Showing posts with label Media launching. Show all posts
Showing posts with label Media launching. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Maju Home Concept Store Kini di Puchong

Hi Korang,

Ahad yang berjerebu lepas, tak menghalang aku untuk ke pembukaan rasmi Maju Home Concept ni.


Sebelum ni aku pernah perasan kedai yang berkonsep ‘One Stop Furniture Mall’  ni di Setapak. Now kini dibuka di Puchong plak. Rupanya Maju Home ni dibuka pada tahun 1987 di Kuala Lumpur, hah betul lah outlet yang aku nampak tu kan.

Ermm mesti good business kan.


Biasanya kalau family business memang berkembang dengan cepat coz ramai pelanggan setia dah kenal so lagi senang nak berurusniaga.








Konsep ‘One Stop Furniture Mall’ yang unik ini memanfaatkan para pelanggan, dari segi harga yang berpatutuan dan pilihan yang buat aku rambang mata. Selain itu, para pelanggan dapat memilih perabot dan perkakas rumah mereka, sebagaimana mereka menjangka perabot pilihan mereka akan kelihatan di rumah sendiri. Kira macam korang boleh imagine, nak letak sofa kat mana, meja makan kat mana kan.





Upacara perasmian di mulakan dengan Tarian Singa, sebelum Pengarah Urusan Maju Home Concept, En Low berkongsi sepatah 2 kata dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan semenjak syarikat ini mula-mula beroperasi.


“Kami sentiasa percaya bahawa persefahaman kukuh dengan para pembekal tempatan adalah penting kerana kami mempercayai kualiti parabot buatan Malaysia. Ini membolehkan kami memantau kos operasi kami dan terus menawarkan harga yang paling menarik kepada pelanggan kami“, kata En Low.







Maju Home Concept ni merupakan  Mall 3 tingkat yang menawarkan pelbagai pilihan perabut, perhiasan dan perkakasa rumah, termasuk langsir, kabinet dapur, perkakas dapur dan bilik mandi, sofa, lampu, perabot pilihan, perabut kanak-kanak serta perabot pejabat. Stor ini juga menawarkan antara pilihan perkakas kamar tidur yang terbesar di Lembah Klang, termasuk pilihan tilam yang pelbagai.










Korang yang tengah sibuk cari perabot untuk Hari Raya nanti ni, boleh lah ke


Maju Home Concept Mall
Wisma LKT PT35200
Persiaran Subang Damai (off LDP),
Subang Jaya, Selangor

Kalau nak tau more details mengenai Store Puchong ni boleh hubungi 03- 8068 3661 ye untuk pertanyaan.


So apalagi, meh lah lekas. Aku pun rambang mata sungguh dibuatnya. Dan dan tu jugak nak tukar perabot kan.


Monday, May 27, 2013

Semalam Di Kota Singa

Hi Korang,

Last 2 week aku dapat media invitation ke Singapura.

isi kad putih dulu ek kata mak aku

Oit jauhnya jalan, alah orang dah invite so haruslah pergi, lagipun dapat release tension sket daripada keje kat opis yang tengah melambak-melambak tu kan.

haruslah live update kan

Pergi tak naik flight pun but naik Odyssey Coach dengan main stream media yang lain. Gather kat Plaza Mont Kiara dalam kul 8 am then we start the journey.

makan sambil tengok Istanbul Aku Datang

Ini first time aku naik coach sebegini untuk jalan jauh, selalunya drive or fly. Memang betul-betul luxury bus. Selain ada personal TV setiap seat dan FREE WiFi on board, ktorg di layan baik sekali oleh sorang steward yang best. 




Dialah yang siapkan makan, bagi bantal, bagi earphone, sekejap-sekejap tanya nak minum ke tak dan memacam lah. Pendek kata di layan bak puteri raja sungguh.

Dalam masa 3 jam, ktorg dah pun sampai ke Checkpoint 2nd Link kat Gelang Patah untuk masuk Singapore. Proses immigresen kat sini tak lama coz ktorg Malaysian kan, senang sket.  Kat Singapore Immigration tu yang lama sket, maklumlah nak masuk negara orang kenalah ikut undang-undang diorang. Tak boleh amik gambo kat sini ek, nanti kena tangkap.

cantik biliknya

Sampai Orchard Parade Hotel, rehat-rehat kat bilik dan bersiap untuk ke Goodwood Hotel untuk CHARRIOL event kat sana.

amik buat kenang-kenangan

Untuk CHARRIOL event, aku citer entry lain ek coz banyak nau gambar yang cantik.

Hujan uolss..

Lepas dinner, aku ikut bebudak media ni jalan-jalan di Orchard Road. Dengan hujannya plak malam tu, ktorg tetap gak nak berjalan kan. Rasanya lebih 5km ktorg berjalan kot. 




Orchard Road tu terlalu panjang kalau nak berjalan, ktorg dapat cover sket. Masuk shopping complex sana, keluar shopping complex sini. Adoyai, tak menahan mata coz harga barang-barang jauh lebih murah dari KL.

tengok kawan aku dah shopping pun

Geram tau.. Untuk legakan perasan geram tuh, ktorg duk lepak kat Coffee Bean sampai tengah malam, yelah balik bilik pun tak de buat apa pun kan.
tak boleh swim, hujan la

Second day tu, cilik mata je selak langsir tup-tup hujan lagi. Ishk potong stim betul lah. Turun breakfast dulu, kenyangkan perut ye. Some of the media pi interview session kat Marina Bay Sand, yang ktorg plak pi ronda sekali lagi Orchard Road ni. Dalam hujan renyai ni sanggup berjalan kan, nak pi shopping.

flip flop, short, t-shirt barulah selesa berjalan

cantik arc diorg ni ek

Dengan berbekalkan duit yang dah ditukar siang-siang kat KL hari tuh. Dapatlah aku beli flip flop H&M (murah giler SGD7 je), tote bag, t-shirt, fridge magnet, parfume, benda-benda weird dan memacamlah. Itu pun ada hati lagi nak tukar duit kan, ishkk geramnya menyesal tak tukar duit bebanyak hari tu tau.


one of the model for iON orchard, perasan sangat ye

amik gambo je, beli tak berape mampu laGi

Lunch sekejap kat ION Orchard ni, then balik hotel packing barang. Dalam kul 3 camtu ktorg dah pun keluar dari 2nd Link Checkpoint. Hah apa lagi, dalam coach layan movie dan terus tertido. Sedar-sedar abang steward kejut bangun makan. Bedal tak ingat coz lapo sangat kan.

yang berdiri belakanG tu, abanG steward la

Sampai KL Sentral dalam kul 6.30pm cam tu, terus naik komuter balik Bangi ek.


Overall walaupun journey tu singkat je but I do make new friends along the way. Dapat kenal bebudak media yang gila-gila, dapat kenal oversea media (networking tuh), dapat berjalan, dapat shopping dan yang penting dapat release tension.

Kengkawan media Athira (Jelita), Syardean (Maskulin) dan Muzz (InTrend) thanks coz bagi aku ikut korang jejalan ek.

Thanks Jenny, Wei Yan dan CHARRIOL team for this special invite. Really appreciate that. Hopefully kalau ada event cam ni jangan lupa ajak aku ek



Saturday, May 4, 2013

Samsung GALAXY S4 Dengan DiGi SmartPlan Serendah RM1,199, Murah Betul!


Hi Korang,

Sekarang ni tengah ’IN‘ sungguh Samsung Galaxy S4 ni. Semua orang duk sibuk bercakap pasal kecanggihan smartphone terbaru keluaran Samsung ni.


Nasib baik aku sempat pi launching last week, dapat gak merasa pegang, godek-godek dan bercamwhore dengan Samsung S4 ni lah. Ni meh KLIK kat SINI. Tengok gegambo aku bersama S4 ni berposing maut. Hehehehehe

Itulah memang syiok.

Hot item kan, sampai banyak kedai aku pi tanya majoriti dah SOLD OUT.

Hebat sungguh penangan Samsung S4 ni.

Tapi betul ke semurah RM1,199 ke harganya?

Betul tengok ni


Yelah lah. Tak caya korang boleh check it out kat digi.com.my/samsungs4 semua details ada kat sana, baik dari segi data plan, harga device dan memacam lagi lah.


Selain daripada up to 6GB, 600 mins dan 600 SMS ada lagi iaitu ada free music with DEEZER. “Discover millions of songs with DEEZER” segala mak neka mengenai lagu, music semuanya boleh di dapati di sini tau. Barulah boleh goyang-goyang joget father, mather, Gentleman…


Hah apa lagi, korang excited tak? Aku haruslah terlonjat-lonjat cam cacing ni nak pi angkat Samsung S4 ni. Bila dah ada smartphone ni barulah dia jadi Life Companion aku no. 2 kan.


Cepat tau dapatkan kat DiGi. Promotion ni dari 1hb hingga 31hb Mei 2013. Lepas tu jadi harga biasa balik la ye. Jangan korang melepas sudah!

Hehehehhehe



Thursday, December 27, 2012

La Senza’s Sassy Soiree Bagi Peminat Lingerista Masakini


Hi Korang,

Lingerista = Peminat pakaian dalam (BRA and PANTIES) yang mahukan trend terkini

La Senza’s Sassy Soiree = inilah tempatnya untuk dapatkan yang dalam-dalam tuh cantik-cantik dan funky.

So nak citer apa lagi ek ?


Haruslah citer pasal New Pin Up Concept Store La Senza di KLCC ni kan.

Tapi sebelum meh tengok apa yang ada masa lauching ‘La Senza’ party di The Apartment KLCC hari tuh.




Sementara tunggu event start, ktorg dihidangkan dengan Dessert buffet yang sweet sekali. Mana taknya semua kat table spread tu manis dan colourful. Selain dari rainbow cake dan sweets ada gak fruity ice-cream yang sedap dibuat daripada original buah-buahan segar tau.


So haruslah ada fashion show ye, itu yang gegambar kuar kat entry hari tuh. Ramai gak yang komen apsal tak ajak pi sekali, ermm gatai tau korang ni.

Ok jom kita pi tengok Pin-up Concept store diorg ni ek

Concept store yang direkabentuk dengan pengaruh-pengaruh seperti flirty, polka-dots, pinky membuatkan ianya mesra pelanggan. Sangat girlly bila berada di dalamnya. Tambahan plak bila nak beli barang-barang dalaman ni kan. 

Rasa cam intimate je.






Dengan kehadiran koleksi terbaru ‘Hello Sugar’ bagi musim perayaan ni, memang sedang elok lah kan. Time-time bercuti apa salahnya pakai yang dalam tu funky-funky sket, bukan nak tunjuk kat sesape pun untuk kepuasan diri sendiri kan.


Ktorg kan dapat RM100 gift voucher so haruslah shopping kat situ gak, aku pun puas memborong. Kata bebudak bloggers ni dah boleh buat ‘Tiger Show’ seminggu untuk Mr Big. Kahkahakhakha bengong diorg ni.


Anyway terima kasih sangat pada La Senza coz sudi jemput aku ke event best ni, dah 2 kali dah tau. Hopefully ada lagi jemputan cam ni lagi ek.

Ok sexy time...