Sunday, August 16, 2020

Produk HIMALAYA Untuk Penjagaan Asas Muka Yang Patut Kita Cuba Tak Kira Lapisan Usia

Hi Korang, 


Masalah kulit muka memang sinomin dengan masyarakat segenap lapisan di dunia ni. Ada yang mempunyai masalah kulit kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan pelbagai lagi. Maka beruntunglah pada mereka yang mempnyai kulit yang cantik, ermm bersyukurlah dan bebaik jaga muka tuh tau hehehehe 

Macam kak lily sendiri walaupun usia dah menjangkau awal 40an, masalah kulit berminyak tetap muncul sehingga kini. Setiap hari kena senantiasa membersihkan muka bila nampak je minyak dah mula muncul di dahi dan zone T. 

Di antara punca kulit muka berminyak : 

1. Pemakanan 
Kulit muka berminyak kerana pengambilan makanan berminyak atau berlemak 

2. Kosmetik 
Menggunakan barangan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit muka 

3. Genetik 
Ada sebahagian daripada kita yang memang di lahirkan dengan kulit muka yang berminyak 

4. Hormon 
Ketidakseimbangan hormone juga boleh menyebabkan kulit muka berminyak terutamanya kepada kauw wanita semasa datang bulan 

5. Tekanan 
Ada sesetengan daripada kita mungkin bekerja di kawasan panas atau terbuka, ia mampu membuatkan muka anda berminyak. 

Sebab itu kak lily senantiasa mencuba pelbagai jenis produk yang bersesuaian dengan kulit muka ini, produk yang mahal pernah, yang murah pernah but still ada yang kelihatan sama je tapi ada juga yang nampak keberkesanannya. 


Hinggalah suatu hari tuh terlintas di mata produk Himalaya ni di iklan tv, ermm looks tempting bila tengok iklannya. Tambahan pula menggunakan produk tempatan so why not kita cuba kan. 

Produk Himalaya diformulasi daripada 100% herba. 

Teringin plak nak cuba ramuan dari daun semambu (neem). Kalau kita google atau baca daripada mana-mana penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak yang pakar, jelas membuktikan pokok semambu ini bagus kerana ianya mempunyai agen anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Dikatakan juga daun ini juga sangat berkesan dalam melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan boleh merawat kecederaan kulit akibat terbakar. 

Seriously banyak betul kelebihan daun semambu ni ek. 


Oh ya, selain bagus untuk kegunaan luaran, kajian juga membuktikan daun semambu juga selamat dimakan dan memberi banyak kebaikan. Selain daripada itu, daun semambu boleh dicampur dalam air dan dijadikan air mandian khas untuk kanak-kanak yang menghidapi penyakit cacar air (chicken pox). 

Memandangkan bukan setiap rumah ada tanam pokok semambu ini. Jadi alternatifnya kita dapatkan produk Himalaya. Jenama terkemuka ini yang sudah lama berada di pasaran iaitu dari tahun 1930 lagi.


Beberapa Produk Himalaya Yang Kak Lily Amalkan Setiap Hari 


Walaupun umur dah meningkat ni,penjagaan kulit muka tetap terus di amalkan. 

Kalau boleh tak nak jerawat datang singgah tapi kalau dah musim bendera merah tuh datang, timbul jugak jerawat 2-3 biji kat muka ni terutama sekali di bahagian celah hidung dan juga dagu kan hehehehe. Orang kulit berminyak ini jelah masalahnya. 

Antara produk Himalaya yang kak lily gunakan dan cadangkan pada korang semua, seperti berikut:- 

Purifying Neem Face Wash 
Purifying Neem Pack 
Nourishing Skin Cream 
Acne-n-Pimple 
Lip Balm 
Kapsul Skin Wellness 


Purifying Neem Face Wash 


Ramuan utamanya adalah daun semambu dan kunyit. Packagingnya dalam bentuk tube, memang praktikal. Senang dan hanya picit sahaja amaun yang dikehendaki. Tekstur jernih dan likat. Letakkan sedikit di telapak tangan. Kak lily hanya basahkan dengan sedikit air. 

Cuci rata secara lembut di bahagian muka. Elak daripada terkena mata kang buta kang hahahaha... Lepas tuh bilas muka dengan air. 

Gambar muka di ambil selepas muka dicuci. Muka rasa lebih lembut gituh, ermm gerammm hahaa 

Purifying Neem Pack 

Masker muka yang diformulasi daripada daun semambu, kunyit dan fuller earth (sejenis tanah liat yang digunakan untuk rawatan dan pencerahan kulit). 


Didatangkan dalam bentuk tube juga. Jadi apa yang kita perlukan, hanya picit amaun yang dikehendaki. Sapukan rata di bahagian wajah. Biarkan seketika. Sebaiknya ketika selesai meletakkan di muka, kita perlu rehatkan diri (me time) dalam beberapa minit sebelum kita bilas muka dengan air bersih. 

Kebaikan produk ini ianya dapat mengawal lebihan minyak sekaligus membersihkan segala pori yang tersumbat. Ianya juga mempunyai ‘cooling’ effect dan anti radang terhadap pencemaran kulit muka. 

Nourishing Skin Cream 

Langkah seterusnya adalah pelembap muka. Antara produk yang cukup di gemari dari jenama Himalaya adalah Nourishing Skin Cream. Produk ini sebenarnya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering. Diformulasi daripada ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India. 


Kebaikan bahan-bahan yang terkandung di dalam krim nieh: 

AloeVera - agen melembap, merawat dan menyejukkan kulit. 

Winter Cheery - membantu pertumbuhan semula sel kulit. 

Indian Keno Tree - meremajakan kulit 

Pennywort India - bagus untuk merawat khasnya pada mereka yang mempunyai enzema. 

Hanya sapu rata di seluruh muka, selepas penggunaan toner. Muka akan terasa lembap sepanjang hari. Sangat-sangat elok 

Acne-n-Pimple Cream 

Ini adalah krim yang terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat. Acne-n-Pimple Cream dari Himalaya ini diformulasi daripada Barbados aloe, silk cotton tree dan five-leaved chaste tree. 


Kalau korang nak tau five-leaved chaste tree adalah adalah tanaman herba yang biasanya digunakan untuk mengurangkan benjolan (fibrocystic) pada payudara, mencegah keguguran pada wanita yang memiliki tingkat hormon progesteron rendah dan pelbagai lagi. Tumbuhan herba ini juga digunakan pada kulit untuk menyingkirkan parasit dan juga mencegah gigitan serta sengatan serangga. 

Dengan ramuan hebat didatangkan bersama Acne-n-Pimple Cream Himalaya dapat membantu merawat jerawat dan infeksi yang berlaku pada kulit. Selain itu, ianya juga dapat memastikan kulit menjadi lembut pada masa yang sama. Produk ini sesuai digunakan khas buat mereka yang mempunyai lebihan minyak dan memerlukan rawatan infeksi serta inflammasi di bahagian muka. 

Digunakan selepas muka dibersihkan. Hanya sapukan di bahagian muka yang mempunyai jerawat. 

Lip Balm 

Untuk bibir boleh gunakan Lip Balm Himalaya. 


Ianya membantu mengurangkan masalah bibir pecah dan kering. Produk ini diformulasikan daripada Wheatgerm Oil dan juga Carrot Seed Oil. Hanya guna bila perlu, terutama apabila kita dapat rasakan bibir terlalu kering. 

Boleh juga apply sebelum sapuan lipstik di bibir. 

Skin Wellness 

Suplemen ini kaya dengan kebaikan yang dihasilkan daripada daun semambu. Selain untuk muka, suplemen ini juga bagus untuk penjagaan rambut yang sihat. Bahkan suplemen ini juga dapat menghalang mahupun membunuh bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Ianya juga mempunyai detoks dan agen anti-oksida yang dapat menjadikan kulit kita lebih berseri-seri serta sihat. 


Untuk yang bermasalah dengan kulit disarankan mengambil; 2 kapsul (sehari dua kali) secara konsisten 3 sehingga 5 hari. Dan seterusnya 1 kapsul dua kali sehari. Bila ambil suplemen seperti ini memang kita disarankan mengambil minuman air secukupnya. Kena juga kurangkan

Di harapkan ianya membantu 

Itulah serba sedikit kak lily dapat kongsikan kebaikan produk-produk Himalaya ini. 


Pentingnya untuk kita menjaga kesihatan dari segi luaran mahapun dalaman badan kita sendiri untuk kebaikan pada masa hadapan nanti. 

Sekarang ini mungkin kita tak perasan tapi suatu hari nanti bila terjadi perkara yang tidak diingin barulah kita mula menyesal kan heheheheh jangan nak gelak-gelak, kak lily cakap serius ni tau 

Boleh dapatkan semua produk Himalaya ini samada dari outlet Himalaya, ataupun di farmasi fizikal dan atas talian serta pasaraya yang berdekatan dan ianya terbukti selamat dan gunakan tanpa was-was 


Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:- 

Facebook Link :

Instagram Link :


#KulitSihatBebasJerawat
#HimalayaMalaysia
#NeemPower
#HimalayaNeem
#HimalayaNeemViral



2 comments :

Angel said...

Produk Himalaya mengunakan rawatan ayurveda yang baik untuk merawat masalah kulit terutamanya rangkain produk Neem. Produk ini dekuarkan dalam harga yang berpatutan dan amat berbaloi...Cubalah!

Sarafiz said...

Paling suka acne cream tuuu