Thursday, September 29, 2016

Korean Fair 2016 Di Hartamas Shopping Centre

Hi Korang,

Yeah Korean Fair..

Aku suka sebab boleh makan kimchi original yeah…

Itulah akibat terpengaruh dengan gameshow Running Man yang famous tuh, terus aku jadi tersuka dengan kebudayaan Korea ni. 


Tup-tup aku ada dengar ada Korean Fair 2016 di Hartamas Shopping Centre ni, ermm biasalah citer mulut ke mulut so haruslah aku tak lepaskan peluang ek .

Acara ini berlangsung selama 5 hari dari 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016 bertempat diHartamas Shopping Centre. 


Ada banyak aktiviti dan pameran disediakan di sana antaranya adalah :

27 September 2016 - Memperkenalkan tarian tradisional masyarakat Korea
28 September 2016 - Demonstrasi dan cara Ddakji dimainkan (permainan tradisi)
29 September 2016 - Demonstrasi dan cara Tuho dimainkan (permainan tradisi)
30 September 2016 - Demonstrasi dan cara untuk membuat Kimchi (menu makanan Korea)
01 Oktober 2016 - Pertandingan Makan Samyang
(hadiah untuk para pemenang terdiri daripada produk Korea)


"We would like to appreciate and celebrate the cultures of other nationalities especially among the residences around the mall vicinity as they also our estimated customers," kata Mr Alex Tan, the Centre Manager of Hartamas Shopping Centre.

Menurutnya lagi Hartamas bukan sahaja relevan sebagai lokasi penempatan untuk rakyat Malaysia malahan juga pemastautin daripada negara-negara luar terutamanya dari Korea dan Jepun. Jadi dengan adanya aktiviti dan acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk sekitar dan membuka peluang kepada pengunjung dan orang ramai untuk mengenali dan mendalami budaya masyarakat Korea secara dekat.


Tan Sri M. Kayveas merasmikan Majlis Pelancaran 'Experience Korea' di Hartamas Shopping Centre dengan memukul gong tanda Korean Fair telah pun bermula.

Ok, jom lihat produk Korea yang ada di sini..








Semuanya best-best 

ais krim Jipangi sedap

Jadi kepada yang berkelapangan dan ingin mencuba aktiviti yang disediakan boleh la berkunjung ke Hartamas Shopping Centre bermula 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016. Masuk percuma. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi Korea Fair di sana.


Hartamas Shopping Centre @ Plaza Damas,
No. 60 Jalan Sri Hartamas 1, 
Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur

Jom ke Korean Fair di Hartamas Shopping Centre!!


4 comments :

Nadia Johari said...

wah boleh try ke sini..nak juga rasa kimchi macam mana

Unknown said...

yang suka makanan korea kena pi ni..nak keroa tak mampu..dapat pi Korean fair pun jadi la..heheh

Ros Ibrahim said...

Hi Cik Lily, lama tak jengah sini.. bestnya pergi event..:)

maszull said...

assalamualaikum Cik Lily...sedapnya tengok mee korea tu...