Sunday, April 24, 2022

Kali Pertama Ke Selangor Fruit Valley (SFV), Seronok Jugak

Hi Korang,

Pernah dengar Selangor Fruit Valley??

Mungkin ada yang pernah dan yagn tidak but for me errmm teruk ye duduk Selangor dah lama tak tau pun kewujudan destinasi agropelancongan yang tidak kurang hebatnya.


Untuk info Agropelancongan merupakan antara cabang sektor pelancongan yang melibatkan aktiviti pertanian atau penternakan. Ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik yang mana biasanya dilakukan oleh golongan petani mahupun penternak. Aktiviti ini bukan sahaja boleh dilakukan secara individu bahkan seisi keluarga boleh sertai dan Selangor Fruit Valley (SFV) antara lokasi agropelancongan yang sedang mendapat perhatian ramai.

Hari tuh ada kesempatan untuk ke sini, haruslah kak lily tak lepaskan peluang. Drive sendiri ermm terasa seram jugak pada mulanya kerana kena lalu sedikit hutan kecil sebelum sampai ke mari daripada Pekan Rawang tapi seronok jugak sebab dapat menikmati keindahan alam.



SELANGOR FRUIT VALLEY
KM7, JALAN RAWANG -BESTARI JAYA,
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR.

WAKTU OPERASI:
9 PAGI – 4 PETANG (SABTU- KHAMIS)
TUTUP HARI JUMAAT

Untuk pengetahuan semua, Selangor Fruit Valley (SFV) terletak di KM 7 Jalan Rawang-Bestari Jaya. Satu kawasan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu sebuah subsidiari Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2017.

Pelbagai Haiwan Jinak di Selangor Fruit Valley (SFV)

Anak-anak pastinya paling teruja apabila berada di sini. 

Seperti menerokai sebuah mini zoo, anak-anak boleh mendekati dengan rusa, arnab, burung, kambing, itik, menangkap ikan dan pelbagai lagi.








Bukan sahaja boleh bergambar, bahkan kita boleh dekati dan memberikan haiwan jinak ini dengan makanan yang disediakan.


Begitu banyak arnab di sini, ada pelbagai saiz dan warna yang mana kita boleh sentuh dan bermain dengan mesra dengan arnab di sini.


Selain arnab, terdapat juga landak, hamster, burung dan juga anak ikan.

Pelbagai Jenis Tanaman di Selangor Fruit Valley


Kawasan Selangor Fruit Valley agak luas iaitu didalam 1000 hektar keluasannya. Untuk pengunjung yang datang ke sini jangan risau. Ini kerana perkhidmatan tram ada disediakan yang boleh membawa anda pusing ke seluruh kawasan Selangor Fruit Valley (SFV) ini.





Di sini terdapat lebih 25 jenis tanaman. Antaranya seperti Kelapa Pandan, Nangka, Nangchem, Nanas, Jambu Batu.



Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti berkaitan agropertanian antaranya seperti memetik buah jambu, menghasilkan telur masin, melihat penghasilan madu Kelulut, menuai sayuran dan pelbagai lagi.


Belajar membuat telur asin. Proses tidaklah terlalu rumit tetapi apa yang penting kita perlu ada tanah bersih, serkam padi, telur itik dan pelbagai lagi.

Kita akan lihat pelbagai jenis proses tanaman di sini. Ada yang masih di peringkat penyemaian biji benih, masih proses berbunga/berbuah dan tanaman yang sudah boleh dikutip.

Berehat Sebentar Di Rumah Melayu Tradisi Hilangkan Lelah


Sempat juga kak lily singgah di rumah melayu tradisi di Selangor Fruit Valley (SFV). Selain binaan kayu yang masih kukuh dan cantik, di bahagian laman juga kelihatan beberapa pokok buahan dan sayuran yang biasanya ada ditanam rumah-rumah kampung.


Berkesempatan untuk mencuba sendiri minuman air kelapa pandan yang dipetik segar-segar dari pokok. Memang puas menikmatinya terutama ketika cuaca panas.

Rumah bertiang tinggi, di bahagian beranda juga agak luas. Memang sesuai dijadikan ruang untuk lepak-lepak santai bersama keluarga.




Menikmati buah-buahan potong hasil tanaman dari Selangor Fruit Valley (SFV). Memang manis dan sedap ya!

Boleh Dapatkan Benih dan Produk Tanaman Dari Selangor Fruit Valley

Oh ya! Selangor Fruit Valley (SFV) juga ada menjual anak pokok buah-buahan, benih sayur-sayuran, nanas MD2, anak pokok Pisang Kultur Tisu. Kita juga boleh mendapatkan buahan-buahan yang ditanam disini seperti Kelapa Pandan, Nangchem, Jambu Batu, Belimbing dan banyak lagi.

Laman Herba

Selain itu pengunjung juga boleh meninjau Taman Herba di sini. 




Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang biasanya kita akan guna samada dalam masakan ataupun rawatan penyakit.

Ada banyak lagi sebenarnya tanaman herba di sini. 





Setiap pokok mahupun tumbuhan sudah dilabelkan dengan nama dan info bagi memudahkan pengunjung mengetahui tentang tanaman tersebut.

Antara Lain Menarik di Selangor Fruit Valley (SFV)

Bagi yang datang bersama keluarga atau berkumpulan boleh juga melakukan aktiviti-aktiviti sukan air di Tasik Keranji. Disediakan juga tempat memancing bagi mereka yang gemarkan aktiviti ini.







Terdapat juga pameran haiwan eksotik yang dibawa khas ke Selangor Fruit Valley (SFV). Terutama bagi mereka yang suka melihat haiwan ini dengan lebih dekat.

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley (SFV)

Boleh dapatkan tiket di kaunter yang terletak berdekatan dengan pintu masuk. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Warga Malaysia : 
RM15/seorang (dewasa) , RM10/seorang (kanak-kanak/warga emas/OKU/Pelajar).

Warga Asing : 
RM30/seorang (dewasa) dan RM25/seorang (kanak-kanak).

Dengan harga tiket ini membolehkan korang menaiki tram, mengelilingi ladang buah, mengunjungi Carambola Pavilion, laman herba, Taman Rusa, Taman Arnab dan rumah kampung.

Untuk mereka yang ingin melakukakan aktiviti seperti memetik buah nanas, menuai kelapa pandan, menorah getah, aktiviti berbasikal, membuat telur asin, memancing, korang boleh dapatkan pakej istimewa dengan menghubungi :-

Selangor Fruit Valley di talian 016-6680792 / 012-3432971 /012-3445033
atau emel ke selangorfruitsvalley@gmail.com



Layari www.selangorfruitvalley.my dan FB (1) Selangor Fruits Valley | Facebook untuk informasi dan sebarang urusan berkenaan Selangor Fruit Valley (SFV).

Saturday, April 23, 2022

PENJIMATAN Hebat di Promosi Hari Raya Guardian

Hi Korang,

Tampil bergaya, sihat dan cantik di Hari Raya ini dengan pelbagai barangan keperluan kesihatan dan kecantikan harian di jualan istimewa Hari Raya Guardian, ‘Tawaran Lebaran, Kembalikan Kemeriahan’ bermula dari 27 April hingga 29 Mei 2022.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei berkata:

“Dengan potongan sehingga 50%, sekarang adalah masa terbaik untuk mendapatkan barangan kesihatan dan kecantikan yang anda perlukan untuk sambutan Hari Raya bersama sahabat handai dan yang tersayang. Anda juga boleh mengambil peluang membeli hadiah untuk mereka untuk dibawa pulang ke kampung nanti.

“Sebagai contoh, anda boleh jimat sehingga 50% untuk produk Penjagaan Kulit dan Penjagaan Diri dan 30% untuk Penjagaan Kosmetik dan Penjagaan Kesihatan. Selain itu, tedapat juga tawaran istimewa seperti pek Promosi Bonanza untuk Penjagaan Kulit dengan penjimatan 20% hingga 35% untuk produk penjagaan kulit sensitif dan lebih 1,570 produk dijual pada harga RM10 sahaja!”




Promosi-promosi lain termasuk:

▪ Beli 2 jimat lebih untuk produk Penjagaan Peribadi

▪ Penjimatan sehingga 30% untuk produk penjagaan ibu dan anak

▪ Penjimatan sehingga 30% untuk lebih 730 produk Penjagaan Kesihatan

PERCUMA beg kosmetik Minions Eksklusif dengan setiap pembelian Kosmetik, Wangian dan Aksesori Kecantikan bernilai RM150 dan ke atas.

PERCUMA set mangkuk Jepun Eksklusif dengan setiap pembelian penjagaan Kulit dan Derma bernilai RM120 dan ke atas dalam satu resit

PERCUMA set Pinggan Eksklusif dengan pembelian mana-mana produk penjagaan Diri (Penjagaan Rambut, Penjagaan Bayi, Pencuci Wanita, Mandian dan Penjagaan Mulut, Deodoran dan Pencukur) bernilai minimum RM118 dalam satu resit.

▪ Dan banyak lagi promosi istimewa hadiah percuma eksklusif dengan pembelian.


Tambah Angela:

“Selain daripada semua promosi menarik ini, pelanggan juga boleh menyertai peraduan “Scratch & Win Festive Bonanza” dengan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM5 juta untuk dimenangi. Apa yang perlu dilakukan adalah berbelanja minimum sebanyak RM40 dalam satu resit untuk mendapatkan kad gores dan menang dan lihat apa yang dimenangi. Selain daripada hadiah pertama sebuah motosikal Yamaha MT-25, pelanggan juga boleh memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Flip 3 5G, Thermomix, Ogawa Aromatic Face Steamers dan baucar tunai Guardian. Peraduan ini ditutup pada 29 Mei 2022.”

“Dengan Guardian, setiap hari adalah masa yang sesuai untuk membeli keperluan kesihatan dan kecantikan untuk anda dan keluarga. Lebih-lebih lagi sekarang sebagai persediaan untuk sambutan perayaan yang selamat, lakukan ujian berkala dengan kit ujian Covid-19 kami yang kini ditawarkan pada harga yang berpatutan!

“Sebagai peruncit Nombor Satu Malaysia*, kami sentiasa mengkaji dan membawa masuk produk terbaik dengan teknologi terkini yang memberikan manfaat kepenggunaan dan pengalaman yang lebih baik dan lebih hebat serta nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami. Kami sedar akan reputasi dan legasi kami sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai di Malaysia,” jelas Angela.


Untuk pengguna Aplikasi Guardian, pastikan anda juga tidak terlepas tawaran App-Clusive setiap hari Selasa.

Dalam pada itu, Guardian Malaysia juga telah melancarkan video muzik pertamanya yang membangkitkan kerinduan untuk pulang berhari raya ke kampung halaman selepas dua tahun sekatan perjalanan dibuat akibat pandemik COVID-19.

Bertajuk ‘Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian’, ia telah dihasilkan untuk Guardian oleh agensi digital Lion & Lion Malaysia. Rakaman dibuat berlatarbelakangkan sawah padi dan suasana desa yang nostalgia, video yang menyentuh hati itu menampilkan selebriti tanah air Noorkumalasari, Wani Kayrie and Sofea Shaheera.

Jelas Angela, “Kami merasakan bahawa kisah empat beradik yang merancang untuk mengejutkan ibu mereka, yang akhirnya memakan diri mereka sendiri, dalam cara yang ceria, menggarap intipati apa yang dirasai oleh rakyat Malaysia di Hari Raya. Tidak kira sejauh mana dan betapa berliku jalan untuk pulang ke kampung, yang penting dapat beraya bersama orang tersayang.”

* Seperti yang diundi oleh orang ramai sebagai pemenang anugerah Platinum untuk Peruncit Terbaik di Anugerah Jenama Putra 2021.

‘Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian’ mengisahkan tentang perjalanan empat beradik yang pulang ke kampung halaman bersama-sama selepas sekian lama; menunggang Vespa berwarna-warni untuk mengejutkan ibu mereka di Hari Raya. Sepanjang perjalanan, mereka berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Video muzik ‘Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian’ kini boleh ditonton di platform media sosial Guardian.

Facebook: @Guardianmy

Instagram: @Guardianmy

YouTube: @Guardian MY

Friday, April 22, 2022

JULIE'S BISCUITS MENANGANI ISU STEREOTAIP GENDER, MENENGAHKAN KESAKSAMAAN GENDER DALAM SEKUEL FILEM PENDEK HARI RAYA

Hi Korang,

Julie's Biscuits sekali lagi menangani isu peranan stereotaip dalam filem pendek Hari Raya terbaru berjudul 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?'


Filem yang disiarkan hari ini membalikkan skrip iklan yang disiarkan pada 2021 dan membincangkan stereotaip tipikal yang dilihat dalam masyarakat hari ini. Berlatarbelakangkan persiapan menyambut Hari Raya, filem ini menjemput rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan semula definisi peranan tradisional yang stereotaip dengan melihat bagaimana jangkaan dahulukala tidak lagi sesuai pada zaman sekarang.

Sedia ditonton di laman web Julie's Biscuits'Ini Iklan Raya Baru, Tau?' akan menyaksikan pelakon Malaysia sangat disayangi, Amerul Affendi, kembali memainkan peranan sebagai 'Tuan Direktor'. 



Dalam iklan itu, pelakon dan kru yang berkerja dengan ‘Tuan Direktor’ seakan-akan bertekad untuk menghalang idea dan skrip yang mereka anggap stereotaip dengan menyuarakan idea-idea baharu. Situasi ini menyebabkan 'Tuan Direktor' kecewa dan gagal dalam usahanya untuk menghasilkan iklan Hari Raya yang diingini. Dalam adegan 'Kuih Mak-More', pelakon Nadiya Nisaa sanggup berani mencabar skrip dan menyoal ‘Tuan Direktor’ akan sebab mengapa dia mesti digambarkan sebagai ibu yang hiruk-pikuk untuk menunjukkan komitmennya terhadap sambutan Hari Raya. 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?' juga menampilkan pelakon Dato' Afdlin Shauki (yang memegang watak ayah dalam 'Bila Nak Ka') bersama Mia Sara Shauki yang merupakan anak perempuannya dalam kehidupan sebenar dan di skrin.



Peranan tradisional dalam isi rumah Malaysia semakin berubah, dan hari ini, sifat dan ciri seseorang menentukan tingkah laku dan sikap mereka, bukannya gender, latar belakang etnik, atau umur. Filem pendek ini menjemput penonton untuk mempertimbangkan perubahan dan melihat semula pandangan mereka terhadap peranan stereotaip yang ditakrifkan oleh budaya.

"Julie's Biscuits adalah jenama yang menitikberatkan persaudaraan dan perkaitan antara satu sama lain. Kami percaya bahawa bakat, kebolehan dan idea tidak ada kaitan dengan gender. Walaupun kita sebagai komuniti telah mengorak langkah progresif, masih banyak yang perlu dilakukan jika kita ingin menggubal perubahan dan mengubah pemikiran pada skala yang lebih besar. Sambil kami menyambut Hari Raya dengan penuh keriangan dan ketawa, kami juga ingin menggalakkan orang ramai untuk meluangkan masa untuk merenung dan meneroka bagaimana mereka boleh menyebarkan mesej ini untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, persahabatan dan kemanusiaan," ulas Tzy Horng Sai, Pengarah Julie's Biscuits.



'Ini Iklan Raya Baru, Tau ?' dihasilkan oleh Layar Lucida, rumah produksi komersial, filem pendek, siri dan video muzik dari Malaysia.

'Dalam industri filem, saya sering melihat watak stereotaip di skrin. Peluang untuk menghasilkan iklan ini dengan Julie’s merupakan perubahan yang menyegarkan untuk menangani topik yang sering dibincangkan dengan rakan sebaya. Ramai orang tidak sabar untuk menonton iklan bertemakan perayaan, dan ia adalah platform yang luas untuk berkongsi mesej penting. Orang ramai berasa lebih selesa apabila keriangan digunakan untuk menyampaikan mesej bagi topik yang serius, dan saya berharap iklan ini dapat menjangkau dan bergema dengan seberapa banyak orang yang mungkin. Saya amat menghargai peluang yang diberikan oleh Julie's Biscuits untuk menceritakan kisah kami dalam 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?', kata Junad M. Nor, Pengarah Filem, Layar Lucida.

Dalam menghasilkan 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?', Julie's Biscuits memperbaharui kerjasamanya dengan GOVT Singapore, agensi kreatif di sebalik 'The Worst Feng Shui Master' dan 'Operation Maybe.

"Meneruskan tema Hari Raya tahun lepas, kami berbual secara kolektif dengan pelbagai orang mengenai stereotaip yang wujud. Kami gembira kerana dapat mendedahkan pandangan ini dan mengingatkan orang ramai bahawa kita semua memainkan peranan untuk menangani isu stereotaip. Kami percaya kadang-kadang ia lebih mudah untuk membuat orang gelak untuk melihat topik sensitif yang tidak ditangani - dalam kes iklan kami, ia adalah isu stereotaip yang sering kelihatan tetapi tidak diperkatakan. Dan itulah yang selalu kami cuba sampaikan dalam karya kami dengan Julie’s Biscuits,” kongsi Alvina Seah, Pengarah Urusan, GOVT Singapore.



Julie’s Biscuits akan menyiarkan 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?' di bazar Ramadan Jalan Klebang Utama, Melaka (dari 22 - 24 April). Orang ramai juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah di lokasi tersebut, disamping menikmati promosi untuk Love Letters, Oat25, Peanut Butter dan Choco More.

Untuk maklumat lanjut mengenai Julie's Biscuits, layari https://www.julies.com.my/