Monday, June 11, 2018

Demam Bola bersama Shopee

Hi Korang,

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kini dilanda demam bola – sukan terbesar sedunia! Dengan kemuncak perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan Shopee Piala FA Malaysia yang amat dinanti-nantikan, Shopee melancarkan kempen Demam Bola bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018. 


Peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia seperti JDT, Pahang FA dan Kedah FA. Pertandingan tersebut dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada pasukan dan bakat dalam arena bola sepak tempatan ini akan dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman Facebook rasmi Shopee. 


Pengguna perlu mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak, meneka keputusan perlawanan dan banyak lagi untuk membolehkan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ ditampilkan di papan tanda utama. Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan ini. 

“Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia. Sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak kepada pengguna kami. Sebagai penaja gelaran bagi Shopee Piala FA Malaysia 2018, kempen ini adalah buah tangan istimewa kami. Semasa kami mengambil keputusan untuk menjalinkan usahasama dengan Malaysia Football League, hasrat kami adalah meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia – dengan memberi sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi jualan tiket dan cenderahati di platform kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Tambah Ho lagi, “Walau bagaimanapun, selain daripada menjual tiket kelab bola sepak Malaysia, Shopee komited untuk menyokong bakat tempatan dan ingin memperhebatkan promosi bagi arena bola sepak tempatan. Sebab itu Shopee melancarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket supaya lebih ramai orang dapat pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola. Dalam usaha tersebut, kami menggabungkan kemeriahan Piala Dunia dengan arena bola sepak tempatan dan melancarkan Kempen Demam Bola untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan padu dan sebagai satu penghormatan kepada pasukan tempatan. Kami menganjurkan Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia sebagai tanda terima kasih kami kepada peminat bola sepak. Dengan ini pasti pengguna kami akan terus berasa teruja.” 

Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan tersebut akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018. Selain itu, peminat pasukan tersebut juga akan pulang dengan membawa hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu. 


Sepanjang tempoh ini, peminat boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee. Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis tontonan sendiri di rumah juga boleh mendapatkan kelengkapan rumah berkaitan seperti televisyen berdefinisi tinggi, projektor, sistem bunyi keliling, perkakas untuk barbeku, makanan ringan dan banyak lagi. 

Shopee akan meneruskan promosi Beli 1 Percuma 1 menerusi jualan kilat Shocking Sale supaya peminat bola boleh menyaksikan sendiri perlawanan bola secara langsung di stadium yang menjanjikan pelbagai aksi, babak dramatik dan kontroversi tersendiri. Promosi ini tertakluk pada perlawanan separuh akhir Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia. 


Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kempen Demam Bola bersama Shopee, sila layari https://shopee.com.my/m/demam-bola

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store. 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, June 10, 2018

Guardian Malaysia Rai 100 Kanak-Kanak Dengan Sesi Membeli Belah Istimewa

Hi Korang,

Guardian Malaysia hari ini membawa selebriti terkenal tanah air - Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana – untuk turut serta dalam sesi membeli-belah dan iftar istimewa bersama 100 kanak-kanak. 


Sesi istimewa tersebut adalah bagi meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. 

Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman, yang mengetuai pasukan Guardian dalam menganjurkan acara tersebut di Pusat Latihan Kecemerlangan Dairy Farm di Bandar Kinrara berkata: 

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia dimana menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah amat digalakkan. Dan setiap tahun, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian Malaysia akan memainkan peranan kami dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. 

“Ramadan ini, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membeli-belah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan ini.” 



“Selain daripada baucar RM100 untuk membeli-belah di Guardian dan Giant, dimana kanak-kanak ini boleh membeli barangan keperluan Hari Raya mereka, kami turut memberikan satu kejutan istimewa buat mereka! 

Apa lagi kalau bukan kehadiran empat orang personaliti terkenal, yang mewakili kempen Hari-Hari Cun Guardian Malaysia, untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah kanak-kanak ini dan berkongsi tip-tip berguna tentang tawaran-tawaran hebat yang terdapat di Guardian,” tambah beliau. 


Pasukan Guardian Malaysia dan selebriti-selebriti turut berbuka puasa bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut. 



Jelas Shirley lagi, Guardian berharap agar kanak-kanak ini – lelaki dan perempuan, berusia diantara 4 hingga 17 tahun – akan membawa pulang kenangan yang manis, yang dikenang untuk selamanya.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, June 9, 2018

Ber “GAYA” Dengan Volkswagen Di Musim Perayaan Ini

Hi Korang, 


Seronok kan korang baca kisah kak lily memandu kereta Volkswagen Tiguan kan!!

Even masa kak lily menaip hari tuh pun, still terbayang-bayang lagi tau betapa bestnya bila memandu si Tiguan ni, gaya orang have-have gituh kan


Bayangkan kalau kak lily mampu nak beli sebijik Volkswagen Tiguan ni kann hehehehhe dunia ini ana yang punya lah… kalau lah…. 

Selain daripada ketelusan enjin, keluasan dan kecanggihan interior dalam, apa yang menyebabkan kak lily suka benar dengan kereta SUV ni adalah: 

Keluasan Bonet Belakang 



Jika SUV je mesti korang akan ingat bonetnya kecil ada cuma sedikit je ruangan, ermm korang silap ye. Volkswagen Tiguan mempunyai bonet belakang yang besar, even kalau seat belakang di lipat kehadapan kita boleh masukkan rak buku di selalu orang beli di Ikea tuh ek. Kak lily banyak bawak barang hari tuh, just campak-campak tak susun pun tapi masih ada lagi ruangan untuk meletak barangan. 

Aspek Keselamatan Yang Tepat Dan Jitu


Ada lebih 6 sensor camera yang di pasang di Volkswagen Tiguan ni, jadi bila mana ada kereta yang terlalu rapat di sekeliling kita, secara automatik sensor safetynya akan ditunjukkan di screen hadapan berserta dengan bunyi tanda amaran. So kita pun tak delah tak perasan, sebab semua tanda-tanda telah pun di beritahu. Even bila kita nak reserve pun, ada disediakan kamera belakang. 

Keselesaan Penumpang Belakang

luas bebenau belakang ni, ada tempat letak air dan meja flight tuh ek

macam dalam flight kan hehehhe

Selalunya orang yang duduk di bahagian hadapan dan bersebelahan pemandu sangat untung kerana air con dekat, boleh control radio dan pemandangan luas. Tapi bagaimana dengan penumpang di bahagian belakang? Biasanya segalanya terhalang, tak nampak depan, tak sejuk dan memacam lagi, pendek kata kurang selesa cam tuh lah. Tapi di Tiguan itu tidak betul ek. Penumpang belakang mempunyai saluran air con yang tersendiri malah ianya di kawal sendiri tanpa mengganggu orang lain. Malah terdapat meja kecil ala-ala macam di dalam kapal terbang untuk penumpang belakang selesa untuk makan mahupun meletakkan ipad atau buku bagi memudahkan mereka. Ermm kira seronok lah penumpang belakang Tiguan ek.

1.4 TSI Engine with turbocharger

Panjang lebar pulak kak lily bercerita ek… 

Untuk pengetahuan korang yang Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mempunyai banyak tawaran istimewa untuk membuatkan musim perayaan yang bakal tiba lebih meriah menerusi kempen Volkswagen 'Fuel Up Your Gaya'. 

Volkswagen akan membantu menyerlahkan gaya korang pada musim perayaan kali ini dengan memberikan Kad Petrol bernilai RM1,188 ke atas semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang sehingga 30Jun 2018. 

Sini kak lily tunjukkan korang kadar penjimatan hebat keatas model-model Volkswagen yang terpilih sehingga stok masih ada 


Bermula 1 Januari 2018, semua kereta Volkswagen didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun. Jadi, para pelanggan tidak perlu bimbang dengan kos penyelenggaraan untuk tiga tahun pertama atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Penjimatan lebih lanjut dengan 0% GST bermula 1 Jun 2018 dan seterusnya. 


*Harga baru akan terus berkuat kuasa, sementara menunggu pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Kerajaan. 

So korang rasa cam ne sekarang, boleh meet the budget ke? Hehehhehe


Kalau ye jom lekas-lekas kemana-mana showroom Volkswagen untuk pandu uji kereta idaman korang. Mana tau melekat dan terus terpikat dan angkat terus kan hehhehe