Tuesday, November 17, 2020

Diskaun 25% Untuk Bawa Pulang Dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Ke Rumah Dari Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 

Di musim PKPB ni memang kita tidak di galakkan makan di luar secara beramai-ramai untuk mengelakkan lagi tersebarnya Pandemik Covid-19 ini. Tapi kalau teringin nak makan menu ala-ala hotel camne ek? 

Senang aje, order online sudah. 

Dengan ini pihak Sime Darby Convention Centre (SDCC) mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah ataupun ke pejabat korang untuk merasai sendiiri menu makanan ala-ala hotel. 



Terdapat pelbagai pilihan menu yang di sediakan di Sime Darby Convention Centre ini iaitu menu masakan Cina Klasik dari China Treasures dan menu melayu fusion dari East Café. 

China Treasures 

Dari menu dimsum hingga ke daging barbeku, korang bakal menikmati menu-menu ini bermula dari harga RM12 + untuk 3 keping. 





Diskaun 25% akan diberikan untuk semua pilihan Dim Sum dan menu ala-carte. Tersedia setiap hari, korang boleh membuat pesanan dari jam 11 pagi hingga 6.oo petang dan makanan akan dihantar ke depan pintu anda dalam masa 60 minit setelah membuat pesanan. 




Bayaran penghantaran dikenakan untuk jarak lebih dari lima kilometer melalui Grab atau Lalamove. 

EAST Café 

Untuk pilihan masakan melayu asli dan fusion korang boleh dapatkan di East Café Sime Darby Convention Centre ini. 

Set Ayam Masak Merah

Spagethi Aglio Olio

Set Asam Pedas Kepala Ikan Salmon

Harga makanan ala-carte bermula dari hanya RM6 + dan korang boleh menikmati semuanya dari Cucur Udang, Mee Goreng, Pasta dan Chicken Chop kegemaran anda hingga Ayam Masak Merah. Boleh cuba hidangan Kepala Ikan Salmon Asam Pedas yang enak dengan harga RM15 + setiap set. 

Cara Tempahan Dan Pembayaran 

Pesanan dibuka dari jam 7 pagi hingga 6.00 petang dan mesti dibuat 1 jam lebih awal. Pembayaran penuh diperlukan melalui pemindahan dalam talian. Untuk membuat pesanan untuk East Caf ~ hubungi 03 20893799 (Talian terus) atau WhatsApp 012 2209087 (Helmi). 

Untuk pesanan China Treasures dibuka dari 12:00 hingga 18:00 dan mesti dibuat 1 jam lebih awal hubungi 03 2089 3788 (talian terus) atau WhatsApp 016 6599186 (Eric) dan 016 2555738 (Ben).


Oklah tuh kak lily rasa tak delah mahal sangat pun, harga berpatutan di musim PKPB nie. Dengan nak keluar bagai, so delivery dapat jimatkan masa dan tenaga. Semuanya boleh di hantar kemana juga korang berada


Jom kite order di: 

Sime Darby Convention Centre, 
1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 

Tel : 03-2089 3688 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Monday, November 16, 2020

Trend Kecantikan Terkini Dari Seluruh Dunia Kini Di GUARDIAN

Hi Korang,

Sejajar dengan reputasinya sebagai sebuah destinasi kecantikan, Guardian Malaysia telah mara selangkah lagi ke hadapan dengan menampilkan trend kecantikan terkini dari seluruh dunia agar keperluan pelanggan dalam normal baru dapat dipenuhi. 


“Dulu kita boleh berkunjung ke luar negara dan membeli produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini yang belum boleh didapati di Malaysia. Namun gaya hidup sebegitu agak mustahil kini akibat daripada pandemik COVID-19,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura. 

“Oleh itu, daripada perubahan gaya hidup yang belum pernah kita alami sebelum ini, tercetuslah satu ilham untuk mengadakan acara yang pertama seumpamanya iaitu Jualan Kecantikan Global (Global Beauty Sale atau GBS) untuk memberikan pelanggan kami akses mudah yang berterusan kepada produk-produk kecantikan terhebat dari seluruh dunia pada nilai yang hebat,” tambah Anna. 

Kempen selama sebulan yang bermula pada 3 November sehingga 2 Disember 2020 itu menampilkan pelbagai produk kecantikan yang menjadi trend di seluruh dunia. Seleksi mantap itu mewakili jenama terbaik dari semua jenama global dan mencerminkan komitmen Guardian terhadap kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapat produk berkualiti tinggi pada nilai hebat. 


Inisiatif GBS adalah rentetan kepada pelancaran semula stor utama Guardian yang canggih di Suria KLCC yang mempamerkan produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini dan teknologi paparan yang baru. Transformasi stor tersebut dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelanggan mengenai keperluan produk, kualiti dan harga. 

Mengulas tentang GBS, Anna berkata: “Selain pilihan jenama dan produk yang pelbagai, kami juga menawarkan diskaun sehingga 50% kepada para pelanggan sepanjang tempoh ini. Seleksi produk termasuk jenama-jenama kecantikan terkemuka dari Korea dan Jepun, produk kecantikan semula jadi terbaik, jenama-jenama baru di Guardian dan barangan keperluan harian dari 26 negara termasuk Malaysia.” 

“Sebagai contoh, kami mempunyai satu bahagian untuk produk kecantikan terbaik untuk seri kecantikan dari Thailand, untuk penampilan anggun seperti pelakon drama Korea dan untuk rupa wajah cantik setiap hari seperti drama Jepun, solekan yang memberikan anda gaya glam klasik Eropah Barat dan banyak lagi untuk penjagaan peribadi, penjagaan rambut, penjagaan kulit dan keperluan harian,” jelas beliau. 



Antara tawaran-tawaran hebat lain di Jualan Kecantikan Global Guardian termasuk: 

· Tawaran BELI 1 PERCUMA 1 untuk lebih 190 produk penjagaan peribadi 

· Lebih 100 barangan penjagaan kulit ditawarkan pada harga RM11 

· Nilai HEBAT setiap hari - lebih 1,300 produk keperluan harian dengan potongan harga setiap hari. 

· Dapatkan penimbang Smart Digital Bluetooth PERCUMA dengan pembelian minimum RM220 untuk mana-mana produk Penjagaan Kesihatan dalam satu resit (sementara stok masih ada) 

· Peralatan dapur silikon PERCUMA (set 3 barang) dengan pembelian minimum RM88 untuk mana-mana produk Penjagaan Peribadi dalam satu resit. 

· Kereta Honda Civic BARU untuk dimenangi dalam peraduan SHOP, WAVE & WIN. Hanya belanja minimum RM30 dan bayar menggunakan kad ATM MyDebit anda, ambil gambar slip transaksi, hantarkan gambar anda dan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa sebuah kereta baru. 


“Jadi, anda tidak perlu terbang mengelilingi dunia untuk produk Kesihatan dan Kecantikan anda, kami bawakan produk-produk terebut dari seluruh dunia kepada anda. Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk membeli dan mendapatkan stok barangan keperluan harian anda kerana Guardian sentiasa menawarkan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terbaik,” kata Anna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kegemaran anda pada harga diskaun sepanjang Jualan Kecantikan Global ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy.

Saturday, November 14, 2020

Minuman Beras Perang MAYANG, Untuk Kesihatan Seisi Keluarga

Hi Korang,

Di zaman serba moden ini, pasti semua inginkan kesihatan seimbang dengan aktiviti harian yang padat dipejabat. Memiliki kesihatan yang baik jugak semestinya menjadi idaman semua, ye kak lily pun rasa begitu juga. 


Oleh kerana itu, Pengusaha Minuman Kopi Beras Perang telah berusaha untuk  mengeluarkan dan memasarkan jenama Mayang yang mana objektifnya adalah untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang. 



Selain dapat membantu memberi tenaga selepas penat bekerja di rumah dan di pejabat seharian, Minuman Beras Perang ini juga amat sesuai membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. 


Minuman Beras Perang Mayang diedarkan oleh Era D Mansion Sdn Bhd sejak tahun 2018. Diketuai seorang ibu tunggal yang cekal dan berhati waja, Puan Zainab Binti Sidek selaku Pengarah Urusan percaya minuman sampingan Beras Perang Mayang ini dapat di terima dan menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia. 

Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya adalah bijirin penuh. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah. 


Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding dengan bijirin penuh daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit. 

Dan antara lain faedah kesihatan tubuh badan adalah mengawal diabetes, aktiviti antioksidan, mencegah obesiti, mengelakkan Alzheimer dan meningkatkan kesihatan jantung.

Minuman Beras Perang juga bebas gluten yang mana Gluten adalah protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai (rye). 

Minuman yang enak ini adalah pilihan minuman sampingan yang boleh diminum pada bila-bila masa dan sesuai dijadikan hidangan wajib untuk seisi keluarga. Bijirin yang kaya dengan khasiat ini bersesuaian dengan aktiviti sibuk seharian dan ianya boleh dinikmati semasa sarapan, makan tengah hari mahupun untuk makan malam. 

Terdapat dua (2) perisa minuman Beras Perang Mayang yang ditawarkan iaitu :-

Minuman Kopie Perang

Minuman My Berry

Kedua-dua minuman ini diformulasikan bersama beras perang untuk rasa yang enak dan menyegarkan. 

Minuman Kopie Perang

Di dalam satu pek ini terdapat 10 sachet. 



Sangat sesuaiuntuk kita bawa ke mana sahaja (hanya bawa bilangan sachet yang diperlukan). Kak lily sukakan aromanya yang begitu harum dan memikat. Selepas secawan terus rasa kenyang di buatnya.



Boleh lihat pada manfaat dari Kopie Beras Perang Mayang daripada gambar di atas. Untuk satu pek Kopie Perang ini ditawarkan pada harga RM25 sahaja.

My Berry Drink

Peminat minuman rasa buahan pasti sukakan minuman ini. 


Rasa manisan buahan beri bersama susu dan juga beras perang yang pastinya 1001 khasiat dan manfaat yang diperlukan oleh badan. Kak lily amalkan meminumnya di waktu petang dalam keadaan sejuk-sejuk gituh.



Untuk My Berry ini ditawarkan pada harga RM27.50 setiap satu.

Review Yang Kak Lily Boleh Bagi:-

Setelah beberapa hari mengamalkan kak lily rasa sentiasa kenyang di waktu tengahari. Begus jugak di musim PKPB ni agak leceh juga untuk keluar makan di waktu pejabat, dengan mengambilnya kurang sket rasa lapar dan dapat berjimat juga duit belanja makan tengahari.

Yang penting, kak lily kurang mengalami masalah sembelit lagi kerana sistem penghadaman berjalan lancar.

Produk Minuman Beras Perang jenama Mayang boleh dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh negara. Juga boleh terus dibeli diatas talian melalui kedai atas talian Facebook, Lazada, Shopee atau boleh berhubung terus dengan ibu pejabat Minuman Beras Perang Mayang. 



Rebut harga promosi yang ditawarkan dan hidangkan keluarga anda dengan minuman berkhasiat Beras Perang Mayang yang lazat yang pastinya akan disukai oleh semua. 

Jika anda berminat untuk sihat dan menambahkan pendapatan sampingan, hubungi kami sekarang dan kami ada menyediakan pelan perniagaan yang d ekonomi keluarga anda disamping kekal sihat setiap masa. pat membantu 



Telegram Group : https://t.me/joinchat/AAAAAFT6URxUXAkutjUS9Q 

Instagram / Facebook : minumanberasperangmayanghq 

Hotline : + 6014 6604247



#Mayang
#Preferredfamilychoice
#Sayangmayang
#Kopieperang
#Myberrydrink
#minumankesihatan
#pinggangrampingdengankopiesihatberasperang
#berasperang
#sekalicubapastitaklupa
#sihatdirisihatkeluarga
#kitajagakita
#jauhkandiridankeluargadaripenyakit
#sihatdirisihatkeluarga
#sayasayangkeluargasaya
#sayangidirianda