Showing posts with label Islamic hotel. Show all posts
Showing posts with label Islamic hotel. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Makan Steamboat Panas di Borak Cafe, BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Pesta makan-makan memang tak akan pernah habis dalam diari hidup aku ni, yelah makan siapa yang tak nak kan. Lagi-lagi ada rezeki orang ajak makan mestilah tak boleh lepas peluang.


Tengahari hari tuh, aku ke Borak Cafe di BlueWave Hotel Shah Alam ni ada jemputan lunch di sini. Ada lagi blogger lain ek, Shakkido dan Sohoque tau.


Ktorang di hidangkan dengan hidang ‘hot steamboat’ sempena promosi yang sedang berlangsung dari 15 September hingga 31 Oktober 2014 ni.

Actually untuk set Hot Steamboat ni ada 2 pilihan iaitu

Regular Plate On Ice RM29.00 nett

2 pcs fresh calamari, 2 pcs prawn, 2 nos shell clam, chicken breast slice, 2 nos crabstick, 2 pcs squid ball, 2 nos fish ball, carrot, cauliflower, 2 type of cabbage, 2 types of fresh mushroom dan dry noodle

Large Plate On Ice RM49.00 nett

Lamb slice, beef slice, 2 nos chicken wing, 2 nos chicken ball, 2 nos beef ball, 2 nos flower crab, 2 nos fresh calamari, 2 nos tiger prawn, 2 nos shell clam, 2 nos squid ball, lettuce frisee, lettuce ramaine, lady finger, bitter gourd, spinash, French bean, bell pepper, cabbage, carrot, cauliflower, young corn, fresh mushroom dan dry noodle.

So kedua-dua set ni di datangkan dua pilihan sup iaitu sup ayam dan sup tomyam. Ermm haruslah tomyam kan, baru terangkat sket bila makan panas-panas ni.


Selain daripada itu juga, sempat juga aku merasa beberapa hidangan daripada Royale Songket untuk Royale Thai Fusion promotion ni. Alah hidangan set dan ala-carte menu makanan Thailand.

Sinilah meh aku tunjukkan gambar ni

Mango Spicy Salad

Thai Oxtail Soup

Green Birdeye Chili Chicken 

Hot and Spicy Prawn Soup

Thai Hot and Sour Prawns in Coconut Broth

Hot and Sour Chicken

Thai Sweet and Sour Asian Seabass with Mango

Stir Fried Asparagus with Shrimp Paste

Spicy Tomato Beef

dan banyak lagi lah.

Sama juga macam hot steamboat tuh, ada 2 pilihan hidangan untuk 2 orang makan iaitu,

Set A RM48.70 nett

White Rice, Mango spicy salad, hot and spicy prawn soup, green birdeye chili chicken dan spicy tomato beef

Set B RM71.90 nett

White rice, Thai Oxtail soup, hot and sour chicken, Thai sweet dan sour Asian seabass with mango, thai hot & sour prawns in coconut broth dan stir fired asparagus with shrimp paste.

Ermm tempting la tuh kan. Sememangnya sedap dan lazat serta enak di makan begitu sahaja, tak yah nasi pun tak per dah tau.

Apa lagi mehlah singgah ke



Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2612


Time lunch ni kita semua nak cepat kan, so aku rasa hidangan cam ni sesuai untuk time-time yang singkat cam ni.

Monday, June 23, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di AGEHAN Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel

Hi Korang,

Lama betul tak datang ke sini kan?


Yelah, ingat Shah Alam dan Bangi tu dekat kan ke, ermm tak pun lah. Tapi disebabkan sudah di jemput maka janganlah kita menolak rezeki kan. 

Sejak diiktirafkan halal pada Mei 2013, Restoran Jepun AGEHAN semakin mendapat sambutan berdasarkan statistic penjualan fasa pertama dan kedua tidak kira daripada consumer Muslim atau pun bukan muslim.




Dengan sambutan yang menggalakkan, pihak restoran menampilkan kelainan dengan menawarkan Iftar Bufet Jepun buat penggemar makanan dari Negara matahari terbit tersebut sebagai juadah berbuka puasa.





Variasi hidangan Jepun HALAL membuka selera disediakan oleh barisan chef berpengalaman termasuklah ‘Menu Mesti Cuba’ iaitu Chuka Idako (Marinated Baby Octopus), Miso Soup, Sushi, Sashimi & Traditional California roll, Live Kitchen Teppanyaki, Yakitori Shio (Grilled Chicken Meat – Screwed with Mountain Salt), Sanma Teriyaki (Grilled Pacific Saury, Ebi Furai (Traditional Nagoya Deep Fried Prawn), Ika Tempura (Deep Fried Crisp Calamari), Soft Shell Crab Karaage (Deep Fried Soft Shell Crab) dan Garlic Fried Rice.










Pelbagai sajian pemanis mulut turut tersedia, di antaranya Cream Caramel, pelbagai jenis kek dan French Pastry, Pudding Vanilla, Um Alli dan ais krim




Harga buffet ramadhan di AGEHAN Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel ni adalah

RM103.25nett untuk dewasa

RM58.00nett untuk kanak-kanak (4-11 tahun)

Kalau nak booking senang je, korang boleh contact Jabatan Jualan & Pemasaran di talian 03-5511 8811 sambungan 2001, 2004, 2639, 2811 atau 2826. Email ke dosm@bluewavehotels.com

Nak singgah ke sini, meh lah


Restoran Jepun Agehan
Aras 1A,
Grand Blue Wave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811 ext 2623

Apa tunggu lagi, moh kite yuk!!

Tuesday, April 15, 2014

Sajian Jawa ‘Yok Maring Dapur’ Di Grand BLUEWAVE Hotel Shah Alam


Hi Korang,

Aku memang bukan orang jawa pun walaupun duk membesar dengan disekelilingi orang jawa kan. Yelah kat JB tu time aku sekolah dulu semuanya orang jawa. Sebab tu aku dah terbiasa dengan makanan jawa ni. Kira macam tempe tu kena makan setiap hari lah bila time balik sekolah.


Bila Achiek dari Grand Bluewave ni jemput makan ke Royale Songket untuk promosi ‘Yok Maring Dapur’ ni, memanglah tak lepaskan peluang.





Promotion di sepanjang bulan April ni bertemakan Keenakan Sajian Asli Jawa. Makanan daripada masyarakat Jawa dengan mengekalkan ciri-ciri khas rasa dan teknik masakan.







Di antara menu popular seperti Nasi Ambeng, Pecal Jawa dan Udang Pecel Goreng dan memacam lagi. Tambah istimewanya lagi, korang akan turut dijamu dengan keenakan pemanis mulut yang disediakan oleh Chef Firdaus selaku Chef Pastri.












Nasi Ambeng Jawa, ermm I like...

Promosi ‘Yok Maring Dapur’ Grand BlueWave Hotel ni bermula dari 1hb April - 30hb April 2014

Harga buffet ‘Yok Maring Dapur’ iaitu di Restoran Royale Songket ialah

RM89.35nett bagi dewasa
RM44.70nett bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM66.15nett bagi warga emas (60 tahun ke atas)


Jom kita ke


Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2612

Sesiapa yang tengah mengidam nak makanan Jawa tu bolelah ke sini. Tak de pelik mana pun makanan diorang ni, sedaplah sebenarnya.

Tapi Nasi Ambeng memang favourite aku tau sebab semua komponen ada, just gaul then terus masuk mulut.