Wednesday, October 17, 2018

“Siapa Kena the Spicy Bites” Dia Untung Boleh Menang Hadiah Dari Pizza Hut

Hi Korang, 

Minggu lepas rasanya banyak kali betul kak lily pi makan pizza di pizza hut, sebab apa? Sebab nak menang hadiahlah kan.. Sekarang ni Pizza Hut tengah ada kempen “Siapa Kena the Spicy Bites” hehehehe nak tau, baca ni ek


Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 Malaysia hari ini kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites. Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan -rakan.


Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya! Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan, Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial. Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.


Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.


Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain. 

“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!” 

GOL dan GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti 

Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL dan GINCU Vol.2 yang menampilkan Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili di sambil mempamerkan masa riang bersama. 



Kerjasama Pizza Hut bersama GOL dan GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan. 

Mari pastikan semua kena! 

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”.

kena sey, dapat kak lily voucher hari tuh hehehe. tak delah pedas mana pun semuanya kak lily telan sajorrr

Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan. 

Hadiah yang ditawarkan termasuklah: 

● 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000) 

● Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih) 

● 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2 

Pizza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018. Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini, layari www.pizzahut.com.my dan www.facebook.com/pizzahutmalaysia/.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, October 16, 2018

Promosi GAROUPA DELIGHT Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Ni kak lily nak share sket citer mengenai promosi terbaru di Grand Bluewave Hotel Shah Alam ni ek


Bagi yang meminati hidangan masakan cina, bolehlah merasai sendiri Promosi Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Set ini ditawarkan untuk hidangan minimum 5 orang dengan harga RM68 per-pax. Dengan 5 hidangan utama masakan cina Bersama 4jenis dim sum yang enak.


Korang boleh memilih ikan kerapu (garoupa) samada untuk dimasak Deep Fried with Spicy Plum Seeds ataupun Lime Sauce or Steam with “Teoh Chew” style and Glass Noodle.

Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean curd Skin on Siew Pak Choy

Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on Hot plate

Promosi ini didatangkan juga dengan Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on Hot plate, Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean curd Skin on Siew Pak Choy dan Chilled Long with Honey Sea Coconut and Basil Seeds.

Selain itu pelanggan juga boleh memilih samada nasi goreng Bersama ayam didalam bakul buluh dan daun teratai ataupun nasi putih stim.



Paling best ditawarkan juga 4 seleksi Dim Sum yang di stimkan, antaranya seperti Steam Chicken Siew Mai with Ebiko, Steam Black Mushroom Chicken Dumpling, Pan Fried Shanghai Dumpling, dan Steam Beancurd Roll with Thai Chilli Sauce.



Tung Yuen Chinese Restaurant terletak di tingkat 1 Grand Bluewave Shah Alam. Ianya dibuka setiap hari bermula dari 12.00 tengahari sehingga 2.30 tengahari untuk hidangan makan tengahari. Manakala dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam adalah untuk makan malam.

Jom nikmati variasi masakan enak di Tung Yuen Chinese Restaurant yang sememangnya telah diendoskan sebagai restoran yang menyediakan 100% hidangan HALAL dari pihak JAKIM. Jadi kita tak perlu ragu-ragu untuk menikmati hidangan masakan cina di sini. Paling penting harganya yang sangat berbaloi dengan tawaran set hidangan yang ditawarkan.


Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Sales dan Marketing Department ditalian 03-55118811 ext. 2616 ataupun Telemarketing department ext. 2724.  Boleh juga email di telemarketing@bluewavehotels.com 

Jom kita ke 

Restoran Tung Yuen Chinese Restaurant
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 





Monday, October 15, 2018

REVIEW Dan Kod Diskaun 15% Untuk Pembelian Sudio NIVA Wireless Earphone

Hi Korang,

Seriously lately ni kak lily kalau ada errands atau pi event lepas kerja memang naik train je. 

Senang, boleh berehat iaitu tidur dan dapat jimatkan duit minyak kereta dan toll serta parking. Cuma masa jelah kena spend sket sebab dari Kajang ke KL naik MRT tuh lama jugak dalam 45minit tapi boleh tidoooo hahahahaha 

Selain dari tidur of courselah kak lily melayan internet kat phone je hah, especially tengok youtube lah, layan video-video kelakar ke tengok konsert ke kan, lebih-lebih kak lily minat rancangan reality I can See Your Voice #ICSYVM.So penggunaan earphone tuh amatlah penting takkan nak dengar kuat-kuat plak kan nanti orang cakap apa plak. 

So before this memang kak lily guna earphone biasa tuh. 

Best memang best tapi itulah bersimpul-simpul wayarnya, satu hal plak nak betulkan plak dulu. Kemudian plak bila nak simpan tak sempat nak betulkan, terus sumbat je dalam handbag, kesudahannya berselirat wayar tuh dalam handbag, tarik punya tarik tupp putussss jahanam satu, then beli lagi baru gituh jugak ceritanya. 

Jadi kak lily duk google kat internet ni pasal wireless earphone ni lah. 

Memang ada banyak wei tapi yang mana satu idaman kalbu kan?? Jeng jeng jeng jeng 

Memperkenalkan Sudio Niva dari Sudio Sweeden. 


Jauh datang tuh. 

Comel kan!! 

Kak lily saje je pilih warna putih sebab cantik dan button play dan microphone tuh warna rose gold. So cantiklah kan. Selit kat telinga tak de siapa punya nampak so barulah ada style. Nak cakap tekan, nak dengar tekan semuanya tekan je. 

di  datangkan dengan USB calble, spare penyumbat telinga tuh dan waranty card ye

Sebab apa Sudio Niva ni menjadi pilihan kak lily: 

1. Senang nak ON 

Tekan je kedua-dua button tuh selama 3 saat tada dah ON dah, nanti korang boleh dengar ‘earphone connected‘ terus je kita bole connect to dekat smartphone kita. 

2. Boleh guna lama 

Kadar charging wireless earphone ni 3.5 jam untuk satu-satu masa. Lama jugak tuh kan, kalau travel dari KL sampai ke Batu Pahat pun tak habis lagi baterinya. 

3. Tempat cas mudah 

Kalau korang nak tau casing earphone Sudio Niva adalah tempat chargingnya ye, just plug in the USB cable sekejapan ianya di cas, 

4. Kemas dan Mudah di bawa kemana-mana 

Yesza ini yang penting ye bagi kak lily. Senang nak simpan dan mudah di bawa kemana-mana maklumlah casingnya cantik bebenau. No more wayar berselirat dalam beg ek hehhehe 


Hah amik ko semua kak lily dah tulis dah semuanya apa yang kak lily suka mengenai Sudio Niva ni. 

Berita baik buat semua follower blog dan media sosial Cik Lily Putih, korang boleh je gunakan Kod diskaun "CIKLILYPUTIH" dengan pembelian NIVA di www.sudio.com/my dan dapatkan 15% diskaun apabila anda membeli product NIVA. Pelbagai pilihan warna ditawarkan, kak lily suka putih so itu yang pilih ni. 


Ok nak tambah lagi, sekarang ni SUDIO Sweeden sedang mengadakan promosi esklusif iaitu dapat FREE Pack of 4 Swedish Design Coasters dan FREE Delivery ke Malaysia

Info lanjut:

Banyak tuh 15% diskaun. 

Untuk maklumat lanjut atau belian online boleh terus ke :- 

Website : 

Instagram : 

Facebook : 



Apalagi jom kita membeli belah di Sudio!! 

#sudio
#sudiosweden
#sudiomoments