Monday, November 9, 2020

Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia

Hi Korang,

Setelah lapan minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri anjuran Astro Warna, The Masked Singer Malaysia melabuhkan tirainya pada Jumaat di pentas akhir. Sejarah dilakar apabila pihak juri menobatkan vokalis, Aina Abdul, sebagai juara musim pertama program itu. Menurut Aina, beliau tidak menjangkakan langsung kemenangannya. 


Katanya, “Pada mulanya saya sertai program ini, saya memang sudah berniat untuk sampai ke peringkat akhir. Saya berusaha bersungguh-sungguh setiap minggu supaya Bunga Raya kekal di dalam program. Tetapi, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi juara. Saya tidak sangka akan menang kerana kesemua peserta yang lain juga hebat. Apa pun, saya bersyukur sangat kerana rezeki berpihak kepada saya.” 

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Warna, Prima dan InTrend, Norzeha Mohd Salleh berkata, “Menerusi adaptasi terbaharu Astro Warna ini, kami percaya, program The Masked Singer Malaysia telahpun membawa kelainan kepada arena gelanggang muzik tanah air. Saya kagum dengan kecekalan setiap peserta yang berentap demi gelaran juara tanpa mengenali identiti sesama mereka, menaruhkan hanya kuasa vokal dan kreativiti dalam persembahan. Juga membanggakan adalah kru produksi yang bertungkus-lumus menyajikan hanya yang terbaik untuk santapan audiens. 

Tenyata, program ini juga berjaya mencetuskan fenomena dalam kalangan netizen yang tidak berputus asa meneka siapakah di sebalik topeng dari minggu ke minggu di media sosial, sehingga tanda pagar rasmi kami trending setiap Jumaat. Dengan dorongan ini, kami selaku peneraju utama kandungan hiburan tanah air akan setiasa berusaha dengan lebih jitu untuk menghasilkan banyak lagi program yang bertaraf global, dengan cita-cita menembusi industri hiburan di persada Nusantara dan antarabangsa.” 





Pada pentas akhir The Masked Singer Malaysia, Aina telah menyampaikan lagu Listen nyanyian asal Beyonce dan Malam Ini Kita Punya (Bunkface). Beliau menerima markah sebanyak 96 peratus daripada pihak juri. Naib juara dimenangi oleh vokalis baharu Vanessa Reynauld (kostum Rajah Brooke) dengan markah sebanyak 95 peratus, dan tempat ketiga oleh artis rap, Tuju K-Clique (kostum Orang Utan) dengan markah sebanyak 94 peratus. Manakala, tempat keempat dan kelima menjadi milik Datin Alyah (kostum Wau) dengan markah 88 peratus dan Vince Chong (kostum Enggang) dengan 87 peratus. 

Program The Masked Singer Malaysia merupakan sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, menampilkan para selebriti ‘rahsia’ yang hadir daripada pelbagai cabang industri seni tanah air. Kesemua 12 selebriti ini beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri. 


Untuk musim pertama ini, seramai sembilan (9) orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi Juri Tetap dan mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas hos adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal. 

The Masked Singer Malaysia menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ia berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai. 

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu telahpun bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.



Wednesday, November 4, 2020

‘Choc’ out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

Hi Everyone,

Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha is taking it up a notch with another of its exclusive creations, in partnership with Shopee. This month, be prepared to be knocked off your feet when you try the chocolate-themed Gong Cha 11.11 Big Drink series. This range is in celebration of Shopee’s 11.11 Big Sale that is taking place from now to 11 November. 


Check out the Earl Grey Chocolate Smoothie, Chocolate Latte with Coffee and Chocolate Marble which are only available for purchase via the Shopee App from now till 22 November, even after the 11.11 Big Sale has ended! After all, who can say no to chocolate when it is practically everyone’s favourite? 


Earl Grey Chocolate Smoothie 


The Earl Grey Chocolate Smoothie is made from freshly brewed Earl Grey tea, blended together with bittersweet chocolate for a uniquely fragrant drink. Topped with Gong Cha's famous milk foam, chocolate lovers will surely enjoy this one - a refreshing cold and creamy pick-me-up. 

Chocolate Latte with Coffee Jelly 




Chocolate and coffee lovers rejoice! Here’s a chance to have the best of both worlds in a cup. Witness the union of bittersweet chocolate and coffee-flavoured jelly in a sea of milk. Chew on the addictive jelly while sipping on the rich and creamy chocolate milk to get that extraordinary Mocha oomph! 


Chocolate Marble 



For those who like to keep it simple, enjoy the distinctive flavour of bittersweet chocolate in creamy milk foam. This makes for a nice and refreshing way to clean the palate after a good meal, especially for those who do not want a heavy dessert. 

So how do Malaysians get their hands on these drinks? 

The Gong Cha e-drink series can only be purchased via the Shopee App, and redeemed at all Gong Cha outlets nationwide. Get the Shopee x Gong Cha 11.11 Big Drink series exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal from now to 22 November. 

Fans can enjoy the Earl Grey Chocolate Smoothie at an introductory price of RM12 while the Chocolate Latte with Coffee Jelly and Chocolate Marble can be enjoyed at RM10. Save more when you purchase the drinks at 50% off this November on these special dates: 7, 8, 11, 15 and 22. Enjoy 30% coins cashback with no min spend and earn up to 500 Shopee Coins when you complete your purchase with Shopeepay. 

Additionally, users who use ShopeePay to pay for their Gong Cha orders at physical outlets stand a chance to receive RM4 cashback when they spend a minimum of RM10. This offer is valid till 31 December 2020. 

What are you waiting for? ‘Choc’ it out at https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series


Sunday, November 1, 2020

GO SHOP Menawarkan Pelbagai Tawaran Untuk Pelanggan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-6

Hi Korang,

Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang di Malaysia menyambut ulang tahun ke-6 dengan kempen #GoShopGreaterTogether, sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka, dengan tawaran dan diskaun istimewa dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. 


Go Shop telah menganjurkan ‘6th Anniversary Live Party’ hari ini (31 Oktober) bersama hos-hos dan selebriti tempatan termasuk Datuk Aznil Haji Nawawi, Datin Fouziah Gous, Linda Onn dan Nad Zainal. Sambutan ini telah distrim melalui kesemua platform Go Shop termasuk ‘Facebook Live’ dan ‘YouTube Live’. Pelanggan-pelanggan menikmati tawaran eksklusif ulang tahun sepanjang satu hari, seperti Beli 1 Percuma 1, Potongan Harga sehingga 50% dan Hadiah Bonus Percuma untuk beberapa perkakas rumah yang paling laris, peralatan dan barangan dapur, kecantikan dan produk-produk digital. 

Dr. Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop berkata: “Tahun ini, Go Shop menunjukkan perkembangan dan kami telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu. Tambahan pula, kami juga telah meningkatkan bilangan pelanggan kami sebanyak 31% sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan. Kami berharap dapat melihat trend ini kekal berterusan. " 


"Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital kami, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat ke 3 kategori pembelian tertinggi di Go Shop”. 

"Kami komited untuk menyokong perniagaan tempatan dan salah satu daripada usaha kami untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) merangkumi eBazaar semasa musim Hari Raya yang bertujuan membantu PKS dan Mikro-PKS dalam situasi yang mencabar ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Go Shop bersama-sama dengan rakan kongsi dan pembekal kami, berkerjasama untuk mengatasi cabaran dan terus menyediakan barang keperluan kepada pelanggan kami,” tambah Dr. Grace Lee. 



Kempen ‘Go Shop 6th Anniversary’ akan menampilkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. Pelanggan boleh menikmati Tawaran Mingguan Eksklusif, Potongan Harga sehingga 60% dan Produk di bawah RM60. Di samping itu, Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20. 



Sementara itu, di aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000 di mana dari 1 November – 12 Disember, 166 pemain terbaik setiap minggu akan memenangi hadiah. 

Pelanggan juga dapat menikmati potongan harga eksklusif apabila mereka melakukan pembelian secara dalam talian dengan GrabPay, Standard Chartered dan Public Bank sepanjang tempoh kempen ini. Di samping itu, mereka dapat menyertai Peraduan ‘Spend & Win’ dengan kerjasama GDEX dari sekarang hingga 25 November dan berpeluang memenangi sebuah TV 85” dengan Sistem Teater Rumah dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM60,000. 



Ikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro (saluran 118), (saluran 120) dan (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin, dan dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Go Shop 6th Anniversary’ dan pelbagai tawaran lain. Go Shop juga boleh dinikmati di MYTV (saluran 120). Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.