Monday, October 14, 2019

4-IN-1 BUFFET DINNER Di Restoran Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Royale Songket Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan tema terbaharu bagi bufet makan malamnya iaitu 4-in-1 Buffet Dinner. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia. 


Di sini, terdapat pelbagai pilihan pembuka selera yang boleh didapati di kawasan hidangan pembuka selera dan salad bar seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments. 



Tumpuan utama bufet makan malam kami ini semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang. 







Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan seafood on ice, sajian bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis. 


Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood. 

Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam ini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos. Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung. 




Bagi menambah kemeriahan pada bufet makan malam ini, kumpulan pastri kami menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut. Antaranya, Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi! 

4-in-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan ialah RM 95.00+ bagi seorang dewasa, manakala, RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 11 tahun. Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com

Jom kite ke : 

Royale Songket Restaurant 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook: 

Instagram :



#grandbluewavehotel
#shahalamhotel

Sunday, October 13, 2019

SPIRIT OF WIPRO RUN 2019 BRINGS BACK THE SPIRIT OF GOING #FURTHERTOGETHER

Hi Everyone,

Ahad lepas kak lily berkesempatan ke Wetlands Putrajaya untuk menjayakan “Spirit of WIPRO Run 2019”. Tapi yang tak best, kak lily terlambat bangun dan termiss nak lari bersama-sama huahauahauaa


Teruklah perangai kan, tapi ktorang join segala mak neka aktiviti yang ada tau masa hari tuh cuma tak lari jer

SPIRIT OF WIPRO RUN is back and it was bigger than ever! 

Today marks the 9th year anniversary for the Spirit of Wipro Run. On an international level, it is the 14th year anniversary of this momentous occasion. Runners kick started their day being out Sunday morning and rejoiced as the weather was clear. They enjoyed fun activities and a yummy breakfast. This year the Wipro team came up with the theme of going ‘#FurtherTogether’ – to face the challenges before us in unity and adversity. 


The run started all the way back in July 2006 in the efforts of bringing the community together and to give back to those who have shown support for Wipro in their years of being in service. Their main goal is to give contributions back to the society through 3 charity categories which are Community, Education, and Ecology. The SPIRIT OF WIPRO RUN has become one of the largest global employee events in the world. It is available in 110 cities across 34 countries including New Jersey, Portland, Sydney, and many more. 

“The SPIRIT OF WIPRO RUN has always been about giving back to the communities we work and live in. We aim to connect the Spirit of Wipro with our community and share our corporate mission of creating a just, equitable, humane and sustainable world,” said Mr Kumar Chander, Regional Director, South East Asia & Middle East in his energetic speech. 


SPIRIT OF WIPRO RUN had categories for all ages. Competitive runners aged 12 years and above were challenged in the following categories: Men Open 8km Category and Women Open 8km Category. The top 3 winners of the 3km dan 8km run were awarded with medals and hampers filled with awesome goodies. Participants in the 8km run also get their very own finisher medal at the finish line. 



Parents, kids, and senior citizens joined in on the 3km Family Fun Run at SPIRIT OF WIPRO RUN. The Family Fun Run was only 3KM long and it was perfect for families to sightsee the beautiful green scenery in Padang Semarak. The other activities also immersed runners in the game booths that gave many attractive prizes! 



There were also plenty of water activities that cooled off the runners from the heat. Kids got to unleash their creative side by joining the mask painting competition. Patrons also enjoyed the candy floss, popcorn, ice cream, and left the event with smiles on their faces and their hearts filled with warmth.



Wednesday, October 9, 2019

Hotel Maya Perkenal Chef Zainurin Sebagai Chef Eksekutif Sous Baru

Hi Korang,

Sedikit info kak lily nak kongsikan kepada korang ek

Hotel Maya Kuala Lumpur mengumumkan pelantikan Chef Zainurin bin Mohd Salleh sebagai Chef Eksekutif Sous terbaru hotel itu bermula 15 Julai lalu. 

Chef Zainurin bin Mohd Salleh

Dilahirkan dan dibesarkan di Masjid Tanah, Melaka, Chef Zainurin mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas bidang kulinari selama lebih 30 tahun bersama beberapa hotel terkemuka dan restoran ‘fine dining’ Jepun. 

Menurutnya, beliau mula meminati bidang masakan apabila sering membantu ibunya ketika remaja. Seawal usia 19 tahun, beliau kemudian mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kulinari di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Selepas tamat pengajian, Chef Zainurin memulakan kariernya pada tahun 1987 dan mula meningkatkan kemahiran dalam masakan Jepun. 

“Bagi saya, hidangan Jepun mengajar kita menjadi lebih berdisiplin, hormat, kreatif dan jujur. Seni persiapan hidangan itu sendiri membuatkannya berbeza dan unik. Kita perlu gunakan kemahiran dan teknik yang betul untuk hasilkan rasa terbaik,” katanya. 

Dragon Roll

Hotate Mentai Mayo Yaki

Beef Sirloin Steak

Sebagai pengenalan, Chef Zainurin memperkenalkan 3 jenis hidangan istimewa iaitu ‘Hotate Mentai Mayo Yaki’ yang akan dijual pada harga RM22, ‘Dragon Roll’ (RM27) dan ‘Beef Sirloin Steak’ (RM34). Selain itu, 6 menu baru juga akan diperkenalkan di restoran makanan Jepun dan Kantonis Hotel Maya, Still Waters. 

Set Salmon Sashimi

Set Tempura

Set Yaki Zakana

Hidangan-hidangan itu adalah Set Yaki Zakana, ikan salmon yang dipanggang dan disaluti dengan garam atau sos teriyaki, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; Set Salmon Sashimi, potongan segar ikan salmon, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; serta Set Tempura, udang dan sayur-sayuran yang digoreng dalam salutan tempura, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso. 

Ramen Noodle with Condiment

Set Sashimi Moriawase

Set Sushi Yaki Zakana

Selain itu terdapat juga Set Sashimi Moriawase, potongan pelbagai jenis ikan mentah yang dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso serta telur kukus; Set Sushi Yaki Zakana, hidangan pelbagai jenis ikan dengan nasi bersama ikan panggang, sup miso, salad dan telur kukus; dan Set Ramen Gyoza, mi ramen bersama hidangan sampingan, serta nasi dan salad. Kesemua set akan dijual bermula harga RM30. 

Hotel Maya terletak secara strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas. Hotel ini menawarkan 205 bilik terdiri daripada Studio, Suite Junior, Suite Deluxe, Suite Eksekutif dan Apartment Eksekutif; 3 buah outlet makanan dan minuman, 2 ruang istirehat, perkhidmatan makanan dalam bilik, kolam renang hidroterapi, gimnasium dan kemudahan spa.