Sunday, October 21, 2018

Nutri Boost™ Oleh Coca-Cola Dengan Rasa Hebat Minuman Susu Dan Jus

Hi Korang,

Coca-Cola telah melancarkan Nutri Boost™, minuman inovatif baru yang menggabungkan susu terbaik dunia dari New Zealand dan jus buah-buahan sebenar dalam satu “minuman susu + jus” mudah dan sedia diminum, yang kini didapati di Malaysia. 


Tersedia dalam perisa oren dan strawberi, minuman susu dan jus yang disahkan Halal ini diperkaya dengan Vitamin A, B1, B2, B3, B6, E serta mineral seperti Zink dan Kalsium. 

Nutri Boost™ boleh didapati di seluruh negara dan dijual dalam botol bersaiz 250 ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM2.50. 

“Komitmen kami adalah untuk sentiasa menyediakan minuman dan pengalaman yang pengguna inginkan bagi menyeronokkan lagi detik-detik harian mereka. Menurut penyelidikan pengguna kami, terdapat permintaan yang belum dipenuhi dari pengguna yang inginkan minuman yang memberikan manfaat seperti dalam susu dan juga kelazatan dan kesegaran seperti dalam jus buah-buahan. Memandangkan ini, kami telah memperkenalkan Nutri Boost™,” kata Pengurus Negara Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia. 

“Kami percaya bahawa Nutri Boost™ adalah satu cara yang menarik, lazat dan menyegarkan untuk membekalkan tenaga. Ia boleh diminum pada bila-bila masa sepanjang hari, terutamanya apabila rangsangan tenaga yang cepat dan lazat diperlukan. Jus buah-buahan sebenar menambahkan kesegaran yang lazat manakala vitamin melengkapi pemakanan yang diperlukan sepanjang hari dalam gaya hidup yang sibuk,” kata Ahmed Yehia. 


Bersempena dengan pelancaran ini, Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan aplikasi pengecaman muzik, Shazam, bagi membolehkan pengguna menebus botol percuma Nutri Boost™ dengan mudah melalui setiap imbasan isyarat audio atau visual dari komunikasi jenama tersebut. 

“Kempen Shazam lazimnya digunakan untuk mendorong penglibatan atau kesedaran jenama. Ini merupakan kempen pertama dengan Shazam di rantau ASEAN yang mendorong penebusan produk dengan menggalakkan lawatan ke kedai. Apa yang kita dapat lihat di sini juga merupakan titik sentuhan dan penyepaduan paling besar dengan platform Shazam di pasaran ASEAN bagi memaksimumkan penutupan kitaran pembelian kami,” kata Lim Kean Yew, Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu. 


Pengguna hanya perlu mengimbas mana-mana iklan yang mengandungi isyarat Shazam dari Nutri Boost™, dan kemudian masukkan nama dan nombor telefon bimbit untuk mendapat kod unik mereka. Ini boleh ditukar dengan mudah di kedai MyNews.com yang terdekat. 

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Coca-Cola dan Mediacom dalam kempen penebusan pertama kami di pasaran Malaysia. Kami juga teruja dapat menjalankan kempen yang membolehkan pengguna mengakses Nutri Boost™ secara percuma dengan menggunakan Shazam di mana-mana titik sentuhan pengguna yang berkaitan dengan kempen ini. Dengan menggabungkan akses yang mudah kepada kandungan dengan pengalaman mudah alih yang menarik, kami berharap dapat menyediakan satu cara yang mudah dan berkesan untuk mendorong pensampelan dan penebusan produk bagi jenama Nutri Boost™,” kata Steve Sos, Pengarah Urusan, Shazam. 

Nutri Boost™ akan dihasilkan di kilang pembuatan Coca-Cola di Enstek Halal Park. 


“Walaupun jenama Coca-Cola adalah teras kepada The Coca-Cola Company, kami juga akan melabur dalam kategori minuman yang dikehendaki pengguna. Nutri Boost™ menunjukkan bagaimana The Coca-Cola Company dapat berkembang menjadi sebuah syarikat minuman yang menyeluruh. Ini termasuk memahami citarasa pengguna yang sentiasa berubah dan memperkenalkan jenama khusus pengguna ke pasaran,” kata Ahmed Yehia.

Of courselah kak lily dah minum dulu kan, not bad rasanya. Gabungan susu dan jus tuh sekata dan sesuai dengan tekak kak lily. Memang cuci perut habis ni uolls...

Mari LIKE dan FOLLOW NutriBoost di sosial media berikut : 


Facebook : 
https://www.facebook.com/NutriboostMY/ 

Instagram : 
https://www.instagram.com/nutriboostmy/?hl=en 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, October 20, 2018

Herba dan Rempah McCormick Berwajah Baharu

Hi Korang,



Rakyat Malaysia di seluruh negara akan dipersembahkan dengan wajah baharu bagi rempah kegemaran mereka di rak-rak kedai apabila McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya. 


Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa. 


Korang mencari inspirasi sambil memasak? 
Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran. 

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.” 




Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com








Friday, October 19, 2018

Semalam Di PHILEA RESORT & SPA Melaka

Hi Korang, 


Eh bukan semalam lah kak lily pi, ini citer hari tuh 2 minggu lepas hah. Semalam kat opis kojo hah mencari rezeki. 

Kan hari tuh kak lily ke Guardian Retreat di Melaka so ktorang berjimba ria di Philea Resort and Spa Melaka ni, jimba sangat kengkonon very very pack wokeh. Full with activities wokeh enough of that citer. 


Sebenarnya ini kali kedua kak lily bercuti di Philea Resort ni, sebelum tuh pada tahun 2014 kot tak silap lah ada blogger activites jugaklah so still ingat-ingat lagi lah tentang resort ni. 

Kalau korang nak tau . Philea Resort dan Spa ni diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai resort balak (log resort) yang pertama di Malaysia dan Asia! 


Sebab apa? 

Resort ini dibina dengan menggunakan kayu-kayu log yang diimport khas dari luar negara, kayu log ni selalunya ada kat railway station omputeh je, alah species kayu-bayu balak yang cantik tuh bulat-bulat besar pembentung. Hah cantik kann 

Ada 3 jenis bilik di Philea Resort ni iaitu Pavilion Room, Philea Suite dan Royal Villa. 


Of courselah ktorang dapat Pavilion Room wokeh, nak ke bilik kena naik buggy eh boleh je jalan tapi malas bebenau masa tuh dengan beg berat bagai kan. Suasana persekitarannya memang mendamaikan, tenang, sejuk . 

Bilik 3183. Kena naik tingkat atas, nasib beg kecik boleh pikul hehhehehhe 

Inilah biliknya 





tak sempat nak berendammmm





lepak-lepak di beranda

hah penuh dengan pokok-pokok kan

Simple tapi sangat selesa, bila dah bukak aircon tuh sejuk yang ampun. 

Semua basic need ada, yang penting tv depan mata kak lily siap sempat tengok movie Ocean Eight lagi sebelum tidur hari tuh. 

Cravo-Cravo  - tempat makan lunch, breakfast





Sarapan di Cravo-Cravo, international breakfast cuisine. Memacam ada lah, pilih saja ikut idaman hati dan peluh. 


Cuma yang tak best tuh, tak sempat nak swimming padahal pool depan mata je hah lalu lalang non stop sebab jalan short cut ke ballroom semuanya kena lalu swimming pool. So tengok jelah, sedapnya kalau dapat berendam seketika kan. 

Bagi kak lily resort ni sangat mendamaikan dan sesuai untuk newly wedding, honeymooners yang inginkan privasi sebab sunyi je waktu malam, lena je tidur. Tapi ktorang seronok balik jalan kaki malam-malam ramai-ramai ke bilik sampai menikmatin keindahan alam. 


Good place to relax your mind dan release stress.. 

Ini alamatnya : 

PHILEA RESORT and SPA, 
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, 
Off Jalan Plaza Tol, 
75450 Ayer Keroh, 
Melaka

Telefon: 06-2893399 
Faks: 06-2332299 



Landmarks : Lepas je keluar ke toll ayer keroh dah nampak signage masuk ke Philea Resort ni sebelah kiri jalan je hah, Senang sangattt 



Mari LIKE dan FOLLOW Philea Resort and Spa, Melaka di sosial media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com