Showing posts with label bazaar ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bazaar ramadhan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Mini Burger Di Bazaar Ramadhan Jasin


Hi Korang,

Selalunya korang tengok burger saiz yang biasa je now dah ada mini burger plak tau.


Mini burger ini aku discover masa pergi bazaar ramadhan di kampong aku kat Jasin tuh. Tengah duk leka jalan-jalan tup tup Mr Big boleh terpandang plak

Burger comel ni kan. Memang comel sangat lah dan murah kan.


Ini adalah daging ayam dan daging yang telah pun disalai terlebih dahulu sebelum di buat daging burger


2 bekas ni iaitu serunding ayam dan serunding daging akan di letakkan diatas daging tu nanti untuk tambah kesedapannya


Tengok tu daging di goreng lagi sebelum di susun jadi sebiji burger. Betul ke ayat aku ni ek


Ok its time tu susun. Letak itu letak ini

Dan tada…

Tak sabar nak makan time buka dan tak sempat jugaklah aku nak ambil gambar coz adik aku dah sebat 3 biji sekali time buka. Sedap sangat rasanya. Belum pernah dia jumpa lagi mini burger ini sepanjang bulan puasa ni.

Ishkk memang tau…

So tak de rezekilah korang nak tengok camne rupa bentuk mini burger tu bila dah siap kan. Nanti aku balik buka dengan mak aku, aku pi beli lagi ek




Tuesday, August 17, 2010

Baru Balik Dari Bazaar Gesel Bang..

Hi Korang,

Ewah2 bila entry pasal nuffnang je, terus meletops kan. Semua nak tau apsal aku I Love U sangat kan. Dah2 tak de entry pasal buffered earning lagi nie.

Nie aku nak tanya pandangan korang tak berapa nak terang tu kan, sebab sibuk melayan mata yang kuyu kan akibat banyak makan masa buka tadi tu kan.

Betul ke bazaar ramadhan nie bazaar gesel? Hah korang tengok gambo2 yang aku cilok dari pakcik google nie



Hah, betul tak apa yang aku tulis tu kan. Memang mana2 bazaar ramadhan sekarang nie memang sesak dengan orang. Tak kiralah melayu, cina, india, orang indon, mamat bangla dan nepal pun ada. Maklumlah memasing mencari juadah untuk berbuka puasa kan. Tapi bila dah ramai2 dah bergesel2 tuh, macam2 bau yang lalu kat hidung aku selain daripada bau2 ayam2 golek dan ayam percik yang harum tu kan. Lagi dekat bergesel lagi menusuk terus ke hidung. Kekadang tu aku rasa sampai tak boleh nak bernafas. Betul tak nyah?


Tapi tak boleh nak salahkan pengunjung yang datang jugak kan. Para peniaga pun penyumbang pada bazaar gesel nie. Mana tak nya, kalau pacak meja makin hari makin kedepan so ruang pengunjung nak berjalan tu dah makin sempit. Itu tak kira lagi pengunjung yang stop by nak beli makanan kan. Lagi ramai orang kat gerai tu, makin jem tempat lah so makin menjadi2 lah bergesel2 kan.


So untuk elakkan diri dari terus jadi mangsa geselan, korang pegilah awal sket. Kurang sket orang. Tapi kalau dah tak dapat nak elak, korang terus jelah bergesel tu ek. Tapi jauh2 sket lah janganlah dekat sangat. Mana lah tau jadi benda lain plak kan. La aku tak cakap pun pasal kena raba lah tapi pasal penyeluk saku. Jaga-jaga korang ingat bulan puasa nie diorang tak buat keje ke?

Hah, bazaar ramadhan tempat korang bergesel tak? Kalau tak bergesel tu, bazaar tempat korang tu tak popular la kan. hehehhehehe..

Thursday, August 12, 2010

Ini Penting, Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Seluruh Malaysia 2010

Korang,

Disebabkan 1st day puasa nie, aku buka puasa agak lambat sket sebab tak perasan waktu berbuka. Balik kerja trus zazz ke bazaar ramadhan yang betul2 kat simpang 3 depan rumah aku nie. Punya lah jem, siap RELA jaga traffic tau. Parking dahlah jauh, so kenalah menampak jalan. Terasa kurus sket aku hari nie.


Bila sampai bazaar ramadhan nie, masyaallah ramainya orang. Boleh jem2 lagi bila nak jalan. Pelbagai menu yang di jual. Memang rambang mata lah. Nasib baik dalam duit ada RM10.00 so dapatlah jimat sket kan

Dah habis memborong, terus balik. Sampai rumah buat apa yang patut and then lepak tengok Epilog Syurga Cinta (yang Eyriqazz kata best tuh)sambil tunggu waktu nak buka. Tup2 dengar orang kat masjid depan. Berlari2 aku bawak makanan depan tv. Apa lagi trus bedal lah. Mr Big terus pesan, lain kali semak waktu buka nie. Kalau tak jadi cam nie lah kan.

So aku pun terus google jadual waktu buka dan imsak, banyak jugak yang aku jumpa. Majoriti ramai bloggers dah post entry nie, itu yang senang cari tu.

So korang check it out kat sini lah..

Cilok Dari : CikMin Jangan marah tau.

So apa macam? Ok kan. So pas nie tak delah tersasar lagi. Bagi korang2 yang tinggal kat luar KL nie boleh korang click kat sini. Semua tempat ada. Senang kan?

p/s: Janganlah  esok aku bantai membuta depan tv lagi ek. Bahaya betullah...