Showing posts with label Makanan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Kesihatan. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Tercari-cari Vitamin B Tambahan Untuk Sayangku Si Pesakit Diabetes.


Hi Korang,

Kalau tengok saiz badan Mr Big memang boleh dah boleh agak mesti penyakit kan. Yelah bila dah berumur dan saiz badan comel bebenau cam tu of courselah penyakit mula singgah.

Memang ye ko, Mr Big ada high blood pressure dan dah start level gula (high blood sugar) meningkat tambahan plak dengan ada penyakit keturunan ni dalam keluarga so payah gak lah kan. Takut-takut nanti jadi Diabetic nerve damage plak iaitu penyakit kerosakan saraf plak. Ishk bahaya dah tuh.

Control tu memanglah control but ubat-ubatan kena amik jugak. Bermulalah jelajah dari satu farmasi ke kedai ubat yang lain, kira merata gaklah ktorang cari. Ada dah jumpa ubat supplemen Vitamin B dan dah cuba pun ni tapi cam tak efektif rasa kata Mr Big. 

Kalau boleh nak cari yang 1500 mcg active form vitamin B12. Ini yang di sarankan oleh doktor lah.

Tup-tup ada plak kengkawan yang prihatin mengenai ktorang punya problem mencari supplemen Vitamin B ni. So ada orang tuh syorkan vitamin tambahan dari “LIVE-WELL MECOMIN” 

Produk kesihatan “LIVE-WELL MECOMIN” ni mengandungi mecobalamin, neurologically-aktif Vitamin B12 yang penting untuk sistem saraf pusat dan periferi. 

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan mempunyai keupayaan untuk menjana semula saraf yang rosak dalam badan (terutamanya pesakit kencing manis) dengan kerosakan saraf periferal. 

Para pesakit kencing manis dan pra-diabetes dinasihatkan untuk menambah dengan mecobalamin kerana mereka adalah yang paling terdedah kepada kerosakan saraf periferal. Jika kerosakan saraf tidak dirawat bagi tempoh yang panjang, pesakit diabetes menghadapi risiko yang lebih tinggi daripada terpaksa di potong kakinya.

Mak oi, cam tu sekali ek.


Lagilah bertambah takut aku dibuatnya bila dapat tahu perkara-peraka cam ni. Yelah kalau kita boleh mengubati why not kan. Mana tau boleh berkurangan dan rasa kesan positif tu mula meresap ke dalam badan. 

Kita ni orang kata lebih baik mencegah daripada merawat, kalau dah teruk nanti cam ne sampai nak kena potong-potong kaki bagai kan. 

So terpulanglah pada budi bicara memasing ek 

Aku, haruslah kena pastikan Mr Big ambil sebiji kapsul MECOMIN (500mcg) 3 kali lepas makan. Ikut prescription yang tertera. 

Semoga ada perubahan. 

Monday, January 9, 2012

My Lunch at Organic Recipe Restaurant @ Bandar Utama

Hi Korang,

Hari tuh (dah 3 minggu kot) aku di ajak oleh Jq Lee (blogger jugak) ke Restoran Organic Recipe  ini untuk mencuba masakan yang berasaskan bahan organik. Ye memang pun segalanya organik kat situ termasuk kek tau.


Restoran ni terletak di Bandar Utama area. Terletak dalam satu apartment comel dan nampak agak terpencil but senang je nak pegi. Persekitarannya tenang dan pemandangannya hijau je aku tengok. Cozy sungguh kata orang kan.


Menu yang dihidangkan merupakan makanan yang menjadi kegemaran rakyat malaysia seperti segala jenis nasi, mee, mehoon goreng, makanan ala thai, western dan banyak lagi but kesemuanya mengunakan bahan organik. Tak caya korang leh klik kat entry aku sebelum ni. Leh tengok bebarang yang di pamerkan di bahagian dalam restoran ini.

Antara yang dihidangkan pada ktorg ialah

Buffet Salad. Memacam ada

Fruit Punch. Ada banyak buah dalam air ni

Sweet sour fish

Tomyam Vege Dalam Kelapa Muda

Stuffed Tau Foo

Squid Floss

Spicy Mushroom

Ni aku lupa, sedap gak. Cam hotdog

Dessert Fruit Pizza

Tiramisu Cake

Totally memang impress aku dibuatnya. Langsung tak perasan yang sebenarnya semua tu organik. Rasa cam biasa malah sedap dari biasa. Dari entree sampai ke dessert memang cukup sedap.

Harganya tak delah mahal sangat, rasanya cukup berbaloi dengan apa yang di tawarkan. Alah lebih 2-3 hengget je.

Korang pun kalau teringin nak cuba boleh lah datang ke Organic Recipe Restaurant ni


Organic Recipe Restaurant
B3-07-09, Casa Utama, Lorong Lebuh Bandar Utama PJU 6A, Petaling Jaya
Tel : 03-7729 0236

Sket kan aku makan coz banyaknya ratah je.

CLP notes : masa cuba tuh memang nak makan bawah but malu plak coz duduk dengan anak-anak dara yang comey, yang menjaga tatasusila so aku makan sket je lah kan. Rugi betul lah