Monday, November 4, 2019

Trekking Di FRIM Kepong, Kali Pertama Cuba Ni

Hi Korang,


Ye ini pertama kak lily pi trekking setelah sekian lama tak pi kan. Last pi trekking masa kat Genting Highlands dengan bebudak blogger hah sampai pacat-pacat ikut masuk ke hotel bagai hahahahaha.. Ini memang kenangan yang tak boleh di lupakanlah seumur hidup. 



So bila Ruby ajak trekking hari tuh di FRIM, kak lily cam aduimak terus tanye trek dia seram tak? Ada pacat tak? Terus ruby cakap tak delah lah trek untuk beginner jer huahuahauahua kalau ko tipu Ruby siap ko ek!! 

Awal bangun sabtu tuh, sebab takut terlelap. 

Kul 7 pagi dah kuar rumah, yelah jauh kot FRIM dengan Bangi tuh ermm hampeh sabtu pagi kan kereta tak de tuh sekejap sampai. Sama plak sampai dengan Ruby so sempatlah main-main dengan Adam dan Alif kan sementara tunggu yang lelain sampai. 

Trekking mengambil masa 1 jam setengah cam tuh. 

Briefing dulu sebelum mulakan trekking

Trek nya tak susah pun amatlah sesuai dengan kami-kami yang baru-baru nak belajar ni kan, even budak kecik pun ikut trek ni hehehe. Bila bertembung dengan bebudak kecik rasa malu plak huahauhaua 

Trek guider ktorang ni lupa plak namanya, sangat-sangat entertaining. 


Memacam info yang di kongsikan pada kami semua. Mengenai jenis-jenis pokok, kegunaan pokok-pokok kepada para pendaki atau orang yang sesat di dalam hutan, tempat-tempat selfie menarik di trek ni dan memacam lagi lah. 









Rasanya lebih 4km kot kitaorang berjalan tapi tak terasa pun penat pun malah seronok lagi adalah hehehehe. Sambil tengok-tengok pokok sambil selfie itu yang seronoknya hah. 




The best part lagi dapat sembang-sembang dengan kengkawan yang lama tak jumpe lah. Yelah kekadang kat event walaupun ada jumpa tapi tak sempat nak borak-borak kan 

Team hero malaya

Team wanita gorjes

Sekali sekala outing cam ni best jugak lah, selain keluar peluh ilmu pun dapat jugak. Tak yah reramai dapat dalam 10 -15 orang just nice lah.


Terima kasih Ruby sebab ajak kak lily ek, next time kalau ada lagi nak ikut!!

Sunday, November 3, 2019

Siri Kembara Eksklusif Guardian Tokidoki Harus Di Miliki Segera

Hi Korang, 

Kak lily dapat jemputan event dari Guardian harus tak lepaskan peluang sebab ramai kengkawan beauty blogger akan hadir sekali so dapatlah chill chill dengan diorang ni kan hehehehe

Kebetulan cuti half day hari tuh so attend event best ni kan hehehe


Guardian Malaysia terus menceriakan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan menerusi kolaborasi terbarunya dengan jenama gaya hidup ikonik dan terkenal, tokidoki dan melancarkan Siri Kembara eksklusif Guardian tokidoki yang boleh didapati pada harga istimewa bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember 2019 di semua stor Guardian. 

DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata; “Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.” 


“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%.Selaku sebuah jenama antarabangsa, tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.”

“Oleh itu, Guardian sangat berbesar hati apabila Simone Legno menghasilkan hasil seni unik untuk 3 beg kembara edisi terhad yang kami namakan Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki ini. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan dapati rekaan tersebut menerapkan elemen-elemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter- karakter tokidoki. Anda boleh lihat beberapa item, contohnya, seperti gincu dan penggilap kuku yang boleh didapati di Guardian dan anda juga boleh dapati stor berwarna oren yang mewakili stor Guardian.” 


“Kami percaya bahawa Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki akan menjadi rebutan pelanggan kami kerana mengembara merupakan satu bahagian penting dalam gaya hidup moden kita. Pelanggan kami mementingkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, dan salah satu cara terbaik untuk menikmati pengalaman tersebut adalah dengan mengembara. Oleh sebab itu kita kini menyaksikan ledakan dalam industri kembara dan tiada masa yang lebih baik untuk kami melancarkan pro- mosi ini dengan cuti Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi,” tambah Cho.

Dalam sebuah klip video khas yang dirakam untuk majlis pelancaran ini, Simone Legno berkata beliau sangat bangga untuk berkolaborasi dengan Guardian Malaysia, pen- eraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, di atas inisiatif berkesan ini dan berharap beg-beg kembara ini bakal memberi inspirasi kepada semua ahli-ahli kembara tokidoki yang baru.

Simone berkata:

“Mengembara bagi saya adalah satu bahagian yang penting dalam gaya hidup moden. Ia memberi inspirasi dan membuka minda saya kepada budaya dan masyarakat dunia yang berbeza dan mengekalkan kreativiti saya. tokidoki dan kem- bara tidak dapat dipisahkan.Tokidaki yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, melambangkan penantian untuk satu detik yang dapat merubah takdir seseorang, ia boleh berlaku dalam kehidupan seseorang secara kebetulan atau apabila bertemu orang baru.”

Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki terdiri daripada beg tote, beg sandang dan beg bagasi 20 inci. Ia boleh didapati pada harga istimewa;

Beg Tote RM80 (Belian dengan Belian) RSP* RM280

Beg Sandang RM100 (Belian dengan Belian) RSP* RM440

Bagasi RM170 (Belian dengan Belian) RSP* RM600

* RSP = Regular Selling Price

Untuk mendapatkan beg-beg kembara ini pada harga potongan istimewa, pelanggan Guardian hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit atau RM50 dan ke atas, tanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.


Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat'


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 



Saturday, November 2, 2019

ULASAN KAMERA REALME XT: Kuad Kamera Snapdragon 64MP yang Pertama di Malaysia

Hi Korang,

realme XT adalah tambahan yang terbaharu kepada rangkaian telefon pintar realme. Ia dilengkapi dengan sensor utama 64MP untuk menghasilkan foto-foto yang jelas, Pemproses 712 Snapdragon, Pengecas Pantas VOOC 3.0, Paparan FHD+ Super AMOLED dan pengimbas cap jari di atas paparan. Salah satu kelebihan realme XT adalah teknologi kuad kamera yang menampilkan sensor Samsung 64 MP GW1 di dalam kamera utama, lensa sudut lebar ultra 8MP, lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP. 

Jom kita lihat foto-foto yang dihasilkan oleh teknologi kuad kamera realme XT. 

Mod Makro 


Berdasarkan foto di atas, efek makro yag dihasilkan oleh kamera realme XT adalah luar biasa. Ia menunjukkan kemampuan sebenar lensa makro dari jarak 4cm, di antara lensa dan objek. Lensa makro ini membolehkan anda untuk mendekati dan menikmati keindahan dunia makro di sekitar anda. 



Mod Potret 


Tambahan lagi, realme XT berkemampuan untuk menghasilkan foto potret berkualiti seperti mana yang diambil di studio, dengan adanya fungsi HDR pintar. HDR pintar yang sebenar akan memaparkan efek sorotan (highlight) dan bayangan (shadow) bagi menghasilkan foto potret yang hidup. Gunakan mod potret untuk mengambil foto orang-orang yang tersayang dan anda pasti akan kagum dengan hasilnya. 

Sudut Lebar Ultra 


Lensa Sudut Lebar Ultra 119°dan Pandangan Lebar (Wider View) 1.5x membolehkan anda menangkap segala apa yang dapat dilihat dalam satu gambar. Kamera sudut lebar ultra dengan darjah pandangan 119° yang 50% lebih lebar dan dengan bantuan engin DLDC yang membetulkan herotan dapat memastikan gambar yang dihasilkan adalah berkualiti. Foto contoh ini menunjukkan hasil menggunakan lensa sudut lebar ultra untuk mendapatkan pemandangan yang lebih luas. 

64MP 


Akhirnya, kelebihan realme XT yang paling ketara terletak pada sistem kuad kamera 64MP. realme XT dilengkapi sensor 64MP ISOCELL GW1 yang mampu menghasilkan output pixel tinggi 9216 X 6912 di dalam fotografi. Hasilnya adalah amat mengagumkan di bawah pencahayaan yang sempurna seperti foto yang ditunjukkan di atas. Perincian dapat dilihat dengan jelas apabila foto dizoom. 

Sebagai kesimpulan, kelebihan realme adalah terletak pada sistem kamera 64MP, selain daripada reka bentuk premium dan prestasi yang lancar. Tiada telefon pintar lain di segmen ini yang dapat menawarkan gandingan fotografi resolusi tinggi terperinci dengan fungsi yang serba boleh. Anda hanya perlukan realme XT untuk menghasilkan foto yang sebenar! 

Bagi setiap pembelian realme XT di Jualan Lazada 11.11, realme Malaysia akan memberikan sebuah beg realme bernilai RM159 dengan PERCUMA. Untuk maklumat lanjut tentang realme XT, sila layari http://bit.ly/rmlazada