Saturday, February 20, 2016

Pencarian BINTANG SIMPLY PRETTY AVON MALAYSIA

Hi Korang,

Ni ada berita baik gadis-gadis genit yang sukakan make-up kan.

Baca sini tau


Pencarian wajah baru buat rangkaian kosmetik Simply Pretty (Avon), kini bermula! Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd memulakan tahun 2016 dengan melancarkan pencarian besar-besaran buat gadis bertuah yang bakal menghiasi jenama kosmetik Simply Pretty (Avon).




Dengan kempen #faceyourfears, Simply Pretty mengajak belia untuk mengatasi cabaran dan tampil yakin setiap masa. Daripada menyapa jejaka yang diminati sehinggalah kepada temuduga kerja pertama, Simply Pretty ada solusi buat semua. Serlahkan potensi diri dengan Simply Pretty!



Pencarian Bintang Simply Pretty telah bermula daripada 1 sehingga 29 Februari 2016 dan dijalankan secara serentak di 191 buah Butik Kecantikan Avon seluruh Malaysia. Kemeriahan jelas terasa di 2 lokasi pelancaran terpilih iaitu di Butik Kecantikan Avon Galleria @ Kotaraya dan Butik Kecantikan Avon Kota Kinabalu bertempat di Api-api Centre Phase, Sabah. Acara pelancaran diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, demo solekan, persembahan dari artis undangan dan juga jualan barangan Simply Pretty.

Pemenang utama pencarian akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.00, kontrak sebagai Duta Simply Pretty selama setahun, dan penampilan dalam majalah Remaja. Pemenang tempat kedua dan ketiga juga akan menerima hadiah menarik berupa wang tunai dan juga penampilan di dalam majalah Remaja.


Mudah sahaja untuk menyertai pencarian ini:

1) Lakukan pembelian set barangan Simply Pretty bernilai RM20.00 dari 1 – 29 Februari 2016 dan daftar sebagai Wakil Avon secara percuma.

2) Isikan borang penyertaan, kepilkan gambar bersaiz 3R (kepala hingga pinggang) serta resit pembelian dan serahkan pada Butik Avon.

3) Nantikan panggilan dari pihak Avon!


Sertai pencarian besar-besaran ini. Untuk maklumat lanjut tentang Pencarian Bintang Simply Pretty, lawati Butik Kecantikan Avon terdekat, hubungi 1-800-22-AVON (2866) atau layari laman web rasmi Avon di http://www.my.avon.com

Sempat lagi ni kalau ada anak-anak nak join pencarian Bintang Simply Pretty ek.


2 comments :

Luqman Zakaria said...

besar jgk hadiah dia..

Dkna Abza said...

macam best jer.. macam nak join jer...