Thursday, June 20, 2019

ALTHEA KOREA A'BLOOM Collection

Hi Korang, 

Lama tak citer pasal Althea ni ek, yelah lately ni Kak lily cam tak de masa nak review produk kecantikanlah hehehehe.. 

Kalau korang nak tau Althea, antara platform membeli-belah produk kecantikan dan penjagaan diri yang memang sentiasa menawarkan produk-produk esklusif dan menarik. Kak lily pun dah beberapa kali membeli belah di website ni. 

Bagi kak lily harga produk di sini amat berpatutan dengan golongan marhaen cam kita-kita ni 
Kebetulan bulan Syawal ni, Althea ada promosi Eid Mubarak Box so apalagi haruslah kak lily dapatkannya 


Nampak kemain comel lagi produk-produknya kan 

A'bloom Baby Meringue Puff 
A'bloom Giant Meringue Puff 

A'Bloom Mask Sheet 
A'bloom Ac-Me-Peach Mask 
A'bloom Sparkle-Me-Bright 
A'bloom Water-Me-Long 
A'bloom Avo-Cuddle-Me 

A'bloom BHA Blackhead Blaster 

Terus tak sabar nak cuba tau 

A'Bloom Mask Sheet 

Kak lily memang suka sesangat dengan mask muka ni. 

Ada 4 variant di dalam koleksi A’Bloom Mask Sheet ini iaitu : 

A'bloom Ac-Me-Peach Mask
A'bloom Sparkle-Me-Bright
A'bloom Water-Me-Long
A'bloom Avo-Cuddle-Me 


Kak lily suka betul dengan A’bloom Ac-Me-Peach Mask sampai terlupa nak ambil gambar hehehhe, bila di tampal pada muka tuh, terus dapat rasa kesegarannya, sejuk je bila kena kat muka. 

Mask Sheet dari Athea ini harganya ialah RM 18.00 untuk 10 keping. Betul kak lily tak tipu ye, sebab tuh ianya jadi best seller.
 

A'bloom Baby Meringue Puff 

Namapun 'baby' memang sangat comel dan lembut. Sesuai untuk korang blend tempat-tempat yang kecil permukaan di muka. Contoh dibahagian bawah kuning dan mata. Tapi memang comel. Asyik picit-picit jer benda ni hahaha. 

A'bloom Giant Meringue Puff 

A'bloom Giant Meringue Puff ini l;ebih besar sedikit saiznya jika dibandingkan dengan A'bloom Baby Meringue Puff. Sangat lembut dan mudah digunakan. Dan saiznya agak kompak tidak terlalu besar dan boleh sahaja dimuatkan di dalam beg mekap untuk dibawa ke mana sahaja. 

Penting tuh ada kedua-dua puff ni, maklumlah muka kak lily kan besar dulang hehehhe banyak tempat nak kena sapu kan

Harga bagi Baby Meringue Puff cuma RM 15 untuk 3 , manakala Giant Puff yang bersaiz 48x46 mm berharga RM 11. 


A'bloom BHA Blackhead Blaster 

A'bloom BHA Blackhead Blaster ini merupakan blackhead/whitehead removal yang sangat praktikal. Sebab ianya didalam bentu 'stick' yang sangat mudah untuk kita bawa pergi ke mana sahaja. Travel etc 


Mengandungi Natural BHA tidak hairanlah A'bloom BHA Blackhead Blaster ini mampu menanggalkan blackhead yang degil dengan mudah tanpa rasa sebarang kesakitan. Selain itu ianya juga bolehmenanggalkan sel kulit mati dan sebum. 

Harganya juga murah, RM 16 sahaja

Bestkan produk Althea Korea A'Bloom. Jangan lupa dapatkan di https://my.althea.kr/ yerpp!! 


Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :- 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



Jangan lupa singgah di Althea.kr tau... 



Wednesday, June 19, 2019

MAGICA at Subang, Lokasi Menarik Untuk Acara Perkahwinan Korang

Hi Korang, 

Yesza kak lily suka raya sebab ape?? 

Sebab dapat jumpa kengkawan, dapat makan-makan, pi open house kan hehehhee 

ok ni majlis kahwin ke reunion blogger hehehe

Lebih-lebih lagi kalau openhouse di tempat-tempat yang esklusif dan menarik serta sedap mata memandang 

dulu masa kahwin, tak de pun naik labu nie huahauhau

Kebetulan pulak dapat jemputan ke MAGICA Events and Function Halls di Subang ni hari ahad hari tuh so apa lagi haruslah jangan di lepaskan peluang kan kan kan 

Kalau korang nak tau MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan yang terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. 

Kak lily dapat rasakan sendiri suasana keajaiban pada saat kak lily melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang profesional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iaitu alam MAGICA. Hari istimewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi. 

MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza. Kami berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua dewan dan seriously rasa terpukau dan kagum. 

Magical Hall 


Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat claripacla lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung clengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. 





Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik, Mampu memuatkan selungga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu clengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu. 

Classic Hall 


Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. 



Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis korang ke tahap yang lebih berprestij. Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, korang  boleh menyerlahkan kreativiti sencliri clengan menclekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing. 

Garden Hall 


Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan dan ianya sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. 





Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi clengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung clan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal. 

VIP Suite Rooms 

Untuk pelanggan yang bercaclang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara. 

Rakan Vendor Magica Events & Functions Hall







Magica Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor clan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian, Boleh kak lily katakan bahawa dengan tawaran clan kelengkapan yang disediakan oleh MAGICA, korang iaitu bakal mempelai bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna dan berprestij, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya korang belanjakan. 

Pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin





Kak lily berkesempatan jugak untuk menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Puttee Bridal clan KYBC. Sangat-sangat cantik gaun pengantinnya, erm korang pun pasti teruja bila melihat gambar-gambar ini kan


muka-muka orang kelaparan

masing-masing bertambah makan ek


Sambil duduk santai, kami dihidang dengan juadah menyelerakan oleh beberapa rakan katerer MAGICA iaitu Kencana Katering, Zai Sri Gemilang, Rose Catering, DSaji, J.Y.Caterer, etc.

kami yang happy!!

Bagi korang yang masih tercari-cari lokasi majis persandingan korang, kak lily syorkan korang untuk ke Magica ni dulu untuk melihat sendiri kecantikan, keajaiban di Magica ni. 

Alamat:

MAGICA Events & Functions Hall,
Tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall, 
No. 3 Jalan Zuhal US/179,
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 012-6787795


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com




#magicawedding 
#magicaeventhalls


Tuesday, June 18, 2019

archiQ 2019 Ke Arah Memajukan Amalan Senibina Malaysia

Hi Korang, 


Cuba sebut sket camne bunyinya archiQ tuh? 


Hehehe cam nie lah archiQ cara sebutannya [arki-queue] 


Archi ni adalah singkatan kepada Architect yang bermaksud Arkitek alah yang kerjanya merangka, membina tak kira apa juga jenis bangunan baik kediaman mahupun komersil. 

Disebabkan kak lily ni berlatarbelakangkan ‘building’ industry so ini adalah perkara biasa yang setiap hari di dengar, yelah kat site office pun ada 2-3 orang Arkitek dan perasan jugaklah diaorang ada cerita mengenai archiQ ni.



archiQ anjuran Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACA:M) ini merupakan Persidangan antarabangsa yang terkemuka memberi tumpuan kepada melengkapkan latihan Arkitek di Malaysia dengan kemahiran perniagaan yang bijak untuk terus mengikuti perkembangan teknologi dan perniagaan di pasaran. 

Kalau korang nak tau Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACA:M) adalah sebuah organisasi berdaftar peringkat nasional yang mewakili kepentingan kolektif firma seni bina yang mengamalkan di seluruh Malaysia. 

Fokus utama ACA:M ialah 

• untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli kami, terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan seni bina; dan 

• untuk mewakili dan menyokong firma-firma senibina dalam usaha mereka untuk memberikan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.


"The architectural profession is no longer a simple practice of the art and science of building. Today, there are many complimentary, and at times opposing facets, interlinked with the practice of architecture, and archiQ 2019 is a golden opportunity for all practitioners - whether fresh or veterans - to learn from the vast experiences of the speakers that have been lined up in this event," komen AR Jasmeet Sidhu, Director of archiQ 2019 & Founding President of ACA:M

Persidangan dua hari yang diadakan di Consist College, Ampang Ulu Klang, menampilkan sepuluh (10) ‘speaker’ daripada latar belakang yang pelbagai dan direka untuk memberi pengetahuan mengenai menjalankan amalan seni bina dalam persekitaran kompetitif hari ini. Dengan lima orang ‘speaker’ yang dipaparkan setiap hari, para ahli mempunyai wawasan menarik ke dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan amalan harian Arkitek.




Speaker Jemputan Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artist, dengan topik "Art: The Next Financial Equity”.


Topik-topik termasuklah : 


Hari Pertama

• Ahmed Subactogin, CEO/MD, Par Synergy (M) Sdn Bhd 
Topik : Specialist Food Facilities Design 

• Dato' Zubair Afandi bin Omar, Artist 
Topik : Art - The Next Financial Equity 

• Feisal Noor, VP, AECOM South-East Asia 
Topik : Challenges of the River of Life 

• M. Puravalen, Partner, Valen, Oh & Partners, Solicitors 
Topik : Strict Liability - How it Affects Architects 

• Aminah bte Abd Rahman, General Manager, Construction Research Institute Malaysia Topik : Timely Construction Permits 




Panel Discussion Session
(dari kiri) panel moderator Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, guest speaker Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artist, guest speaker Feisal Noor, Vice President of AECOM South East Asia, guest speaker Ahmed Subactogin, CEO and Managing Director of Par Synergy (M) Sdn Bhd.


Hari Kedua


• Dato’ Nitin Nadkarni, Partner, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Solicitors 
Topik : Staying Safe in a Litigious Society 

• Christopher Chang, Director of IFS Advisory Services Sdn Bhd 
Topik : Taxation Principles for Architects 

• Ir Nirinder Singh Johl, Managing Director, TNBX Sdn Bhd 
Topik : Solar - Is it a Viable Option in Malaysia 

• Girish Ramachandran, Executive Director of 27 Advisory Sdn Bhd 
Topik : lnvestible Masterplans 

• Adj Prof Anthony Wong, Board Member, Malaysia Green Building Council 
Topik : Replacing Waste Water Treatment Plants with Structured Wetlands 

archiQ 2019 telah berjaya memberikan pemahaman yang mendalam tentang banyak topik yang berkaitan dan mendorong pembelajaran rakan sebaya yang bermakna, sehingga membuka jalan bagi Arkitek untuk menerapkan pengetahuan yang diperoleh di sini untuk persekitaran amalan dunia nyata mereka. 

"While design remains an Architect's core competency, business skills and acumen are equally needed to succeed in today's competitive world. With archiQ covering diverse topics each year, we are passionate at what we do and are positive that participants will gain more from the conferences in the coming years," kata AR Jasmeet Sidhu.




Perasmian archiQ 2019 (dari kiri) Ar Normah Latiff, Council Member of ACA:M, Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, Ar Jasmeet Singh Sidhu, President of ACA:M and Director of ArchiQ 2019, Ar Zairul Azidin bin Badri, President of LAM &Guest of Honour, Ar Jafri Merican, Council Member of ACA:M, Ar Bobby Low, Council Member of ACA:M.


ACA:M percaya bahawa untuk profesion ini Arkitek mestilah berpengetahuan baik dan bijak dalam ilmu perniagaan untuk melaksanakan peranan yang berbeza semasa melaksanakan tanggungjawab mereka secara profesional dan tekun terhadap pelanggan dan orang awam secara keseluruhan. 


Untuk para profesional yang ingin menyertai ACAM ini

Keahlian hanya dibuka kepada pemilik firma arkitek. Setiap firma terhad kepada 2 pengarah. Bagi acara-acara kecil yang dianjurkan oleh ACA:M adalah PERCUMA kepada ahli. Kedua-dua pengarah dengan keahlian ACA:M dari firma yang sama boleh menghadirinya.

Bagi bukan ahli (arkitek) mereka perlu membayar yuran nominal untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh ACA:M. Acara besar seperti ArchiQ tidak percuma tetapi setiap peserta perlu membayar, ahli dengan kadar diskaun.

Kadar yuran keahlian adalah seperti berikut :

Yuran tahunan          RM400
Yuran 'initial joining' RM200


Untuk info lanjut boleh hubungi : 

ACA:M Secretariat di +6018 328 4339

Bagi kak lily seseorang yang mempunyai jawatan profesional sebegini haruslah menyertai program sebegini untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan untuk kemudahan mereka di masa hadapan.

Tak kiralah apa juga bidang pun, samaada korang doktor, engineer, QS, safety pun kan..

Carilah ilmu selagi kita boleh bernafas kemana juga pun...












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com