Monday, February 11, 2019

SAFI Micellar Natural Cleansing Water, Bersihkan MakeUp Senang Je

Hi Korang, 



Selain dari cuci muka guna pencuci muka korang guna apa lagi ek? 

Kak lily kekadang tuh guna gak makeup remover kalau pakai makeup kan, yelah mana nak hilang kalau guna pencuci muka biasa jelah. 

Ada tuh sapu punya sapu sampai terkena mata plak, pedih wei cam terkena kita tengah potong bawang tuh lah hauhauhauahua. Kena jaga-jaga bila nak buang eyeshadow kat mata tuh. 


Merayap kat drugstore tuh ternampak SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni ermm apa lagi sambar terussss 

SAFI Micellar Natural Cleansing Water ini merupakan rangkaian pembersih solekan "mesra kulit" diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi yang lembut dan membersihkan kotoran dengan satu sapuan. 

Lebih menarik formula bahan semulajadinya membuatkan Pembersih Solekan SAFI Micellar ini amat sesuai digunakan terutamanya untuk membersihkan solekan di sekitar bahagian mata yang merupakan bahagian kulit yang nipis, sensitif, dan paling terdedah kepada masalah kedutan, jika kita menggunakan pembersih solekan yang tidak sesuai. 

Seperti solekan yang mampu menyerlahkan sisi personaliti dan gaya berbeza setiap wanita, SAFI percaya kulit yang cantik adalah kulit yang sihat dan ini dizahirkan dengan penggunaan produk penjagaan kulit muka dan rutin kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan khusus kulit korang. 

Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI I SAFI Excellence In Research and Innovation I Centre, makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. 

SAFI Micellar Natural Cleansing Water merupakan rangkaian produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilasan, disamping mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi. lanya juga telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, Propylene Gylcol dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM. Kombinasi formulasi manfaat alamiah dan bebas bahan kimia produk ini tidak memberikan kesan kekeringan ketika digunakan untuk menanggalkan solekan. 

Sempat kak lily guna hari tuh sebelum nak pi solat kat opis ni hah

guna yang cucumber punye so nak sapu kat bibir nak buang lipstick

sekejapan hilang je hah, mudahkan

SAFI Micellar Natural Cleansing Water hadir dengan tiga variasi rumusan 100% bahan semulajadi aktif setiap satu menepati keperluan khusus kulit korang 


SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Rose 


Kullt normal & Kombinasl 
Membersih & mengecilkan liang pori 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Ros, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri. Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. 

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Neem 


Kulit berminyak & Berjerawat 
Membersih & mengawal Jerawat 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Neem, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta mengawal jerawat, hasilnya kulit berseri tanpa cela. Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber 


Semua jenis kullt 
Membersih dan melembapkan kullt 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta melembap dan juga menyihatkan kulit, hasilnya kulit lembut dan bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Rangkaian produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water dipasarkan pad a harga RM17.25 bagi botol bersaiz 200 ml dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 
#SAFIMICELLARWATER  
#SAFISKINSTORY

Friday, February 8, 2019

Liang Sandwich Yang Ada Muka Jay Chou Tuh

Hi Korang, 

Beria-rialah kak lily teringin benau nak makan Liang Sandwich ni. 

Disebabkan ape? 

Sebab Jay Chou lah kan 

Wah muke ensem mesti sandwich pun sedap katanya hahahahaha 

Kebetulan last week lunch tak tau kemana so zass ke iOi City Mall hah, alah dekat je dari opis ni dalam 10 minit camtu je. Straight je dari opis terus sampai parking iOi ni. 

Sebab soranglah senanglah nak buat pilihan makanan, yang mudah, yang tak ramai orang, yang ade tempat duduk untuk makan sambil layan Netflix. 

Terlalu depan Liang Sandwich so singgahlah. 


Boleh nampak kitchennya ek, kira orang tuh masak kita boleh tengok lah. So orderlah chicken sandwich kot ingat-ingat lupe plak hah. Bayar siap air sekali dalam RM10 lebih kira oklah harga takdelah mahal mana pun. 

Kak lily tak delah tengok cara diorang masak kat open kitchen tuh coz sibuk main tepon tup-tup diorang panggil cakap makanan dah siap. 

Konsep layan diri ek, ambil semuanya sendiri. 

Cantik packagingnya gambar Jay Chou tuh, la sekali tengok roti pratha je base nya kemudian di kapit dua dan di letakkan inti je hah. Ermmm itu sandwichnya, makan jelah sebab dah order kan. 


Nasib baik not bad jugak rasanya, dah saiz sandwichnya besar so memang mengalas perut sungguh lah di kala lapar tengahari tuh. 

So rasa-rasa nak makan lagi ke kat Liang Sandwich ni ? 

Ermm kalau tak de apa nak makan lagi boleh lah kot, jangan compare dengan kedsai sandwich lelain kat luar sana ek sebab cara pembuatannya lain wokeh. 

Alah korang cuba dulu jelah senang abis citer kann…










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Wednesday, February 6, 2019

Neil Armayan Revesol Cream Untuk Kekal Muda Selalu

Hi Korang, 

Masalah kak lily adalah kesesuaian nak mencari krim muka untuk orang kulit berminyak ni kan. Eh betullah kena cari yang water based je kang kalau sapu yang cream based harus bertambah lagi minyak kat muka tuh hah 

Itu masalah pertama, masalah kedua anti aging plak!! 

Aduimak bila masuk 40an ni, anti aging ni memang nightmare betul. Kang kalau sapu salah krim muka boleh keluar cepat garisan muka dan kedutan kan, di tambah lagi dengan sinar UV plak kan lagi nak nangis ooo. 

Ini memang serious tau 

Makin tua kulit muka makin hilanglah keanjalan kulit tuh kan. 


So kak lily mencuba satu produk dari Korea ni iaitu Neil Armayan Revesol. Eh biasalah kengkawan-kengkawan bagitau so kita cubalah kan mana tau elok tak yah nak nak berbotox ke cucuk vitamin C bagai kan. Seboleh-bolehnya kak lily memang mengelak menda alah sebegini. 

Neil Armayan Revesol dirumuskan secara klinikal sebagai krim pembalikan usia pelbagai faktor yang amat berkuasa. Maknanya wanita di usia awal 40 an sesuai digunakan untuk kelihatan muda. Pertama sekali, ia diberi sentuhan PhytocellTec™ Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga memperbaiki sel induk semula jadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit korang. 

Neil Armayan Revesol merupakan alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembab dan perlindungan UV. Kebaikan tambahan termasuk ciri antikulat, anti keradangan dan pengurangan jerawat. Pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklum balas daripada wanita seluruh dunia. 

9 Kebaikkan Krim Pembalikan Usia Pelbagai Faktor Dengan Penghidratan Revesol


1. Melewatkan penuaan sel 

2. Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit 

3. Meningkatkan Vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit 

4. Ciri Pelembap Yang Luar Biasa 

5. Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus 

6. Mengurangkan keradangan dan pembentukan jerawat 

7. Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang pertumbuhan sel baru 

8. Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari 

9. Ciri- ciri antikulat. 


Bahan- bahan:

Ethylhexyl Palmitate, Silica Dimethyl Silylate, Butylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Saccharomyces Lysate, Corn Starch Modified, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Malus Domestica Stem Cell, Salicylic Acid, Acacia Senegal Gum, Acetyl Hexapeptide-8, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil. 

Cara penggunaan:

Kak lily amalkan selama 2 minggu lebih dah ni pada waktu malam je. Sepatutnya untuk dapatkan impak dengan lekas kena sapu setiap pagi dan malam tapi asyik terlambat je so terskip lah kekadang tuh hehehhehe teruk betullah time management ahkak ko ni kan 

Once dah sapu di muka, ianya cepat menyerap masuk ke dalam kulit muka so takdelah bertempek je nampak minyak kan. Selesa rasa macam tak sapu krim pun. 

Hasilnya 

Ermm tengoklah sendiri 

Rahsia keanjalan mukaku hauhauhauahua poyo ayat ek hahahaha 


Memang nampak ada perubahan, banyak oil seed kat bawah mata tuh berkurangan dah, sekarang dalam proses nak kurangkan pigmentasi ni hah. Muka orang high maintenance memang cam ni, makan masa sket nak kurangkan masalah kan tapi tak per janji ada perubahan kan, itu yang kita nak. 

Neil Armayan Revesol di pasarkan di Korea, Malaysia, Thailand Dan Vietnam dan pada harga RM319, berbaloi kan harga dan kesannya ek 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram :