Friday, October 13, 2017

FoodSaver Vacuum Sealer V3840 Dari 11street

Hi Korang,

Selalunya balance makanan yang korang masak untuk makan malam korang buang ke simpan? 

Macam akak lily ni hah, eh simpanlah. Penat masak sedap-sedap tapi di buang begitu je kan. Ermm kualitinya cam ne plak kann, korang boleh pastikan elok ke segar ke boleh makan lagi ek. Kang sakit perut dah naya ek.


Hari tuh akak lily diperkenalkan dengan FoodSaver, teknologi yang dibawakan khas oleh portal 11street sebagai alternatif cara penyimpanan makanan agar lebih lebih selamat dan segar. Produk keluaran khas dari Visionary Solutions ini cukup popular dikalangan masyarakat dunia, yang mana dikatakan kajian di US mendapati dari 10 rumah, 8 daripadanya mempunyai FoodSaver.

Kenapa kat umah kak lily tak de pun menda alah canggih ni ek. Huahauhauhauahua (terus rasa nak nangis tepi bucu katil ni hah)

Kehebatan FoodSaver ini tidak dinafikan dan produk ini sebenarnya telah dianugerahkan sistem pengedap vakum # 1 dunia - sistem pemeliharaan makanan revolusioner - tersedia secara eksklusif.

biji kopi yang telah divakum kan

Untuk pengetahuan korang FoodSaver Vacuum Sealer V3840 yang canggih ini mampu mengekalkan kesegaran hasil atau makanan yang dimasak hingga 5 kali lebih lama. 

Kemain bagus ek!!

Ketua Pegawai Operasi 11street, Chuljin Yoon berkata: "Laporan pada tahun 2015 mendapati bahawa rakyat Malaysia membazir kepada 15,000 tan makanan harian. Oleh itu, perkongsian dengan Solusi Visionary akan memberikan pengguna dengan pilihan mampan untuk menguruskan inventori makanan mereka dengan harapan dapat mengurangkan pembaziran makanan dan berpotensi membantu isi rumah berjimat sehingga RM12,000 setahun"


Di samping itu, penemuan baru-baru ini menunjukkan bahawa rantau Asia Pasifik berkembang menjadi dominan pasaran untuk penggunaan makanan segar. Pada tahun 2015, penyelidikan Nielsen melaporkan bahawa rantau Asia Pasifik sedang bersiap ke arah pemakanan dan gaya hidup sihat.

"Gaya hidup sihat yang hidup melalui pilihan makanan cepat menjadi norma dalam masyarakat kita, dan ini ditunjukkan oleh pertumbuhan perkhidmatan penghantaran makanan yang sihat dan penggunaan hasil segar. Walaupun makanan tabiat penggunaan terus berubah, ada jurang di pasaran dapat mendidik pengguna cara yang terbaik untuk memelihara makanan mereka. FoodSaver memperkenalkan penyelesaian kepada jurang ini, untuk pelanggan kami menikmati makanan segar mereka untuk tempoh yang lebih lama" tambah Yoon.

Executive Director of Visionary Solutions,, Lim Pei Yan berkata, "Dengan FoodSaver, kami berharap para pengguna boleh terus mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil hasil segar, yang kini boleh bertahan sehingga 5 kali lebih lama dengan teknologi FoodSaver. "

Merintis kaedah baru - vakum pengedap - FoodSaver dilengkapi dengan teknologi canggih untuk membuat penyimpanan mudah dan tahan lama realiti. Dengan FoodSaver, apa yang biasanya bertahan selama 6 bulan boleh dibekukan sehingga 3 tahun. Dan paling penting ianya dapat mengekalkan tekstur makanan itu seperti baru dimasak.


"Apabila pengguna beralih ke arah membeli-belah dalam talian untuk semua keperluan pembelian mereka, kami menyedari keperluannya rakan kongsi dengan pasaran dalam talian utama seperti 11street untuk menerokai pangkalan pasaran yang lebih luas ini. Kolaborasi ini menapakkan produk FoodSaver di pasaran dan memudahkan pelanggan untuk mencari produk yang dapat meningkatkan gaya hidup mereka, walaupun dengan cara pemeliharaan makanan" tambah Lim.


Di pelancaran itu juga turut hadir ialah Chef Celebrity Nik Michael Imran,salah seorang peserta dari MasterChef Malaysia 2011, Chef Nik telah membuat demonstrasi memasak dua resipi kesukaannya iaitu gulungan mayung telur asin dan Smoked Duck Carbonara. Berkongsi pengalaman tentang dunia masakan Chef Nik Imran berkata :

"Kesegaran adalah faktor utama yang diambil berat ketika menyiapkan hidangan yang baik. Untuk mencapai matlamat ini, saya hanya akan menggunakan sumber bahan-bahan terbaik dan paling segar di pasaran"


Vacuum Sealer V3840 FoodSaver teknologi efisien serba boleh yang boleh digunakan dengan pelbagai pembalut vakum, balang dan penutup botol, beg vakum, bekas vakum makanan. Ini bagi pengguna dapat memelihara makanan mereka dengan lebih baik dan mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.


Vacuum Sealer V3840 FoodSaver boleh didapati pada 11street pada harga bermula dari RM1,359 dari 2 Oktober -22 Oktober 2017. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, October 12, 2017

WHITTAKER’S CHOCOLATE Bloggers Party

Hi Korang,

Pepagi lagi kak lily dan Mr Big ke Starling Mall bagi Whittaker’s Chocolate Bloggers Party ni. 

Alah bukan party yang kaw-kaw pun lah, its actually mengenai Whittaker’s Chocolate yang merupakan coklat terbaik di dunia keluaran dari New Zealand.


Kalau korang nak tau, Coklat di Whittaker kesemua produknya di proses di satu-satunya kilangnya di Porirua, New Zealand dan ianya merupakan pengeluar utama satu-satunya coklat di New Zealand yang memastikan kualiti yang baik dari segi bahan dan cara pembuatannya.

kemain lagi memasing ek, hyper lepas makan coklat tau

Meh sini akak Lily kongsikan sejarah Whittaker’s chocolate ni ek.

Whittaker telah ditubuhkan lebih daripada 120 tahun yang lalu oleh J.H. Whittaker, dan kini diuruskan oleh Whittakers generasi ketiga, adik beradik Andrew dan Brian. Generasi akan datang Whittakers, abang dan kakak Matt dan Holly, bekerja dalam perniagaan masing-masing sebagai Ketua pasaran antarabangsa dan Pengurus pemasaran.

Kandungan coklat Whittaker kesemuanya berstatus Halal dan mempunyai pelbagai perisa yang terdapat pada in 200g Blocks, 50g Slabs, 50g Chunks and Mini Slabs. Jualan paling tinggi adalah perisa Almond Gold dan juga beberapa perisa lain seperti Creamy Milk Block, 72% Cocoa Dark Ghana, Dark Almond dan Dark Peppermint.

Coklat Whittaker buatan New Zealand, negara dipercayai jenama paling di minati oleh penggemar coklat dan ianya telah berkembang ke pasaran Asia, dan kini boleh didapati secara meluas di China, Asia Utara, dan Asia Tenggara.

Seperti biasa, sedikit kata-kata aluan daripada Mr Matt Whittaker, yang merupakan pewaris bagi generasi keempat coklat Whittaker’s ni. Kalau akak lily jadi dia mesti bangga sebangganya lah kan. Bisnes wariasan turun temurun lepas tuh terkenal satu dunia plak tuh. 

Humble je Matt Whittaker’s ni

marilah beli coklat saya, murah-murah dan sedap tau

“Our core focus on producing quality, world-class chocolate is why we think we have been voted New Zealand’s Most Trusted Brand for six years in a row,” kata Matt Whittaker. 

Yeah acara pun bermula.

baru dapat sampul dah happy, padahal huahauha

Ktorang ada ala-ala Whittaker’s scavenger hunt ni, kitaorang kena mengenal pasti coklat-coklat keluaran Whittaker’s yang terdapat di Jaya Grocer ni. Hah pening-pening nak matchkan jawapan ek. 

tengoklah memasing ek

penat lantai ni pekerja Jaya Grocer ni mop ek, diaorang siap standby untuk mop tau

ntah betul ke iddok Diya, kita submit jelah kan

Sekejap salah, sekejap betul. Kak Lily partner dengan blogger Diya Pink so gamatlah lagi kat lorong coklat tuh dek ketawa ktorang huahauhauha.

camno korang nak tembak, semua sama je kan hhehehe

Lepas 20 minit, ada lagi tugasan kedua pulak iaitu mengenai pasti jenis coklat dan namanya. Hah bab makan ni memang kak Lily terrer tapi nak kenal pasti rasa tuh yang payah sket. Mau 5-6 keping makan then baru dapat teka yang mana satu coklatnya heheehehe. Ini kelakar sebab yang mana tak abis makan, k lily suruh Mr Big makan so berkeping-kepinglah dia makan sampai kenyang.



Sementara nak tunggu keputusan, kami dapat saksikan demonstrasi masakan menggunakan coklat Whittaker’s ni dari Chef Faizah, eh orang kuat Whittaker’s ni tau. Leka gak di buatnya 



Ingatkan kami tak kena masak rupanya ada tugas lain lagi hehehe tapi bukan memasak lah cuma kena deco cupcakes dengan bahan-bahan yang diberikan. Hah mengekek-kekek ketawa memasing melihat hasil kerja sorang sorang, of courselah kak lily punye simple je janji boleh makan sudah.


Memang tak sangka betul team kak Lily dan Diya menang task yang Blind Test tuh, hahahaha tak sia-sia makan coklat berkeping-keping untuk pastikan rasa yang sebenar. Dapatlah coklat Whittaker’s yang sedap tuh sebeban, wah I love Whittaker’s 


Anyway, nak bagi korang ni yang Whittaker’s akan berkerjasama dengan Ben’s Independent Grocer yang terletak di Ikano Power Centre untuk memberikan secara PERCUMA iaitu mini Whittaker’s chocolate slab bagi setiap cawan kopi yang di beli. Promosi ini bermula dari 12th – 15th October, so first come first serve basis la ye.


Kalau ada rezeki, terjumpa korang kat memana dan kak lily bawak plak coklat Whittaker’s ni bolehlah bagi korang rasa ek








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, October 11, 2017

REVIEW | MUCA VITA BRIGHTENING AMPOULE

Hi Korang,

Satu lagi produk kecantikan yang akak lily nak perkenalkan iaitu ampoule, dalam masa melayunya adalah serum muka. Ampoule ni selalunya di datangkan dalam bentuk cecair dan hanya setitik dua sahaja di perlukan untuk di sapu di muka.

Vita Brightening Ampoule ni ada produk keluaran syarikat MUCA.

MUCA VITA BRIGHTENING AMPOULE 50ML

Dengan menggunakan teknologi daripada Korea, ampoule mineral yang intensif ni diperkaya dengan Vitamin B dan Vitamin C untuk kulit lebih cerah dan bersinar. Ampoule ini akan menyerap lapisan epidermis secara mendalam, membawa bahan aktif untuk keberkesanan yang lebih baik. Lagipulak ferment lysate semulajadi yang menggalakkan kelonggaran kulit untuk penyerapan yang lebih baik dan meningkatkan kesan pengetatan liang-liang pori muka.

Wah kalau Korea je gerenti korang akan beria- ria nak cuba ek

Cara nak guna?


Alah senang jelah

Seelok-elokya di gunakan selepas muka dibersihkan dan di letak kan toner, kemudian hanya gunakan 1-2 titis sahaja dan sapukan di seluruh muka. Lepas tuh tekap-tekap secara perlahan untuk ianya lekas menyerap ke dalam kulit muka kita. Ok dah


Ni akak lily kongsikan beberapa testimoni untuk panduan korang ye

Nur Adnina Mohd Yatim on Sep 06, 2017
Saya cuba MUCA Ampoule untuk kurangkan minor sunburn dan kusam, kurang dari 2 minggu dah nampak kesan. Tak perlu tepek foundation 5 lapis dah lepas ni! Paling best tekstur MUCA ampoule langsung tak melekit. Totally worth the try.

Chen on Sep 05, 2017
Honestly started seeing difference in my skin after 5 days using it. People started commenting that my skin looked nicer and brighter. I applied it to an area on my face with pimples and it started to fade off. Buying my 2nd bottle now after using my 1st bottle for almost 2 months.

Michell on Aug 30, 2017
Been used for 2 weeks , and the effects were so obvious ! Good ! 5 stars product ! Will buy again!

Kalau korang berminat, akak lily boleh berikan diskaun tau. 

Hanya masukkan special code : CIKLILYPUTIH30 ermm secara automatiknya korang akan dapat RM30 OFF bila shopping di website @shophurr.tv

Use this Special Code: CIKLILYPUTIH30

Promosi ni akan berakhir pada 31st October 2017, baik korang dapatkan lekas-lekas ek


Untuk info lanjut mengenai Muca Vita Brightening Ampoule, korang boleh follow:

Instagram: @mucaskin IG
#mucaskin #mucawellness #mucamalaysia






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com