Tuesday, July 14, 2020

MH17: Sebuah Dokumentari Khas ‘MENCARI KEBENARAN‘ Untuk Anda Semua

Hi Korang,

Masih teringat lagi dengan trajedi MH17?

Of course masih segar ingatan kak lily walaupun ianya sudah hampir 6 tahun berlalu.


Kak lily imbaskan sedikit infomasi mengenai kejadian tersebut

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk OblastUkraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.
Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang

Pebagai siasatan telah di jalankan namun tanda-tanda untuk menampakkan kebenaran masih belum lagi di temui dan salah seorang individu yang merupakan bekas pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine berkongsi hasil siasatan persendirian dalam dokumentari khas untuk tatapan umum.

Vasily Prozorov - Head of the Vasily Prozorov Investigation Center-UkrLeaks

Encik Vasily Prozorov, bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks” (ditubuhkan pada tahun 2019) mengumumkan penerbitan dokumentari berjudul “MH17: Mencari Kebenaran” yang memfokuskan tentang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

Walaupun pihak berkuasa Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia di wilayah Donbass, Ukraine atas kejadian tersebut dengan pembabitan kerajaan Rusia, Prozorov mempunyai teori lain.

“Kebanyakan penyiasat persendirian menyedari pelbagai kelemahan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kiev. Oleh itu, saya memulakan siasatan sendiri untuk mencari maklumat yang tidak dinyatakan dalam laporan tersebut,” kata Prozorov yang pernah berkhidmat dalam SBU selama lebih 15 tahun.

The MH17 plane crash site

Desas desus mengatakan terdapat kunjungan dari pegawai khas British (British Special Services) di tapak kejadian sebelum trajedi ini berlaku, namun adalah ianya kebetulan.

Atas dasar konspirasi ini Prozorov dan beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai projek tersebut yang memakan masa kira-kira 5 bulan untuk disiapkan, apabila beliau menyedari tentang laporan yang diterbitkan mempunyai maklumat yang tidak tepat.

Terdapat banyak persoalan yang misteri dalam tragedi MH17 ini, di antaranya :

Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut?
Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini?
Siapa yang memutuskan untuk mengecualikan kerajaan Malaysia daripada siasatan rasmi tersebut dan mengapa?
Mengapa Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik?
Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus selepas siasatan?

“Oleh itu, saya percaya dokumentari ini boleh membuka mata masyarakat untuk terus berfikir tentang perkara yang sebelum ini tidak terlintas di minda” kata Prozorov lagi.

Persoalannya masih tidak terjawab…

The investigation and cleaning process of the crashed plane debris

Prozorov juga mendapat hak eksklusif maklumat orang dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi Boeing tersebut. Sepanjang siasatan, beliau mengkaji banyak laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan kerajaan Ukraine dan menemu ramah ramai saksi.


Dokumentari MH17 ‘Mencari Kebenaran’

Satu dokumentari khas yang berdurasi kira-kira 40 minit ini dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat bersama. Dalam bahagian kedua, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan tragedi MH17. Dokumentari ini turut mengandungi perspektif beliau sepanjang perkhidmatannya dalam SBU.


Dokumentari tersebut boleh ditonton di:

Atau menerusi Youtube:

Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma di laman sesawang dan platform Youtube dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Sehingga hari ini, dokumentari tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 2 juta penonton.

Vasily Prozorov dan sukarelawan yang lain mahu masyarakat global amnya dan khususnya kepada semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan kebenaran dari tragedi ini dan tidak mudah mempercayai laporan berat sebelah yang diterbitkan.


Untuk info lanjut, boleh hubungi Encik Vasily Prozorov (Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”)


Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com


No comments :