Thursday, November 12, 2020

Aura Honey Turmeric Mask, Halus Mulus Jadinya

Hi Korang, 

Sejak PKPB nieh kan duk rumah jer so banyaklah masa untuk manjakan diri sendiri. 

Belai kuku, buat urutan badan sendri, beryoga, berehat, menonton netflix dan memacam lagi termasuklah membelek kulit muka ni kan. Maklumlah bila dah berusia ni kenalah jaga apa yang patutkan. 

Selalunya kak lily guna mask muka yang berbentuk kepingan tuh tapi bila kawan kak lily perkenalkan mask berbentuk cecair ni rasa seronok plak sebab agak mudah juga untuk menggunakannya. 


Memperkenalkan Produk Aura Honey Turmeric Mask 

Bahan bahan yang terkandung di dalam Honey Turmeric Mask : - 

1. Kunyit 

2. Temulawak 

3. Sandalwood 

4. Kunyit Putih 

5. Bunga Ros 

6. Akar Wangi 

7. Cekur 

8. Licorice 

Analisis yang dijalankan di makmal menemukan Honey Turmeric Mask kaya dengan zat dan khasiat tumbuhan semulajadi seperti : 

1. Zat Besi 

2. Vitamin C 

3. Vitamin E 

4. Polifenol 

Tiada unsur logam atau merkuri tau. Nah! Halal dan selamat digunakan. 



Di antara kebaikan Aura Honey Turmeric Mask antaranya seperti :- 

· Mencerah dan mencantikkan kulit 

· Menghilangkan parut jerawat 

· Menghapuskan kulit mati 

· Mengurangkan masalah kemerahan kulit 

· Menghapuskan blackhead dan whitehead 

· Menjadikan kulit wajah lebih lembut 

Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan selamat digunakan oleh KKM. 


Cara Menggunakan Honey Turmeric Mask Di Rumah 

Secara kebiasaannya kita boleh campurkan sahaja dengan sedikit air, kacau rata dan sapukan di bahagian muka. Walaubagaimanapun, kita boleh canpur dengan bahan-bahan lain mengikut keperluan kulit wajah sendiri. 



Caranya dengan mencampurkan 1-2 sudu masker Honey Turmeric Mask + air + bersama bahan seperti di bawah :- 

· Madu Asli (pure honey) : untuk melembap dan melembutkan kulit 

· Toner : untuk mengecilkan liang-liang pori 

· Jus lemon : putih dan kecerahan 

· Plain yogurt : melembap dan menyejukkan (cooling) 

· Susu segar : soothing dan menyejukkan (cooling) 

Lepas masker disapukan wajah biarkan 15 sehingga 20 minit. Kita dah boleh rasai perbezaan wajah selepas itu, cantik wei! 


Review Penggunaan Produk Aura Honey Turmeric Mask 

Untuk kali ini kak lily campurkan produk Aura Honey Turmeric Mask bersama toner muka, sebab bila dah malam ni nampak itu je yang ada atas meja ni so kita pun cubalah kan. 



Bahan yang diperlukan adalah sedikit toner (penyegar muka) dan air 



Kak lily campurkan 2 sudu serbuk Aura Honey Turmeric. Oh ya sudu ini memang didatangkan sekali dengan produk. 


Kacau rata. Sebab kak lily gunakan toner biasa, so langsung ianya tidak berbau. 


Sapu rata ke seluruh wajah. Biarkan dalam 15 sehingga 20 minit. Selepas itu bolehlah bilas wajah bersih-bersih. 

Terasa kulit muka terasa segar dan lebih anjal. Akak asyik usap-usap jer kulit muka ini sebab rasa best sangat hah. Kalau buat selalu kulit muka kita akan jadi bersih dan segar. 


Harga Aura Honey Turmeric Mask 

NORMAL PRICE : RM 79 

Sekarang ada harga promosi CRAZY DEAL : RM 65 ( Percuma DIY BOWL ) + pos penghantaran PERCUMA 

Untuk pembelian CRAZY DEAL boleh hubungi www.wasap.my/60182949349/honeyturmericmask

Keterangan lanjut boleh layari https://www.instagram.com/auranewyou/