Thursday, August 16, 2012

The CUBE Kembalikan Memori Raya Aidilfitri


Hi Korang,

Kolaborasi Esklusif Di antara Celcom dan Datuk D.J Dave Untuk Remix Lagu Klasik Menjelang Hari Raya di dalam The Cube


Celcom Axiata Berhad, akan membawakan kembali kenangan hari raya dengan memperkenalkan remix lagu klasik yang senantiasa hit ‘Menjelang Hari Raya’ sebahagian yang di tawarkan di The Cube, salah satu rangkaian multimedia yang akan memenuhi kehendak pelanggan yang dahagakan informasi di mana jua mereka berada.


Menjelang Hari Raya yang asalnya direkodkan pada 1979 menjadi kegemaran pendengar sepanjang zaman yang dipersembahkan oleh Datuk Irwan Shah Abdullah yang lebih dikenali sebagai D.J. Dave. Remix lagu Menjelang Hari Raya (CUBE Mix) ini diterbitkan oleh The Cube dan akan mula terdapat secara esklusif di The Cube sebagai sebahagian daripada Musicube dan Call Me Tones, di samping pelbagai jenis tawaran daripada muzik, permainan, sukan dan hiburan.


Untuk pengguna The Cube, kalau nak download meh klik kat link nie ek


Mengenai remix tersebut, En Afizulazha Abdullah, Ketua Operasi, Advanced Data untuk Celcom Axiata Berhad berkata ‘Ini adalah yangpertama kali syarikat telco berkolaborasi menghasilkan lagu lama yang dibarukan dan kami yakin dengan adanya single esklusif ini akan menarik perhatian ramai generasi muda dan para pelanggan ini menggunakan The Cube. Selain dari itu, lagu-lagu seperti Dendang Perantau, Suasana Hari Raya dan juga lagu malar segar Selamat Hari Raya turut disertakan di The Cube.


Menjelang Hari Raya (CUBE Mix) terdapat di kempen The Cube’s Nur Ramadhan dan Salam Syawal untuk Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini yang akan membawa para pelanggan dan yang tersayang lebih dekat lagi dengan bermaafan sesame mereka.


Bagi membangkitkan lagi semangat sambutan hari raya, The Cube juga menawarkan 7 promosi premiere sebagai sebahagian daripada promosi Malam 7 Likur dari 12hb hingga 19hb Ogos 2012, yang akan di lancarkan dalam 7 hari sehingga bulan Syawal. Ini termasuklah kerjasama esklusif dengan TV Al-Hijrah untuk kandungan mobile, kempen Umrah Bersama Call Me Tones akan memberikan para pelanggan pakej Call Me Tones Ramadhan peluang untuk mengerjakan umrah dengan yang tersayang dan memenangi RM1500 duit raya secara harian semasa minggu terakhir Ramadhan melalui The Cube’s Call Me Tones, 50% kenaikan daripada hadiah wang tunai RM1000 semasa  promosi The Cube’s Duit Raya Seribu Sehari.



Untuk mengetahui segala promosi dan kandungan terkini, layari laman web The Cube’s di www.thecube.my atau the mobile site di www.m.thecube.my untuk cara-cara mendownload, isi kandungan dan pelbagai perkhidmatan lagi. Pelanggan Celcom juga boleh mengakses The Cube dari telefon mudah alih mereka dengan mendail *888#.

Hah apa lagi jom kita bernyanyi-nyanyi dengan gembiranya untuk raya ini ye


No comments :