Showing posts with label The Butterfly Project. Show all posts
Showing posts with label The Butterfly Project. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Matis Profesional Skincare Launch In Malaysia

Hi Korang,


Pagi ni meh aku nak kongsikan berita kecantikan. Wah kecantikan sangat uolls ek.


Satu rangkaian produk kecantikan ‘Matis Professional SkinCare’ jenama yang berasal dari Perancis ni. Majlis pelancaran ni di adakan di Restoran Passion Road yang terletak Jalan Yap Kwan Seng. Agak tersorok sket kalau korang tak biasa kat area ni ek tapi viewnya sangat cantik.





‘Matis Professional SkinCare’ adalah satu jenama salun kecantikan kosmetik yang telah berada di pasaran sejak tahun 1936 dan sedang digunakan secara meluas di lebih 70 buah negara. ‘Matis Professional SkinCare’ sentiasa meletakkan keperluan pengguna mereka yang pertama dengan memastikan produk penjagaan kulit adalah sangat unik dan berkesan. Mereka akan memastikan bahawa produk mereka menjalani setiap protokol dan teknik untuk memastikan produk standard kualiti yang tinggi.



Seorang pelatih kecantikan dari ‘Matis Professional SkinCare’, menjelaskan kepada para tetamu mengenai kepelbagaian produk mereka yang memenuhi keperluan kulit pengguna.

Rangkaian produk ‘Matis Professional SkinCare’

REPONSE PREMIUM  
untuk mereka yang berumur 30 tahun keatas yang diperbaut daripada caviar.

REPONSE JEUNESSE 
Untuk mereka yang berumur 20 – 40 tahun, anti penuaan

REPONSE PURETE 
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak

REPONSE CORRECTIVE 
Untuk lelaki dan wanita dari umur 30 tahun melalui kesan 3 kali ganda yang santai.

REPONSE VITALITE 
Untuk mereka yang selalu stress, overworked, letih, boleh melindungi sel-sel kulit

REPONSE DELICATE 
Untuk kulit sensitif dan lembut


Kebanyakan produk ini boleh di dapati di salon-salon kecantikan terkemuka di Malaysia ni, kalau tak spa ke mesti ada punya la


Kalau korang nak tau details lagi mengenai ‘Matis Professional SkinCare’,  korang boleh layari link ni ek

Official Website : 

Facebook Page : 


Friday, March 7, 2014

Spa Kaki Di KENKO Fish Spa, Pavilion




 Hi Korang,



Kita ni kalau bab muka bukan main belek lagi kan, cuba tengok kaki memasing.



Ya ampun, berkerak bagai. Ada tuh kering nau nampaknya itu belum kira hitam-hitam kat bahagian tumit tu kan. Kaki pun sama penting gak wei dengan muka.


Dapat je peluang berouting dengan bebudak comel dari The ButterflyProject ni, haruslah aku tak lepaskan. Yelah ko sekali sekala chillax dengan pompuan-pompuan kan, best apa.


Lepas hantar Mr Big kat Sg Wang Plaza, aku terus je drive ke Pavilion. May be awal lagi kot so parking still banyak kosong lagi. Naik pi minum kopi jap then baru ke KENKO Spa Fish ni.

So ktorang pi berendam kaki di Kenko Fish Spa kat Pavilion ni. Sebab terlalu ramai so kena buat 2 session. Aku haruslah kena 1stsession coz aku nak lepak plak dengan Mr Big lepas tuh. Hehehhehe biasalah laki bini kan.


Ktorang dapat kupon dari Worthy Book ni.

Boleh rendam kaki, kasi ikan makan daki-daki dalam masa 30 minit. Kira okla tuh.

Sebelum tu, sila basuh kaki dulu kat tempat yang telah disediakan. Ikut prosedur dalam gambar tuh ek. Kena cuci kaki dengan special sabun, mana tau kaki korang cagu ke kan, at least ikan-ikan tu taklah mati lepas makan daki korang

Marilah celup kaki ke dalam kolam la ek




Dah lama gak tak buat fish spa ni. Masa nak celup kaki ni dalam air, ma koi banyak benau ikan yang datang. Memula rasa geli pas tu rasa best plak. Yelah ko segala daki-daki kita dia bersihkan.

Bebudak pompuan ni memang kelakar betul, ada tu siap jerit macam di sampuk hantu bagai. Giler ar. Nasib baik spa ni hujung sekali, kalau tengah-tengah rasanya satu Pavilion boleh dengar diorang jerit kan.




Ikan-ikan dalam kolam ni baik-baiklah moi, tak makan jari kaki pun. Ada gak ikan besar tau, yang tu aku terasa sket cam dia mengigit tapi bukan sakit mana pun.

Nak tau berapa harga sebenar kalau without guna Worthy Book kupon

RM38 untuk 30 minit

Murah kan. Alah sekali sekala pun nak berkira kan


Memang sangat seronok wei, sekali sekala memanjakan diri kan

Anyway thanks to The Butterfly Project and Worthy Book jugak tau



Wednesday, January 15, 2014

Yadah Spring Festival Party With The Butterfly Project

Hi Korang,

Rasanya ini beauty event yang pertama untuk tahun 2014 ni.


Yeah, aku suka pi event beauty ni sebab dapat jugak kengkawan blogger yang sangat cantik, gorgeous dan meletopss ouls, dan yang best tu diaorang ni sangat giler-giler belaka.



Lepas dari kenduri kahwin blogger Yana Yassin hari tuh, terus je aku shot ke area TTDI ni. Sebab tak berapa pandai jalan-jalan dalam ni, berpusing jap aku sekejap. Nasib baik dapat parking spot cantik. Rupanya Cafe Little Wonton ni kat tingkat atas, kalau team Butterfly Msia ni tak letak signage haruslah lagi sesat barat dibuatnya.



Ok sebelum masuk, kena register dulu cam biasa. Si Illy comel dan si Ayna yang cantik dah tunggu depan pintu. Ok amik kedatangan baru leh masuk.

Masuk masuk je, letak beg terus pi amik gambo. Yeah, meh bercamwhore apa yang menarik di dalam Little Wonton ni ek.













Hah cam nak muntah tak korang tengok gegambo ni kan. Arghh sudah, event dah nak start ni.

Ktorang di perkenalkan dengan Yadah's brand manager, Ms Elaine.



Meh dengar sket apa yang Ms Elaine nak story mory secara roughly kat ktorang pasal Yadah ni ek.

"Yadah is a range of botanical skincare products for teens and young adults formulated with natural plant extracts like essential oils, floral water, barks and traditional herbs etc. that works in perfect harmony with the skin. The gentle yet effective formulas are 100% free from artificial colouring, preservatives, mineral oil, and sulphate and do not contain animal extracts of any kind. They are most suitable for young skin as this particular age range have more tender skin that is more vulnerable to harsh chemicals."



Tengok beberapa slide ni mesti korang lagi paham lah.


Dah paham sket ek, good girl.


Lepas tu plak ada challenge Test & Compare.


Ktorang kena teka yang mana satu agaknya Oh My Sun Block keluaran terbaru Yadah ni. So memasing bukan main lagi menggunakan segala deria yang ada. Bau, rasa cuma makan je tak boleh.


Eh ada lagi test Yadah Lip Tint Balm.





So Dina dan Jen furfer volunter untuk challenge ni. Sapu Lip Tint Balm ni kemudian makan semangkuk noodle. Siapa cepat dia pemenangnya. Hebat diaorang ni, sampai tak de pemenang. Dua-dua dapat hadiah. Terbuktilah Yadah Lip Tint Balm ni still tidak akan hilang walaupun kita makan sebanyak mana.


Ada satu lagi ni Yadah Bubble Deep Cleanser


Ktorang lukis apa jua kat tangan guna eyeliner tak kisahlah. Kemudian bersihkan dengan Deep Cleanser ni. Memang betul ko, hilang wokeh apa yang di conteng tadi. Kira dapat jimat sket tak yah beli makeup remover coz guna cleanser ni dah boleh.

Penat main-main dengan produk Yadah ni, its makan time,



Ktorang dihidangkan dengan pelbagai jenis menu dari Little Wonton ni yang aku sendiri tak pernah nak makan. Ada Kaya Banana Wonton, Sausage and Cheese wonton, Chocolate Banana Wonton sebagai kudap-kudapan. Makan time panas-panas plak memang lazat.


Charcoal Noodle in Spicy Thai

Sangat terbaik oo. Tak pernah makan mee warna hitam cam ni, di tambah plak dengan kepedasan tahap 6, memang awesome.







Lepas makan dan sambung bercamwhore lagi, terus je balik coz petang tuh nak ke tempat lain plak. Tak dapat nak lepak lelama dengan bebudak ni.

 

Ni di antara produk yang aku dapat dalam Yadah goodies bag ni:

Pure Green Toner & Emulsion
Bubble Deep Cleansing
Oh My Sun Block & Mini
Lip Tint Balm
Highlash Mascara
Brightening Ampule x2
Sweet Milky Tint

Terima kasih pada Yadah & The Butterfly Project coz bagi aku peluang sekali lagi join event yang sangat sangat berinfomatif dan best ni. Tak sabar nak join lagi event-event yang lain lah lepas ni tau.


Kalau korang teringin sangat nak beli produk Yadah ni, boleh di dapati di semua Sasa outlets dan juga secara online di


Meh check it out diorang ni semua ek


Yadah


Little Wonton, TTDI (above Speedmart 99)
20-1, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Operation hours:
Mon-Fri: 12:00pm - 10:00pm
Sat-Sun: 11:00am - 10:00pm

The Butterfly Project

Facebook: