harga buffet ramadhan di RENAISSANCE Hotel ni adalah

RM145nett untuk dewasa

RM73nett untuk kanak-kanak

RM170nett untuk seorang termasuk hidangan the all-you-can-eat D24 durian. 

RM99nett untuk seorang untuk hidangan D24 durian sahaja





Early birds will also enjoy great savings as the buffet is priced at RM145nett per person inclusive of all-you-can-eat durian and RM110nett per person for the Buka Puasa Buffet only from 7 June to 12 June and 1 July to 5 July 2016. 

All prices or charges are inclusive of 10% Service Charge and 6% Goods & Services Tax (GST).

Jom kita ke

RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03 2716 9388 

Like us on Facebook www.facebook.com/RenaissanceKL

Instagram renaissancekualalumpur 


Selamat menjamu selera uolls!

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.




Sunday, June 28, 2015

Festival Buffet & BBQ Di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Lama pulak tak citer pasal makan-makan di hotel kan.

Ini ada promo makan sedap di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel KL ni. 


Alunan muzik esotik band gamelan bakal menyambut kedatangan korang ke Buffet Perayaan yang menawarkan himpunan pelbagai hidangan makanan tradisional Melayu sebagai tambahan kepada Cina, India, Jepun, Itali dan hidangan barat yang lain.


Sebahagian daripada buffet perayaan tersebut, terdapat juga hidangan yang bertema barbeque (BBQ) di café ni. Pilih je pelbagai jenis makanan yang di gril daripada tiram berair panggang atas api atau Ayam Percik mengeluarkan aroma yang haru, kerana ianya di panggang atas api.

Kambing golek menjadi hidangan highlight bagi buffet ni. Ianya dihidangkan sekali bersama nasi beriani berempah, kentang panggang, sayuran segar dan sos rosemary yang dicicah dengan daging kambing tersebut.

Ada lagi menu special ek seperti Ikan Pari BakarAsam Pedas dan juga hidangan lemang macam Lemang Pulut, Lemang Pulut Hitam dan Ketupat Palas dengan daging lembu, ayam atau serunding ikan. Ada juga Kari Kepala Ikan dan Beef Rib bersama Mild Curry Sauce di masak secara slow cooked, Daging Batang Pinang Masak Hitam, Udang Harimau Masak Rendang Pedas, Sambal Sotong and Bubur Lambok.

Harga ‘Festive Buffet’ di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel ni adalah

RM155nett untuk dewasa dari Ahad - Jumaat 

RM77.50nett untuk kanak-kanak 

Dan pada hari sabtu ‘Seafood Night’, harganya adalah

RM188nett untuk dewasa 

RM94nett untuk kanak-kanak 

Untuk tempahan dan info lanjut boleh hubungi (03) 2074 3900 atau email restaurantreservations.slkl@shangri-la.com atau pun layari www.shangri-la-specials.com.

Jom kita ke:-


Lemon Garden Cafe
SHANGRI-LA Hotel,
11 Jalan Sultan Ismail, 
Kuala Lumpur, 50250, Malaysia
Tel (60 3) 2032 2388
Fax (60 3) 2070 1514

Tak pun, klik je LINK TEMPAHAN MEJA ni untuk booking table ek hehehehe

Friday, July 18, 2014

Buka Puasa Di Vistana Hotel, Berdua Je

Hi Korang,

Abis dah projek review buffet ramadhan.

honestly dah abis wokeh

Tapi jemputan buka puasa luar tu senantiasa ada lah, sampai tolak-tolak dan pass kat blogger lain untuk diorang cover plak. Cukup-cukuplah aku menulis pasal buffet ramadhan 2014 ni ek.


Walaupun aku dah pernah buat review ramadhan buffet di Vistana Hotel ni kan, pihak hotel sudi mengajak sekali lagi aku ke sana untuk rasa suasana time buka puasa plak. Ingat ek masa review dan masa real buka puasa lain tau. 

So aku dengan Mr Big je lah, kebetulan hari isnin tu dia cuti jadi mengekor dia ikut aku pi buat kerja luar kan. Kira bekerja sambil berdating la ek

Sampai sana dalam kul 7.00pm cam tu, just nice. Bagi voucher then terus pi naik tingkat 3.

Memang line up buffet bukan main banyak, nampak cam sedap-sedap belaka. Malas nak tunggu beratur panjang, ambil jelah dulu apa yang nak makan.

satay daging, spagethi dan macaroni cheese

kuayteow dan meehoon, ermm lama tak makan

paru berlado, ayam tandori, sambal tempe, ayam kunyit, kepok dan nasi beriani

Lepas buka, bangun 2-3 kali ambil makanan then trus je ktorang balik. Malas nak lama-lama, datang pun untuk makan je kan.

sagu gula melaka

kuih muih platter

hehehehhehe

Once again, thank you Vistana for the invite. Lepas ni, nak datang lagi ke sini review bilik plak ye.