Saturday, May 5, 2018

Jenama Aidijuma Terus Kukuh Dari Segala Dugaan

Hi Korang, 

Siapa yang tak kenal dengan produk jenama Aidijuma kan? 

Kepunyaan Datin Norjuma yang telah sekian lama bertapak di negara ini. 

Ianya bermula pada 2012 dengan sebuah jenama Aidijuma, bermula dengan hanya menjual tudung bawal plain berkualiti demgan harga yang sangat mampu milik. 

Bermula dari hanya Bawal Plain, kini Aidijuma mempunyai koleksi menarik seperti Bawal Full Print, Bawal Aidijuma, Shawl Bawal, Shawl Bawal Pearl, Shawl Printed dan Shawl 2 Face. Kini 6 tahun telah berlalu dan jenama Aidijuma terus bertahan dan bersaing dalam industri fesyen tanahair kerana ianya masih mengekalkan harga mampu milik bagi memberi peluang kepada kaum hawa dari semua lapisan masyarakat tak kira tua mahupun muda untuk mendapatkan tudung bawal Aidijuma. 


Kini jenama Aidijuma di bawah Colors Group memiliki 13 kedai seluruh Malaysia (termasuk Brunei), 15 lori dan 3 point of sales melalui kedai konsep (concept store), kedai dalam talian (online store) dan kedai bergerak (scarf machine). 

Colors Group kini mempunyai hampir 100 tenaga kerja seluruh negara dan Datin Norjuma begitu gembira kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan ini. Bukan setakat itu sahaja, Colors Group of Companies telah mengembangkan sayap mereka ke tahap antarabangsa dengan membeli syarikat Hijab Indonesia serta syarikat Hijab UK dan akan menjadikan Jakarta sebagai ibu pejabatnya. 

Tak sangka dalam diam-diam kan 



Pancaroba Berniaga Di Dalam Dunia Ekonomi Digital 


Dalam menjalankan jenama Aidijuma ini, Datin Norjuma telah mengharungi pelbagai jenis cabaran, baik dari dalaman mahupun luaran. Pelbagai bentuk tekanan dan tohmahan yang dikenakan terhadap perniagaannya dan ini turut membabitkan reseller dan ejen-ejen mereka. 

Semakin jenama Aidijuma meningkat naik, semakin banyaklah pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menggunakan alam siber untuk menyerang perniagaan mereka dengan menabur fitnah. Laman sesawang dan sosial media mereka digodam setiap kali mereka ingin menjalankan kempen perniagaan mereka samada pelancaran produk ataupun pembukaan kedai konsep mereka. Pihak Colors Group telah mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa antaranya SKMM. 

Namun, apa yang menjadi tanda tanya ialah laporan tersebut ditutup tanpa sebarang siasatan. Siapa yang telah memberi arahan supaya ianya ditutup? ermm 

Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara sebegini dapat dibendung melalui Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Buli Siber ataupun Akta Antiberita Tidak Benar. 



Raya Pilihan Untuk Meraikan Korang
 


Pada 9 Mei 2018 nanti, Aidijuma akan mengadakan jualan Raya Pilihan di mana para pengundi yang keluar mengundi berpeluang untuk membeli tudung bawal pada harga istimewa. Hanya tunjukkan Dakwat Di Jari korang [ boleh refer entry : http://www.ciklilyputih.com/2018/04/program-dakwat-di-jari-anjuran-aidijuma.html ] dan korang akan dapat membeli dengan harga istimewa tanpa sebarang had untuk satu hari sahaja. Terdapat 13 kedai konsep dan 15 kedai bergerak (scarf machine) seluruh negara (termasuk Sabah & Sarawak) untuk mendapatkan tudung bawal pada harga istimewa. 

Ini merupakan antara satu usaha strategik Colors Group di mana mereka memberi peluang secara tidak langsung untuk orang ramai berniaga. Setiap kali ada keluaran terbaru, mereka akan menjual tudung pada harga yang rendah (promosi) dan ramai pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang besar (bulk). Kemudian selepas 3 hari, pelanggan tadi menjual kembali kepada kenalan mereka pada harga pasaran. Secara tak langsung ini memberikan mereka peluang untuk berniaga dan menambah pendapatan mereka. Ini barulah dikatakan pelengkap ekosistem usahawan. 

Apabila ditanya kepada Datin Norjuma tentang sasaran jualan, secara berseloroh Datin menyatakan 1% daripada jumlah yang keluar mengundi pada hari tersebut. 

Nantikan kempen Raya Pilihan Aidijuma dari Colors Group pada 9 Mei nanti dan sila ikuti berita terkini dari sosial media mereka. 


Untuk info lanjut, jom check it out website official Aidijuma ek: 

Website : 


Marilah LIKE dan FOLLOW Aidijuma di social media berikut: 


Instagram : 

Facebook: 

Twitter : 

Youtube: 









1 comment :

Amie said...

Nampak cantik pulak tudung ni bila renung lama-lama!