Friday, February 8, 2019

Liang Sandwich Yang Ada Muka Jay Chou Tuh

Hi Korang, 

Beria-rialah kak lily teringin benau nak makan Liang Sandwich ni. 

Disebabkan ape? 

Sebab Jay Chou lah kan 

Wah muke ensem mesti sandwich pun sedap katanya hahahahaha 

Kebetulan last week lunch tak tau kemana so zass ke iOi City Mall hah, alah dekat je dari opis ni dalam 10 minit camtu je. Straight je dari opis terus sampai parking iOi ni. 

Sebab soranglah senanglah nak buat pilihan makanan, yang mudah, yang tak ramai orang, yang ade tempat duduk untuk makan sambil layan Netflix. 

Terlalu depan Liang Sandwich so singgahlah. 


Boleh nampak kitchennya ek, kira orang tuh masak kita boleh tengok lah. So orderlah chicken sandwich kot ingat-ingat lupe plak hah. Bayar siap air sekali dalam RM10 lebih kira oklah harga takdelah mahal mana pun. 

Kak lily tak delah tengok cara diorang masak kat open kitchen tuh coz sibuk main tepon tup-tup diorang panggil cakap makanan dah siap. 

Konsep layan diri ek, ambil semuanya sendiri. 

Cantik packagingnya gambar Jay Chou tuh, la sekali tengok roti pratha je base nya kemudian di kapit dua dan di letakkan inti je hah. Ermmm itu sandwichnya, makan jelah sebab dah order kan. 


Nasib baik not bad jugak rasanya, dah saiz sandwichnya besar so memang mengalas perut sungguh lah di kala lapar tengahari tuh. 

So rasa-rasa nak makan lagi ke kat Liang Sandwich ni ? 

Ermm kalau tak de apa nak makan lagi boleh lah kot, jangan compare dengan kedsai sandwich lelain kat luar sana ek sebab cara pembuatannya lain wokeh. 

Alah korang cuba dulu jelah senang abis citer kann…










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Wednesday, February 6, 2019

Neil Armayan Revesol Cream Untuk Kekal Muda Selalu

Hi Korang, 

Masalah kak lily adalah kesesuaian nak mencari krim muka untuk orang kulit berminyak ni kan. Eh betullah kena cari yang water based je kang kalau sapu yang cream based harus bertambah lagi minyak kat muka tuh hah 

Itu masalah pertama, masalah kedua anti aging plak!! 

Aduimak bila masuk 40an ni, anti aging ni memang nightmare betul. Kang kalau sapu salah krim muka boleh keluar cepat garisan muka dan kedutan kan, di tambah lagi dengan sinar UV plak kan lagi nak nangis ooo. 

Ini memang serious tau 

Makin tua kulit muka makin hilanglah keanjalan kulit tuh kan. 


So kak lily mencuba satu produk dari Korea ni iaitu Neil Armayan Revesol. Eh biasalah kengkawan-kengkawan bagitau so kita cubalah kan mana tau elok tak yah nak nak berbotox ke cucuk vitamin C bagai kan. Seboleh-bolehnya kak lily memang mengelak menda alah sebegini. 

Neil Armayan Revesol dirumuskan secara klinikal sebagai krim pembalikan usia pelbagai faktor yang amat berkuasa. Maknanya wanita di usia awal 40 an sesuai digunakan untuk kelihatan muda. Pertama sekali, ia diberi sentuhan PhytocellTec™ Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga memperbaiki sel induk semula jadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit korang. 

Neil Armayan Revesol merupakan alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembab dan perlindungan UV. Kebaikan tambahan termasuk ciri antikulat, anti keradangan dan pengurangan jerawat. Pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklum balas daripada wanita seluruh dunia. 

9 Kebaikkan Krim Pembalikan Usia Pelbagai Faktor Dengan Penghidratan Revesol


1. Melewatkan penuaan sel 

2. Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit 

3. Meningkatkan Vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit 

4. Ciri Pelembap Yang Luar Biasa 

5. Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus 

6. Mengurangkan keradangan dan pembentukan jerawat 

7. Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang pertumbuhan sel baru 

8. Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari 

9. Ciri- ciri antikulat. 


Bahan- bahan:

Ethylhexyl Palmitate, Silica Dimethyl Silylate, Butylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Saccharomyces Lysate, Corn Starch Modified, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Malus Domestica Stem Cell, Salicylic Acid, Acacia Senegal Gum, Acetyl Hexapeptide-8, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil. 

Cara penggunaan:

Kak lily amalkan selama 2 minggu lebih dah ni pada waktu malam je. Sepatutnya untuk dapatkan impak dengan lekas kena sapu setiap pagi dan malam tapi asyik terlambat je so terskip lah kekadang tuh hehehhehe teruk betullah time management ahkak ko ni kan 

Once dah sapu di muka, ianya cepat menyerap masuk ke dalam kulit muka so takdelah bertempek je nampak minyak kan. Selesa rasa macam tak sapu krim pun. 

Hasilnya 

Ermm tengoklah sendiri 

Rahsia keanjalan mukaku hauhauhauahua poyo ayat ek hahahaha 


Memang nampak ada perubahan, banyak oil seed kat bawah mata tuh berkurangan dah, sekarang dalam proses nak kurangkan pigmentasi ni hah. Muka orang high maintenance memang cam ni, makan masa sket nak kurangkan masalah kan tapi tak per janji ada perubahan kan, itu yang kita nak. 

Neil Armayan Revesol di pasarkan di Korea, Malaysia, Thailand Dan Vietnam dan pada harga RM319, berbaloi kan harga dan kesannya ek 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 




Monday, February 4, 2019

Sambutan Tahun Baru Cina ‘Reunion Dinner’ Di iOi City Mall 2019

Hi Korang,

Kak lily berkesempatan ke majlis ‘CSR’ anjuran iOi Resort City bersama Palm Garden Resort, Marriot Putrajaya dan iOi Golf Resort yang di adakan di West Garden di iOi City Mall ini. 


Selain daripada makan besar, mereka juga meraikan orang-orang yang kurang bernasib baik yang di datangkan dari rumah-rumah kebajikan seperti berikut:- 

Charity Homes 

House of Joy, Puchong 

Little Sisters of the Poor, Cheras 

Rumah Amal Murni, Kajang 

Rumah Victory, Puchong 


Seronoklah kak lily tengok diorang ini di raikan, dapat membeli belah untuk keperluan Tahun Baru Cina ni. Eh dapat angpow jugak tau best kan.. 



Kemudiannya ada Yee sang Tossing dan ‘Reunion Dinner’ sekali gak tau 




Kemain panjangnya Yee Sang masa event ni, seriously satu meja panjang diorang buat so ktorang Yee Sang sekali harung serentak. Hah lambung-lambung, siapa lambung paling tinggi bagi banyak kebaikan yang orang tuh dapat katanya. Kak lily tossing gak lah, tapi tak delah tinggi mana ikut syarat je hah. 

Di antara menu makanan yang di hidangkan seperti: 


Fu Yong Omelette 
Steamed Chicken with Herbs and Fungus 
Steamed Fish Fillet with Hong Kong Style 
Braised Assorted Mushroon with Brocoli 
Steamed Money Bag with Superior Soup 

Kira macam makan keluarga gituh, makan ramai-ramai yang tak cukup tambah je no hal. 




Sambil makan-makan tuh, di hidangkan juga persembahan tarian singa dan juga Diablo Show. Hah memang terhiburlah diorang ni, even kak lily pun seronok menyaksikannya. Alah sekali sekala dapat tengok persembahan sebegini kan. 

Terima kasih iOi City Mall atas jemputan ni sukalah kak lily makan dapat hiburan pun dapat hehehhe









Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com