Wednesday, December 4, 2019

Ai Mobile Idea Box – Solusi Masalah Payroll Syarikat Yang Baru Membangun

Hi Korang, 

Kepada syarikat-syarikat kecil yang baru nak mulakan perniagaan dan kurang kakitangan mahir dalam menguruskan hal gaji para pekerja ataupun HR team korang tak berapa mantap dalam bab soal gaji, cuti pekerja ermm kak lily suggestkan korang beralih kepada Ai Mobile Idea Box ini. 


Ai Mobile Idea Box ini merupakan satu syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk para-para usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan dari segi menyediakan perkhidmatan ‘payroll’, software development, mobile applications, website development dan pelbagai lagi. 


Ianya tidak terhad kepada perniagaan kecil malah jika ada syarikat besar ingin memerlukan perkhidmatan seperti ini, pilhak Ai Mobile Idea Box sangat mengalu-alukan lagi. 

Payroll (Cloud & Outsourse) 

Untuk kali ini kak lily akan terangkan serba sedikit mengenai perkhidmatan ‘payroll’ yang di sediakan oleh syarikat Ai Mobile Idea Box ini. 

Perkhidmatan Payroll ini terbahagi kepada 2 iaitu Payrolll Subscription dan Payroll Outsource. 

Payroll Subscription 

Perkhidmatan subscription ini merupakan perkhidmatan sewaan storage data di i cloud ai Mobile Idea Box. Kiranya sesebuah syarikat ini akan menyewakan software untuk mereka menyediakan payroll para pekerja mereka. Data- data para pekerja akan dimasukkan pada setiap bulan untuk urusan gaji termasuklah kiraan cuti, overtime dan macam-macam lagi. 

Pada harga bermula RM90 sebulan untuk setiap akaun, dan setahun kontrak perkhidmatan. 

Beberapa contoh informasi yang di gunakan di dalam aplikasi tersebut






Payroll Outsource 

Bagi perkhidmatan outsource ini pula, pihak Ai Mobile Idea Box akan menyediakan segala-galanya dari A hingga Z untuk menguruskan syarikat-syarikat yang melanggan dengan mereka, dari segi kemasukkan data-data pekerja, urusan gaji, cuti, overtime dan pelbagai lagi. 

Pihak syarikat tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan pekerja untuk menguruskan data entry bagi syarikatnya. 

Pada harga bermula RM600 sebulan dan mengikut berapa besar syarikat tersebut dan setahun kontrak untuk permulaannya. 


Korang jangan bimbang mengenai kebocoran data-data para pekerja korang kerana semua akan diback up setiap bulan dan keselamatan informasi ini akan terjamin. 

Kini pihak Ai Mobile Idea Box sudah bekerjasama dengan beberapa syarikat sederhana dan besar yang mana salah satunya mempunyai pekerja 1000 orang. Wow, ini sesuatu yang membanggakan. 

Beberapa testimoni daripada pelanggan Ai Mobile Idea Box



Untuk info lanjut korang boleh hubungi : Mr Sarath 03-8734 5372 

Bersama orang kuat Ai Mobile Idea Box, Mr Sarath dan Cik Nisa



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website :

Facebook: 

Instagram : 



#aimobileideabox


Makan-makan Tony Roma’s Rib Rib Holiday Di Musim Cuti-Cuti Malaysia Ni Ek!

Hi Korang,

Wei makan-makan memang favourite ahkak ko nil ah, ermm mana tak gemuk ek huahauhaua.

Dah kalau makanan tuh sedap bak hang ermm haruslah jangan di lepaskan peluang. 

Tony Roma’s ni memang cukup-cukup menggoda kak lily betul lah.

ye jangan jeles wokehhh

Kebetulan petang ari tuh tak de ke mana so diorang ni ajak lah akak ke Tony Roma’s ni, wah sekali sekala dapat makan sedap helok lah tuh kan. Dah nama pun cuti so seharusnya dapur pun ikut cuti-cuti Malaysia sekali. 


Kalau korang nak tau yang sekarang ni ada promo Tony Roma’s Rib Rib Holiday di Tony Roma’s erm wah daebak dah ni. Siapa yang tak suka makan western food di Tony Roma’s ni ek. 

Di antara hidangan di dalam Tony Roma’s Rib Rib Holiday adalah seperti:-

Bruschetta Tuna (RM35.00 nett) 

Bruschetta Beef (RM35.00 nett) 

Potato Chips and Dips (RM25.00 nett) 

Riblet Party (RM185.00 nett)

Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett)

Grilled Beef Steak (RM85.00 nett)

BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett)

Hah amik ko!!

Kemain banyak lagi menu-menu unik lagi sedap di dalam promosi ni. Sampai kak lily sendiri tak tua nak makan yang mana satu. 

By the way, ada hidangan minuman terbaik dari Tony Roma's seperti-Peach Orange Colada (minuman terbaru dan ianya adalah untuk tempoh terhad), Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl dan Pina Colada. Minuman ini sangat sesuai di hidangkan sekali dengan menu makanan yang kak lily bagitau tadi hehehe. Harga untuk minuman ini adalah RM20.79 nett.

ya ampun terkeluar perangai memasing ek lepas makan ribs ni

ya ampun, lagi sekali ek


Promosi untuk Tony Roma’s Rib Rib Holiday bermula dari November 2019 sehingga 1 Januari 2020. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website Rasmi :

Facebook Page :

Instagram Page :



Majlis Perasmian Q & M Dental, Eko Cheras Mall Meriah!!

Hi Korang, 

Penjagaan kesihatan oral merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan dan kesihatan seseorang, dimana sejarahnya yang panjang bermula sejak lebih 4,000 tahun lalu dan sentiasa berkembang sepanjang zaman. Pada masa ini, teknologi canggih "Artificial Intelligence" (AI) merupakan masa depan dalam bidang pergigian. Kumpulan Pergigian Q & M, kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terkemuka di rantau ini telah mendedahkan rancangannya berhubung pelaksanaan dan pembangunan masa depan teknologi AI. 


Kak lily berkesempatan ke majlis perasmian Q & M Dental yang terbaru ini di Eko Cheras Mall baru-baru ini, sangat-sangat meriah dengan barisan VVIP tertinggi yang turut serta hadir di majlis bersejarah ini. 

Bermula dengan sebuah klinik tunggal pada tahun 1996, Q&M telah menjadi kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terbesar di Singapura dengan memiliki 78 buah klinik pergigian di seluruh negara. Selain Singapura, Q & M juga memperluaskan kewujudannya di Malaysia dan China. Sejak penubuhan klinik Q & M pertama di Malaysia pada tahun 2010, mereka kini mempunyai 30 buah klinik dengan 130 kakitangan termasuk doktor gigi umum dan pakar pergigian. Hari ini, Kumpulan Pergigian Q & M dengan bangga melancarkan pembukaan klinik terbarunya dalam pasaran Malaysia. 


Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore, Png Cheong Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pergigian Q&M, Dr. Ng Chin Siau; Pro Naib Canselor IMU,Profesor Toh Chooi Gait; Pengerusi Dewan Perhimpunan KL dan Selangor (KLSCAH), Datuk Ong SengKhek; Setiausaha Rukun Tetangga Taman Segar dan wakil Taman Segar, Cheras, Encik Chua Ah Hock; rakan perniagaan Kumpulan Pergigian Q&M 


Pada pelancaran tersebut, Dr. Ng Chin Siau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Q&M dan Profesor Toh Chooi Gait, Pro Naib Canselor (Pembangunan Strategik dan Antarabangsa) di International Medical University (IMU), menyatakan sistem AI dapat mengelakkan kesilapan diagnosis melalui tafsiran radiografi automatik dan mencadangkan pelan rawatan daripada amalan semasa yang terbaik. Dengan sistem AI yang sedang dibangunkan hasil kerjasama IMU, Q & M ingin memperkenalkan rawatan pergigian yang beretika dalam industri tersebut serta membawa penjagaan kesihatan pergigian yang berkualiti dan boleh diakses kepada semua orang. 


"Kami merasakan bahawa teknologi AI boleh digunakan untuk mengisi jurang dalam penjagaan pesakit kerana ia dapat memberikan pelan rawatan yang terbaik, juga memberikan analisis yang holistik terhadap keadaan pergigian pesakit," kata Dr. Ng. 


Profesor Toh juga berpendapat bahawa, "Sistem ini akan membantu dalam membuat keputusan klinikal yang kukuh, amalan berasaskan bukti dan menggalakkan komunikasi dengan pesakit. Bagi pesakit, mereka boleh mendapatkan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan terbaik di samping dapat mengelakkan kesilapan disebabkan penilaian peribadi dan sikap berat sebelah.” 

Dalam sesi bualan, Dr. Ng juga berkongsi beberapa pandangan mengenai kesihatan pergigian rakyat Malaysia secara umum, dengan mengatakan bahawa "Kesedaran dan pengetahuan tentang rutin penjagaan kesihatan mulut yang baik masih kurang di Malaysia. Malah di bandar-bandar utama dan kawasan bandar, ia masih menjadi suatu cabaran kerana kesihatan mulut tidak dianggap sebagai bahagian penting bagi seseorang." 

luaskan klinik ni

Sehubungan itu, Q&M berharap dengan pengenalan teknologi AI ini lebih ramai terdorong dan berasa yakin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mulut secara tetap bagi memastikan kesihatan mulut mereka terpelihara. 

Sebelum majlis berlangsung sempat jugaklah kak lily meninjau sekitar Q & M Dental ni, 

Bilik Rawatan 1

Bilik Rawatan 2

Mesin X Ray khas 

Peralatan untuk penstrilan

Mesin X ray untuk full scan gigi

Kawasannya agak luas, mempunyai 2 bilik rawatan yang lengkap dengan kemudahan pengkomputeran, bilik x ray samada x ray separuh mahupun full x ray dan bilik pensterilan peralatan. 

Ermm canggih betul lah. 


Selain memberi khidmat cemerlang kepada masyarakat, Q&M juga begitu bersungguh-sungguh mahu menggilap bakat-bakat muda. Pada Oktober 2019, Q & M berbesar hati mengumumkan pembukaan baru Kolej Pergigian Q & M, iaitu sebuah kolej swasta yang menawarkan diploma kepada lepasan ijazah dalam bidang pergigian klinikal. Kolej ini menawarkan sembilan modul iaitu ortodontik, endodontik, implantologi, periodontik, pergigian laser, pembedahan mulut dan maksilofasial, pergigian CAD/CAM dan pergigian digital, pergigian protodontik dan restoratif serta pengurusan pesakit dan etika dalam pergigian. Kursus peringkat diploma ini merupakan program berstruktur yang meliputi kuliah, arahan secara fizikal dan merawat pesakit di bawah penyeliaan jurulatih klinikal. 

“Dengan kewujudan Kolej Perubatan Q&M ini, kami berharap dapat melahirkan generasi baru pergigian dengan kepakaran tambahan dalam bidang kemahiran pembedahan canggih. Selain doktor-doktor gigi di Singapura, kolej ini juga menerima pengamal-pengamal yang berminat di Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan China," tambah Dr. Ng. 

Dengan blogger Farah, Ina Aina dan Faries, nasib diorang ni ada tau

Kumpulan Pergigian Q&M akan terus mengembangkan namanya dalam pasaran sedia ada di Singapura, Malaysia dan Chinadengan mengusahakan peluang pemilikan institusi pergigian serta pengeluar bekalan pergigian yang besar dan mantap di rantau ini. Kumpulan ini juga aktif mencari rakan kongsi tempatan di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam dalam beberapa tahun akan datang. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website Rasmi :

Facebook Page :

Instagram Page :







#QandMDentalGroup
#DentalClinic
#Cheras