Showing posts with label Publika. Show all posts
Showing posts with label Publika. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Hey LAZADA Malaysia, Happy Birthday!


Hi Korang,

Siapa yang kaki shopping online mesti tau Lazada nie kan.


Lazada merupakan online shopping mall yang terkenal di dunia cyber di Malaysia ni. Daripada tablets, cameras, home appliances, produk kecantikan dan kesihatan, barangan sukan, buku-buku hingga ke barangan keperluan bayi semuanya ada di jual di sini.

Memang pun kalau buka website ni, agak terpesona dibuatnya. Mana tak, harganya lebih murah dari pasaran luar. Kita boleh jimat up to 50% dari harga sebenar. Tambahan plak, penghantaran PERCUMA lagi lah bertambah jimat kan.


Aku dapat invite ke 1st Anniversary Party LAZADA ni di Black Box, Publika. Nasib baik terjumpa Deq Noor dan Bro Framestone, kira ada gak member kan.  Duduk ktorg semeja dengan mainstream media yang lain.


Acara di mulakan dengan video presentation, cara-cara team LAZADA berkerja secara live. Dapatlah tengok cam ner diorang handle segala order yang masuk. Nampak begitu efisen sekali.

Ada sedikit speech dari senior management LAZADA


“Based on these three key elements – offering a great range ofproducts, providing an excellent shopping experience and ensuring exceptional customer service, Lazada will inevitably attract more savvy online shoppers” komen Max Bittner, CEO of Lazada Southeast Asia.


Central to its success has been the Lazada Promise campaign, which includes a commitment  to deliver goods to buyers within 48 hours to 78 hours, a best price guarantee when comparing to other key retailers, and 1 14-day hassle-free return policy.


Sempena dengan ulangtahun yang pertama ni, LAZADA akan melancarkan satu aps  iaitu Lazada Smartphone App dan lain-lain e-Commerce aps lagi bagi meningkatkan hasil jualan mereka.

Lepas ni, lagi ramai yang duk bershopping ye tak?

Ok back to party..


Selain daripada makan-makan, ada gak surprise lucky draw. Tapi cam biasa aku kurang bernasib baik lah, its ok. Itu kan nasib so tak kisah sangat lah.


Anyway thank you LAZADA for this special invite and awesome gift yang diberikan. Pakai kotak delivery LAZADA je, tak yah nak dalam paperbag kan. Memacam ada dalam kotak tu tau.

All the best to LAZADA Malaysia...

Ok, meh sambung shopping balik tau..



Thursday, February 7, 2013

Johnson + NEELOFA + Nurita Harith = Fashionista Gaya Ayu


Hi Korang,

Lama tak citer pasal event ek, bukan apa press releasenya baru jumpa.


Boleh tulis based on experience but ada some facts plak, kang kalau salah mak jugak yang kena nokss.


Johnson’s Body Care (JBC) siapa yang tak kenal? Masa mak aku time jaga anak orang dulu, menda alah ni lah yang dia tepek kat badan bebudak kecik ni. Wangi katanya sampai aku sendiri boleh terpengaruh dah sampai la ni duk gunakannya.


Johnson BC memberi penghormatan kepada kecantikan kulit yang lemut melalui pertunjukan fesyen eksklusif penampilan koleksi ‘Gaya Ayu’ oleh pereka fesyen Nurita Harith dan digayakan oleh selebriti pengacara TV dan pelakon Neelofa Mohd Noor dan Megan Tan serta pelakon Almy Nadia.


Neelofa

Megan Tan

Almy Nadia

12 jenis rekaan yang menampilkan fabric satin dan sifon serta kain lembut berjaya menarik tumpuan sidang media di persembahan fesyen penuh kelembut bertemakan ‘Serlahkan Keayuanmu’. Cantik-cantik koleksinya, eh aku plak yang lebih ek.




Diilhamkan berdasarkan rangkaian Johnson BC, keindahan busana koleksi ‘Gaya Ayu’ Nurita Harith menyerlahkan lagi kecantikan kulit wanita yang lembut dan menghasilkan gaya yang penuh kewanitaan untuk para wanita Malaysia yang moden dan berkeyakinan secara sempurna-sama ada untuk bekerja, menghadiri majlis makan malam atau chill out with friends.

Eh, belum abis lagi la..

Baca ni


Sempena dengan pelancaran koleksi ni, Johnson BC turut menjemput para wanita Malaysia menjadi fashinista tersendiri dan mempamerkan diri dalam gaya yang tercantik dan penuh dengan kelebutan melalui suatu peraduan yang mengutamakan kepentingan memiliki kulit yang lembut dan cantik untuk menyerlahkan lagi pilihan fesyen tersendiri, sama ada kasul, bergaya atau formal.


3 orang pemenang akan membawa pulang pakaian yang direka khas oleh pereka Nurita Harith dan juga berpeluang muncul dalam buku fesyen digital bersama selebriti Neelofa, Almy Nadia dan Megan Tan, wang tunai RM5,000 dan hamper produk Johnson & Johnson bernilai RM100.


Rangkaian losyen Johnson Body Care ini diperkayakan dengan bahan semulajadi, dirumus demi melembapkan kulit kering yang tidak bermaya dengan mudah, menjadikan lemut licin dan cantik berseri. Rangkaian produk kulit ini terdapat dalam empat pilihan iaitu 24 Hours Lasting Moisture Body Lotion ; Oxygen Fresh, Gel Lotion ; Melt Away Stress Daily Calming Lotion dan Naturally White Daily UV Lotion.

So kengkorang yang kaki fashionista tu kalau nak tau lebih info pasal online contest ni jom check it out Peraduan Serlahkan Keayuanmu di www.facebook.com/JBC


Ishk sapu losyen kat tangan sket, baru la best nak dipegang-pegang kan.





Thursday, June 21, 2012

Thanuja Masterchef Selebriti Yang Cantik

Hi Korang,

Dapat jugak aku bergambo dengan Miss Malaysia Thanuja Anathan ni masa event Dermalogica hari tuh kat Publika. Cantik orangnya. Kurus dan sesangat tinggi.

Bagai langit dengan bumi kan, beza sangat

Dek sebab terlalu tinggi itu yang sampai tukang ambil gambar aku ni terpotong rambut dia.

Sempat jugak aku tanya dia siapa jadi juara Masterchef Selebriti nanti. Dia cakap tak tau lagi sebab shooting pun belum abis lagi sambil dia senyum2 rahsia gituh.

So korang, sila maafkan photographer blogger aku ni dah macam cacat gambo aku ni kan. Iskk even K Ina KL pun pandai ambil gambo tau.

CLP notes : mood sedeyyyy.. baru nak jadikan FB picture profile ermm tak per la



Tuesday, June 19, 2012

Belajar Masak Dengan Dr Shahrin Dan US Potatoes @ Fotile, Publika

Hi Korang,

Aku memang suka pi belajar masak-masak ni, ye lah kan orang tak pandai masak so haruslah pergi belajar kan. Thank to Ayu yang ajak aku ke event belajar masak ni. Kak Ina yang dah terrer masak pun pergi belajar jugak ye.

KentanG pelbagai kaler tau


So chef yang mengajar ktorg untuk event tu ialah Dr Shahrin yang merupakan salah seorang pensyarah di UPM yang sudi berkongsi resipi beliau dengan menggunakan US Potatoes. 3 resipi yang aku rasa cukup simple walaupun bahan nampak macam complicated iaitu Puding Kentang bersama sos coklat, Bergedil Daging berherba dan Sambal Udang Kentang.


US Potatoes merupakan salah satu pengeluar kentang yang bermutu di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis kentang untuk kegunaan masakan harian kita. Ada kentang russett, kentang kuning, kentang merah, kentang biru-purple dan memacam lagi lah. Memang banyak dan korang boleh check it out kat website ni ye.


So sambil Dr Shahrin masak tu, sempat jugak beliau berkongsi rahsia mengenai tips memasak. Hah ko, memacam yang aku tak tau jadi tahu. Cara masak sambal udang yang betul, cara jaga santan jangan sampai pecah minyak, penggunaan jenis-jenis kentang yang sesuai dalam setiap masakan dan memacam lah.

Lenyek kentanG tu ye chef

Dapat juGak manGkuk luminarc kan

Nak tau rupanya Kak Ina kita tu menang dalam Peraduan Resipi Air Tangan Ibu. Hah ko, dia sendiri pun tak sangka yang resipinya di pilih sendiri oleh Dr Shahrin. Apa lagi, kena buat demo cara masakan sekali kan. Abis mengeletar tangan kan kene demo dengan penonton lain. Aku dengan Ayu pun ada jugak hantar resipi tapi tak terpilih, alah tak per lah Kak Ina masak sedap dah tentu dia boleh menang punya lah


AGar-aGar KentanG denGan Sos Coklat

Sambal UdanG KentanG

Memang sekejap je bila dah tau skill memasak, tengok Dr Shahrin tu masak tak sampai 1 jam lebih beliau berjaya siapkan 3 hidangan yang memukau selera aku yang tak breakfast dari pagi tu kan.

Sempat Amira (Jelita) interview Ayu


Lepas abis cooking workshop ni ada penyampaian hadiah sket untuk peraduan dapur idaman anjuran majalah Anjung Seri yang hadiahnya cukup lumayan. Aku tukang tengok je lah sapa yang menang kan sambil Mr Big ambil gambar diorg ni. 




Sambil tengok sambil ke belakang dan terus pi makan kan maklumlah time tu dah lunch pun. Sedap gak menu yang dihidangkan walaupun simple je.


Cooking Workshop ni anjuran Majalah Jelita dan Anjung Seri bersama penganjur US Potatoes dan Fotile Kitchen. Memang cantik Fotile Kitchen ni, kalau aku dapur beso mau aku suruh Mr Big beli dapur dengan oven sekali.

Aku yanG Gemuk

bloGGer kaki makan + masak

Anyway thanks to Amira dari Majalah Jelita yang sudi menjemput ktorg ni. Hopefully kalau ada event sebegini lagi ajak lah ye. Mr Big pun suka gak pegi coz dapat upgrade skill ambik gambo dia jugak.

Ini baru Gila kentanG

CLP Notes : Lain kali beli majalah so barulah boleh join cooking workshop sebegini ek