Wednesday, June 13, 2018

Busonlineticket.com – Beli Tiket Bas, Ferry Dan Train Secara Online Je

Hi Korang, 


Cuba kira raya lagi berape hari? 

Hah 4 hari je lagi kan 

So balik kampung naik apa? 

Kalau yang naik kereta tuh tak de masalah lah kan, lepas kerja packing barang then terus je memandu pulang ke kampung. Habis yang tak de kereta ni cam ne plak? Tiket dah beli? Naik kat terminal mana? La tak de tiket nak balik raya.. 

Aduiyai jangan lah bimbang ek 


Sian jugak kat korang ni ek, agaknya tak de masa nak pi cari tiket tup-tup dah nak raya baru teringat kan. Alah-alah alah jangan lah sedih ni kak lily kongsikan dengan korang tau. 

BELI TIKET BAS, TRAIN, FERI ONLINE! 


Eh betul lah mana kak lily nak tipu pulak kan. Korang boleh dapatkan di website busonlineticket.com, yesza semuanya di hujung jari korang je. Cepat, mudah dan ringkas. Sampai tak yang nak beratur panjang-panjang ke TBS untuk cari tiket bas ke ferry ke even train pun lah. 

Kalau ada yang belum beli, kak lily nak share diskaun code busonlineticket 12% OFF (CODE: LILY) untuk bas, train, ferry ni. Eh beli tiket di BusOnlineTicket.com. Code diskaun sampai 31 Ogos depan. Boleh beli awal-awal sampai hari Haji atau bila-bila je, even kalau nak pi bercuti lepas-lepas raya pun boleh jugak buat tempahan di website ni. Time nak checkout tu, isi je diskaun code LILY. 

Cara nak beli tiket bas, feri dan train di BusOnlineTicket.com ni mudah je: 



2. Pilih tarikh dan destinasi korang. 


3. Jangan lupa pilih tempat duduk sekali. 


4. Semasa nak checkout, jangan lupa masukkan discount code 12% : LILY (Code sah hingga 31 Ogos 2018). 


5. Buat pembayaran secara online, boleh pilih yang mana satu korang suka ek.

Layari website BusOnlineTicket.com pilih tarikh dan destinasi korang. Jangan lupa pilih tempat duduk sekali.* Semasa nak checkout, jangan lupa masukkan discount code 12% : LILY (Code sah hingga 31 Ogos 2018).Buat pembayaran online 


Kempen #BOT FunRaya 


Kalau korang nak tau malam tadi kak lily berkesempatan ke roadshow Busonlineticket.com ni kat Uptown Megaraya Kajang. Dan semalam merupakan malam terakhir untuk kempen #BOTFunRaya ni. 

kemain lagi emcee Tiaz dengan Hazman ni ek, kecoh tempat semalam dengan gelagah diaorang berdua ni

Pertandingan makan kuih paling cepat, kalau kak lily memang tak tertelan pun hah

Pertandingan sebutan #BOTFunRaya paling panjang, kak lily dapat 4 saat je hah

Ya ampun kemain seronok lagi para pengujung yang hadir tau. Yelah selain dapat goodies bag percuma, ada jugak yang dapat duit raya wei dengan join permainan yang di sediakan oleh team Busonlineticket ni. 


Oh ya, kalau korang selfie atau wefie di roadshow Busonlineticket ni, korang berpeluang untuk memenangi duit raya RM500 tau. 

Owh ya.. Untuk korang tidak terlepas info dan promosi semasa BOT, follow laman web dan media sosial BOT ni: 

Laman Web Rasmi: 

Facebook: 

Instagram: 

Twitter: 


So apa lagi…? 

Korang yang masih tercari-cari tiket bas tu jangan berlengah lagi. Terus beli daripada laman web BOT. Jangan lupa KOD DISKAUN tu.. dapat penjimatan 12% tau..!












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, June 12, 2018

Resipi Kek Gula Hangus Menggunakan Philips All In One Pressure Cooker.

Hi Korang,

Hari ni kak lily nak kongsi resipi Kek Gula Hangus dengan menggunakan Philips All In One Pressure Cooker.

Periuk ni kak lily dapat masa kempen raya tahun lepas so bila ada resipi yang baru ni, haruslah kak lily nak cuba kan hehehehe



“Periuk Tekanan Philips All-in-One adalah ideal untuk generasi celik teknologi yang mahukan alat pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai cara memasak yang telah diprogramkan. Memasak boleh menjadi menyeronokkan bila anda tidak perlu memikirkan tentang kemahiran di dapur. Dengan teknologi Periuk Tekanan Philips All-in-One, masakan dipercepatkan sehingga lapan kali lebih pantas, menjimatkan lebih masa untuk orang yang tersayang daripada perlu menghabiskan masa di dapur,” kata Encik Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia. 

Masak dengan berbeza Raya ini menggunakan satu perkakas 

Dengan hanya satu alat, korang boleh memasak perlahan atau menggunakan tekanan, memastikan nutrien dan zat dalam masakan kekal utuh. Cara memasak ini ideal buat sajian Hari Raya seperti rendang daging, gulai kambing, atau kari. Kegemaran ramai musim keraian seperti ketupat yang sesuai dengan hidangan berkuah juga boleh dimasak menggunakan Periuk Tekanan All-in-One, juga hidangan nasi seperti briyani, atau nasi putih.

Dengan Periuk Tekanan All-in-One yang serba boleh, korang juga boleh menggoreng cepat, melayur dan membakar, selain memasak secara tekanan atau perlahan. Manisan Raya kegemaran seperti kek gula hangus dan dodol boleh dibuat dengan mudah menggunakan alat ini, menawarkan pelengkap hidangan yang manis selepas hidangan lauk savuri.



KEK GULA HANGUS 
(Using the Philips All-In-One Pressure Cooker) 

Takes 7 minutes to do the burnt sugar 
Preparation takes 10 minutes 
Bakes 45 minutes in the Philips All-In-One Cooker 
Makes 12 slices 

Bahan-bahan

· 1 ¼ cup (250gms) caster sugar 
· 1 cup (240mls) hot water 
· 1 cup (250mls) condensed milk 
· ½ cup (125gms) butter 
· 5 large (300gms) eggs 
· 1 cup (125gms) flour, sifted 
· 2 teaspoon (5gms) soda bicarbonate, sifted 

Philips All-In-One Pressure Cooker Method 

· Heat sugar on medium heat in a pan till it melts and colour turns to golden brown. 
· Pour the hot water gradually into the caramelized sugar and allow the water to boil and stir till combined. 
· Remove the caramelized sugar from the flame & allow to cool. 
· Beat the butter and egg till light & frothy. 
· Pour in the condensed milk and caramelized sugar and mix well. 
· Add in the flour and soda bicarbonate and fold the mixture in. 
· Open the lid of the Philips All-In-One Pressure Cooker and pour the batter into the greased inner pot. 
· Close the lid back and turn the vent on the top of the lid towards ‘Bake’
· Press ‘BAKE’ and then ‘START’
· When the panel lights up at ‘Keep Warm’, the kek is ready. 
· Turn it out onto a cooling rack before cutting the cake.


Bila tradisi bertemu teknologi - Philips #StandForTradition

Hari Raya ini, Philips mahu korang mendukung tradisi (#StandForTradition) dan menikmati sesi memasak hidangan tradisional menggiurkan dengan cara moden, lalu mengekalkan tradisi di kalangan generasi muda dan celik teknologi. Philips berbesar hati berkongsikan dua resipi Raya tradisional yang boleh disediakan menggunakan Periuk Tekanan Philips All-in-One kek gula hangus. Ajak ahli keluarga dan rakan untuk bersama dalam kembara masakan anda musim keraian ini dan kecapi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang sukar dilupakan!

Petang karang kalau sempat, balik singgah Giant nak beli barang-barang buat kek gula hangus ni lah..









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, June 11, 2018

Demam Bola bersama Shopee

Hi Korang,

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kini dilanda demam bola – sukan terbesar sedunia! Dengan kemuncak perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan Shopee Piala FA Malaysia yang amat dinanti-nantikan, Shopee melancarkan kempen Demam Bola bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018. 


Peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia seperti JDT, Pahang FA dan Kedah FA. Pertandingan tersebut dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada pasukan dan bakat dalam arena bola sepak tempatan ini akan dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman Facebook rasmi Shopee. 


Pengguna perlu mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak, meneka keputusan perlawanan dan banyak lagi untuk membolehkan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ ditampilkan di papan tanda utama. Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan ini. 

“Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia. Sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak kepada pengguna kami. Sebagai penaja gelaran bagi Shopee Piala FA Malaysia 2018, kempen ini adalah buah tangan istimewa kami. Semasa kami mengambil keputusan untuk menjalinkan usahasama dengan Malaysia Football League, hasrat kami adalah meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia – dengan memberi sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi jualan tiket dan cenderahati di platform kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Tambah Ho lagi, “Walau bagaimanapun, selain daripada menjual tiket kelab bola sepak Malaysia, Shopee komited untuk menyokong bakat tempatan dan ingin memperhebatkan promosi bagi arena bola sepak tempatan. Sebab itu Shopee melancarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket supaya lebih ramai orang dapat pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola. Dalam usaha tersebut, kami menggabungkan kemeriahan Piala Dunia dengan arena bola sepak tempatan dan melancarkan Kempen Demam Bola untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan padu dan sebagai satu penghormatan kepada pasukan tempatan. Kami menganjurkan Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia sebagai tanda terima kasih kami kepada peminat bola sepak. Dengan ini pasti pengguna kami akan terus berasa teruja.” 

Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan tersebut akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018. Selain itu, peminat pasukan tersebut juga akan pulang dengan membawa hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu. 


Sepanjang tempoh ini, peminat boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee. Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis tontonan sendiri di rumah juga boleh mendapatkan kelengkapan rumah berkaitan seperti televisyen berdefinisi tinggi, projektor, sistem bunyi keliling, perkakas untuk barbeku, makanan ringan dan banyak lagi. 

Shopee akan meneruskan promosi Beli 1 Percuma 1 menerusi jualan kilat Shocking Sale supaya peminat bola boleh menyaksikan sendiri perlawanan bola secara langsung di stadium yang menjanjikan pelbagai aksi, babak dramatik dan kontroversi tersendiri. Promosi ini tertakluk pada perlawanan separuh akhir Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia. 


Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kempen Demam Bola bersama Shopee, sila layari https://shopee.com.my/m/demam-bola

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store. 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com