Showing posts with label Kereta Manual. Show all posts
Showing posts with label Kereta Manual. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Sayangi Kereta Anda : Suka Bawa Kereta Manual ke Automatik?

Hi Korang,

Lama betul tak tulis mengenai kereta kan. Lebih 6 bulan rasanya. Teruk betul aku ni. Gambar dan info bukan main lagi aku simpan but tak de masa je nak tulis lah. Kedekut ilmu betul Cik Lily ni kan.


Hah, kan hari tu waja aku kene langgar tang vontot kan. So pihak yang melanggar tu sudi bagi aku pakai kereta dia. Jangan berangan nak Mitsubishi Evo 10 je, dia bagi aku guna Datsun tahun 80an. Hah ko gear pun sampai 4 je. 2-3 jam pertama tu memang kelam kabut sket coz dah lama tak bawa kereta manual kan but lepas tu berdesup aku drift dengan kereta ni. Walaupun nampak dah lama tapi performancenya kalah MyVi 1.5 wokeh!.

So, antara Kereta Manual dan Automatik?

Ermm kalau kasi dua-dua pun aku still boleh bawa lagi. Walaupun dah lama tak bawa kereta manual pun skill tu masih ada lagi. So far aku belum pernah mati enjin lagi bila kat traffik light or kereta mengundur kebelakang bila naik bukit kan. Macam Mr Big, dia prefer AUTO lagi coz dah terlupa nak bawak manual katanya. Lagipun lenguh kaki bawah kereta manual ni.



Jom kita buat comparison sket mengenai Kereta Manual and Automatik ni.

01. Transmisi manual lebih menjimatkan minyak serta lebih cekap daripada transmisi automatik


02. Kotak gear manual adalah lebih ringan daripada kotak gear automatik.


03. Model kenderaan dengan transmisi manual adalah lebih murah daripada model yang sama tetapi dengan transmisi automatik.


04. Lebih pick up kalau nak memotong kereta ke naik bukit ke daripada kereta automatik


05. Pemandu mempunyai lebih kawalan serta penyertaan terhadap transmisi manual berbanding transmisi automatic


06. Kereta transmisi manual yang baterinya lemah masih boleh dihidupkandengan meminta bantuan beberapa orang untuk menolak kereta dan pemandu pula memasukkan gear 3 apabila sudah cukup laju untuk dihidupkan.


07. Transmisi manual masih boleh berfungsi walaupun dalam keadaan terbalik. Transmisi automatik pula mempunyai takungan hidraulik, maka sistem hidraulik akan gagal apabila kenderaan terbalik.



Tapi ramai jugak yang memilih kereta automatik ini kerana

01. Lebih senang memandu ketika dalam jem, cuma tekan minyak dan brek so tak delah lenguh kaki


02. Mudah nak buat benda lain selain dari memandu macam cakap kat phone, makan-makan, pakai make-up, susukan anak.


03. Senang nak belajar, even tak yah ambil lesen pun dah pandai bawak kereta automatik.


04. Naik bukit pun tak de nak mengelongsor balik kan.


05. Bila mahal sket janji selesa dan tak stress bila memandu ketika jem


Ok itu semua bagi aku lah. Orang lain aku tak tau lah apa alasan diorg untuk pilih kereta idaman diorg kan. Kedua-duanya ada kebaikan dan kelemahan memasing dan segala-galanya bergantung kat budget korang.


Jadi persoalannya, Manual ke AUTO? so HaruslaH volkswaGen kan. Apa al plak tetiba masuk pasal volkswaGen ni kan khakahakhakhak

Citer sket korang suka yang mana ek..

CLP Notes : Kalau aku kaya, aku pasang driver je tak yah drive kann hkehekehkehke

Some info : Google