Thursday, February 5, 2015

Makan Sedap Di Kungfu Bake Rice AEON Big, Subang Jaya

Hi Korang,


Selalu dengar kuay teow kungfu je kan..


Ini plak Kungfu Bake Rice. Hebat sekarang ek, nasi plak dah berkungfu kan errmm kuntau pandai tak hahhahahahahahaha.. saje jelah gelak. Alah buat lawak sket pun tak boleh ke! Ishkk



Restoran Kungfu Bake Rice di bawah milik Paradise F&B Malaysia Sdn Bhd menyajikan makanan fusion. Alah makanan tempatan kita tapi di upgradekan sket cara masakannya. Hah itulah gamaknya. Tak kan tak paham lagi. Kat Kungfu Bake Rice ni, korang boleh customize pilihan menu mengikut tekak memasing. Nak pedas ke, tak pedas ke, tambah bahan ke semua boleh punye. 

Menu utama di sini adalah Bake Rice lah of course. 

Kat sini bake rice di sediakan dalam bekas memanggang nasi special dengan beberapa bahan utama yang korang boleh pilih sendiri. 


Bahan utama iaitu tiga jenis sos untuk melengkapkan bake rice seperti sos tomato, sos krim dan sos kari Jepun. Selain itu, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk melengkapkan bake rice seperti daging lembu, cendawan, potongan daging ayam, isi ikan dan lain-lain lagi, bersama dengan keju mozzarella untuk mengisi keinginan perut korang. 

The Duo Master Bake Rice
(fish fillet & chicken chop) 

Inilah dia The Duo Master Bake Rice yang telah di customize mengikut tekak ktorang hari tuh. Aku dapat cuba 2 jenis bake rice iaitu ayam dan ikan berserta dengan sos kari Jepun special. Ishkk kat Malaysia tak jual tau kecuali kat restoran ni je ek.

 Kungfu Burger 


Ini sangat awesome, Kungfu Burger. Nampak cam simple je kan tapi bila masuk kedalam mulut ermm terbaek toqqq. Daging peha ayam yang di perap dengan sos Kung Pao dan di grill dan kemudiannya di hidangkan sekali bersama telur dan roti burger. Zass terus masuk ke mulut ek

Japanese Black Pepper Chicken Curry Rice

Ermm kari ayam ada perisa-perisa black pepper tapi tak delah kuat pun. Mild dan just nice je. Unik gaklah.  


Tom Yum Soup with Mee Hoon


Nampak cam biasa kan tapi hakikat pedas meletup, seharuslah sesuai dengan tekak orang Malaysia yang sukakan pedas. Untuk aku plak, rasanya kena kurangkan pedas sket. Aku dah tak nak makan pedas sangat, kena jaga perut wei. Tapi rasa tomyamnya kaw kaw macam tomyam Thai.

Mashed Potato

Bagi melengkapi hidangan anda mesti kena cuba kentang lenyet yg lain daripada lain. Memang sedap dapat rasa kelembutan kentang yg di lenyet dan juga rempah ratus yg ada dalam tu memang menarik untuk order banyak2. 

Kungfu French Toast 

Untuk penutup plak, ktorang dihidangkan dengan French Toast. Nampak unik dan rasanya pun unik jugak. Rupanya dalam toast tuh ada isi tau iaitu peanut butter. Makan plak pepanas, of courselah lajunya masuk mulut.


Kungfu Stylo Coffee

Ini merupakan signature drinks kat sini. Mestilah cuba sebab kopi kan. Aku kan hantu kopi, minum segelas memang tak cukup di tambahnya order lagi. 

So far harga tak de lah mahal mana pun, orang kata apa berpatutan lah. Standard restoran yang biasa kita pi makan tuh.

Hah nak pi la tuh, ni kat sini.

KUNGFU BAKE RICE
Lot G-04 & G-13, 
AEON Big Subang Jaya

Laman web :



Kalau rasa jauh sangat,Kungfu Bake Rice ada outlet kat Suria KLCC gak di area Signature foodcourt. Hah bolehlah korang terjah ke sana kan.

15 comments :

Nuriesya Nadia said...

Fulamak tomyam tu ! Menari nari di depan mata. Hahahaha.

Wak Lat said...

Salam. Hee promosi baik ini adakah mendapat diskaun juga?

sitirohaida said...

adeh....mabless la tengok coffea dia tu...

perubatankhalifah said...

bidang masakan dan makanan la yang paling menarik perhatiansaya...
hihi, sebab sentiasa berevolusi dan ke'kreatif'annya bercambah-cambah.
paling menarik perhatian, sos kari jepun special ???
tak dapat g jepun, gi KLCC pun jadi la...
thankz untuk gambar-gambar yang berjaya buat perut saya menyanyi.
#blogspot : rawatankanser2013

Kakzakie Purvit said...

Kalau macam ini gaya semuanya kung fu balik makan boleh berkungfu dibuatnya..

baked rice kakak suka:)

Julia Johari said...

The Duo Master Bake Rice & Kungfu French Toast tu mengiurkan la kak lily hehehhe aummmmmmm...nice review sis

Maria Hasun said...

maria selalu mkn kat KLCC food court. . salmon mix crab

AMIIZAA@Mieja said...

salams lily

huwarghhhh semua nampak sedapp....:)


PS: Lily, De'Pulze Cyberjaya berhadapan dengan streetmall....belakang de'pulze ada saba' restoran jugak...kalau nasi arab dekat neo pon banyak...

Unknown said...

Kenapa nak kurangkan pedas?? ada gastrik ke???

Sedap2 semuanya..bikin cemburu saja..hehh

Unknown said...

wahhhh semua nya sedap2 belaka ni ciklily terliur sudah kaknoor

Unknown said...

tgk gmbar dh terliur..hihihi
balas kunjungan =)

hazman fadzil said...

sememangnya tak jangka langsung tomyam adalah champion dalam semua menu tu....memang boleh repeat lagi next time nie...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez pasti terjah! in shaa allah.. sbb ini spesis makanan faveret leez.

Azueriena said...

macambest jerk makan kat sini....aii nie peminat burgers...yummehh2 nmpaknya

Anonymous said...

daebak