Showing posts with label Hi Tea. Show all posts
Showing posts with label Hi Tea. Show all posts

Thursday, October 6, 2016

Hi Tea Jom Santai Di Pendeta Coffee House, INTEKMA RESORT

Hi Korang,

Minum petang ermm memana pun boleh kan.

Tapi kalau nak bawak client ke bos ke kenalah tempat yang cantik sket, bukan tak boleh makan kat tepi jalan tapi nak bincang bisness mesti tempat proper sket kan. Alah aku ni pun kalau datang angin tak boleh kena panas petang harus mencari tempat yang berair con tapi murah kann huahauhauaha

Jom aku bawak korang ke Pendeta Coffee House di Intekma Resort untuk menikmati hidangan minum petang yang enak lagi mengasyikkan. 


INTEKMA Resort kini menyediakan set "Jom Santai@Pendeta Coffee House" seperti Mee Rebus, Laksa, Cucur Udang, Murtabak, Char Kuey Teow dan lain-lain lagi yang di datangkan dengan pilihan Air Teh Tarik/Ais atau Nescafe Tarik/Ais. Konsep "Jam Santai@Pendeta Coffee House" di INTEKMA Resort ini menyajikan makanan 'LIVE COOKING' kepada para pengunjung dari jam 4.00 petang sehingga 10.30 malam. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak INTEKMA Resort adalah tempat solat bagi lelaki dan perempuan, parking kenderaan yang luas, dan kemudahan servis buggy bagi memudahkan para pengunjung. Selain daripada itu, INTEKMA Resort kini mempunyai "marquee tent" baru yang boleh memuatkan seramai 1,000- 1,200 orang bagi megadakan majlis-majlis perkahwinan dan lain-lain.

Nampak?

Best kan. Dahlah enak murah pulak tuh siap ada pilihan minuman free lagi ek, siapa yang tak nak. 

Ni aku tunjukkan sket hidangan minum petang yang mampu mencungkil rasa lapar korang ek


Cucur Udang RM6.90 nett 

Roti Telur RM6.90 nett

Mee Goreng Mamak RM9.90 nett 

Laksa Penang RM8.90 nett 

Goreng Pisang RM6.90 nett 

MeeRebus RM8.90 nett 

Murtabak RM9.90 nett 

Char Kuey Teow RM9.90 nett 

* Setiap Hidangan PERCUMA minuman dengan pilihan 

Teh Tarik I Ais 
Atau 
Nescafe Tarik I Ais

Sebarang tempahan, boleh hubungi seperti nombor yang tertera di bawah: 

Alamat :

INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor

Tel:
+603 5522 5009/5001/5222/5066

Email:

Website:

Facebook:

Instagram :

Official hashtag: #jomsantaiPCH

Jomlah apa tunggu lagi ek…

Wednesday, March 30, 2016

Afternoon Hi Tea Di Sunway Putra Hotel Sempena Easter Day

Hi Korang,


Ahad harituh, lepas korang abis ride ke Lemang Toki terus je berdesup ke Sunway Putra Hotel coz ada Afternoon Hi Tea tengahari tuh.


Ermm makan lagi, memang tak abis citer makan kat blog aku ni kan

Sementara nak tunggu tetamu VIP lain sampai, ktorang dihidangkan dengan hidangan hitea yang marbelessss sebab apa banyak sungguh makanan sampai tak tau nak pilih yang mana untuk makan ni ek. Sedap – sedap belaka wei.

Di antaranya








Hah betul kan apa aku cakap! Memang rambang mata

Sambil makan sambil borak-borak sambil memacam lagi lah. Sampai tak larat nak bangun kan, dek makan banyak benau.

Tengok dessert ni plak











Sangat mengundang perasaan untuk makan-makan dan terus makan sebanyak mungkin hahahaha.

Nampak ni,




Memang tak berhenti makan at all, sedap bebenau ek hehehehe


Kebetulan pulak hari Ahad tu merupakan Easter Day so pihak Sunway Putra Hotel turut mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak iaitu Easter Egg Hunt. Aku pun first time tau pasal aktiviti ni. Rupanya aktiviti mencari telur easter. Telur tu di warnakan dan di sembunyikan so anak-anak ni nanti pi carilah.




Pihak Sunway Putra Hotel pun turut menjemput anak-anak dari Yayasan ChowKit ni untuk menyertai Easter Egg Hunt ni, yelah bagilah mereka bergembira jugak kan.



Ok ok anak-anak di bahagikan kepada 2 kategori iaitu anak-anak berumur 6 tahun kebawah dan 7 tahun ke atas.


Dalam masa 7 minit, anak-anak comey ni mesti kumpulkan telur-telur yang di sembunyikan di tempat yang disediakan. Kemainlah memasing kan, lari sana lari sini sampai aku sendiri pun duk sibuk tolong diaorang carikan sekali hehehhee.

Ok majlis penyampaian hadiah

tempat ke lima

tempat keempat

tempat ketiga

tempat kedua

tempat pertama

Seronok anak-anak ni ek, yelah hasil usaha penat lelah mereka kan mencari telur tuh.



Selesai jer acara pemberian hadiah kepada pemenang yang bertuah dalam acara Easter Eggs Hunt tadi, tibalah masa untuk pemberian hadiah dan saguhati kepada anak anak Yayasan Chowkit tadi..Ada yang dapat chocolates dan ada juga yang dapat Cookies..Memang terpancar kegembiraan anak anak ni masa Puan Seri Serena Cheah sampaikan hadiah buat mereka..Puan Seri ni sangat lovely dan friendly..


Aku yang tak main kutip telur ni pun dapat chocolates jugak as door gift. 

Balik rumah sambung makan coklat lagi ek

Ok ok yang sibuk nak tau kat mana Sunway Putra Hotel ni, ni hah alamatnya:

Sunway Putra Hotel
100, Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur 
[Berdepan PWTC]

No. Telefon: 03-4040 9888





Harga Hi-Tea: RM80 nett per pax


Memang setiap weekend ada hi tea, so dont worry ek. Just buat booking then boleh terus datang makan. Itu ajeee..


Tuesday, April 16, 2013

Petang-petang nie..

Hi korang,

Elok rasanya petang-petang cam nie rilek-rileks kan.

Yelah dah seharian menghadap computer tu sambil juling bijik mata.

So apa kata kite pi minum kopi plak sambil borak dengan officemate dan sambil tu jugak pekena kuih-muih yang awesome nie

Sedap kan.

So jemput makan korang..

Actually sesaje je nak sakat korang, yelah muka memasing nampak tension tuh kan. Hehehhehehe

Tuesday, July 10, 2012

Gambar | Pemanis Mulut Yang Terbaik Di Delicious Café

Hi Korang,

Dah petang-petang ni rasa lapar mula timbul plak kan. Mana taknya dah masa untuk Tea Time kan. Haruslah mesti pekena sesuatu yang manis kan.

Kat Delicious Cafe sedap ooo desertnya

Tak sure nak makan ape? Meh layan gegambo yang aku rasa akan membangkit napsu makan korang kan. Khakahkahka











Apa macam? Hebat tak? Harusla kan


Lapoooooo