Wednesday, October 11, 2017

REVIEW | MUCA VITA BRIGHTENING AMPOULE

Hi Korang,

Satu lagi produk kecantikan yang akak lily nak perkenalkan iaitu ampoule, dalam masa melayunya adalah serum muka. Ampoule ni selalunya di datangkan dalam bentuk cecair dan hanya setitik dua sahaja di perlukan untuk di sapu di muka.

Vita Brightening Ampoule ni ada produk keluaran syarikat MUCA.

MUCA VITA BRIGHTENING AMPOULE 50ML

Dengan menggunakan teknologi daripada Korea, ampoule mineral yang intensif ni diperkaya dengan Vitamin B dan Vitamin C untuk kulit lebih cerah dan bersinar. Ampoule ini akan menyerap lapisan epidermis secara mendalam, membawa bahan aktif untuk keberkesanan yang lebih baik. Lagipulak ferment lysate semulajadi yang menggalakkan kelonggaran kulit untuk penyerapan yang lebih baik dan meningkatkan kesan pengetatan liang-liang pori muka.

Wah kalau Korea je gerenti korang akan beria- ria nak cuba ek

Cara nak guna?


Alah senang jelah

Seelok-elokya di gunakan selepas muka dibersihkan dan di letak kan toner, kemudian hanya gunakan 1-2 titis sahaja dan sapukan di seluruh muka. Lepas tuh tekap-tekap secara perlahan untuk ianya lekas menyerap ke dalam kulit muka kita. Ok dah


Ni akak lily kongsikan beberapa testimoni untuk panduan korang ye

Nur Adnina Mohd Yatim on Sep 06, 2017
Saya cuba MUCA Ampoule untuk kurangkan minor sunburn dan kusam, kurang dari 2 minggu dah nampak kesan. Tak perlu tepek foundation 5 lapis dah lepas ni! Paling best tekstur MUCA ampoule langsung tak melekit. Totally worth the try.

Chen on Sep 05, 2017
Honestly started seeing difference in my skin after 5 days using it. People started commenting that my skin looked nicer and brighter. I applied it to an area on my face with pimples and it started to fade off. Buying my 2nd bottle now after using my 1st bottle for almost 2 months.

Michell on Aug 30, 2017
Been used for 2 weeks , and the effects were so obvious ! Good ! 5 stars product ! Will buy again!

Kalau korang berminat, akak lily boleh berikan diskaun tau. 

Hanya masukkan special code : CIKLILYPUTIH30 ermm secara automatiknya korang akan dapat RM30 OFF bila shopping di website @shophurr.tv

Use this Special Code: CIKLILYPUTIH30

Promosi ni akan berakhir pada 31st October 2017, baik korang dapatkan lekas-lekas ek


Untuk info lanjut mengenai Muca Vita Brightening Ampoule, korang boleh follow:

Instagram: @mucaskin IG
#mucaskin #mucawellness #mucamalaysia






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, October 10, 2017

Kazumi Japanese Restaurant Di Hotel Bangi-Putrajaya

Hi Korang, 

Makanan jepun? 

Ermm seriously kak lily memang suka sekali. Yelah nak masak makanan jepun mane reti kan so makan kat kedai makan jelah. Bahan-bahannya memang senang di dapati pasaraya di sekeliling kita ni tapi nak membuat tuh yang payah sket hehehe

Dasar pemalas!!


Bila berpeluang makan makanan jepun di Kazumi Japanese Restaurant Hotel Bangi Putrajaya ni memanglah seronok bebenau ek, lagi plak dah lama tak pekena kan so why not, jangan lepaskan peluang!!


‘Experience Japanese cuisine at its best at this contemporary and chic new restaurant of Hotel Bangi-Putrajaya. Its bright and earthy colour interiors with modern decor greatly complements its new range of creative menus created by Chef Cheah, a pioneer in Japanese cuisine. Experience a whole new level of F and B experience at Kazumi - your favorite Japanese restaurant at Bangi's highest peak’ 

Ini pula dekorasi di restoran jepun Kazumi. Memang simple tetapi kemas.


So meh tengok apa yang menjadi hidangan akak lily pada tengahari tuh

Ada beberapa menu yang memang menambat hati kak lily ek, di antaranya:-


Kushi Yaki (RM99)

Kusyi Yaki ni "skewers" daging dan seafood. Dalam gambar nampak macam kecik tapi besar sebenarnya. Ini memang tak boleh makan 2 orang. 4 orang makan baru boleh habis.

Surf and Turf (RM99)

Ada teppayaki beef, udang goreng tempura, ikan mackarel panggang, salad, ayam goreng rangup dan banyak lagi. 

Flying Noodles - Inaniwa Udon (RM49)

Udon yang di hidang bersama sos telur masin. Dekat sini ada 3 jenis Flying Noodles iaitu Inaniwa Udon, Cha Soba dan Hiyashi Somen. 

Fire and Ice (RM69)

Pelik tapi unik menu dan cari makanan ini dihidangkan. Its actually simple je makanananya tapi presentationnya kemain lagi, sedap jugak not bad

Kalau korang nak tau, waktu perniagaan Restoran Kazumi adalah pada setiap hari Selasa hingga Sabtu waktu makan tengahari bermula dari pukul 12 hingga 2.30 petang. Dinner (Selasa hingga Ahad) pula 6 petang hingga 10 malam.

Buffet Dinner hanya ada hari Sabtu pada pukul 6 petang hingga 10 malam.

Jom kita ke :

Kazumi Japanese Restaurant
HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Tel: +603 8210 2222
Fax: +603 8210 2888

Dah jemput makan semuanya









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, October 9, 2017

Beg Kembara Rekaan ANNA SUI Eksklusif Bagi Pelanggan GUARDIAN Malaysia

Hi Korang, 


Akak lily memang seronok kalau masuk ke Guardian ni sebab macam-macam yang boleh di beli tau, barang keperluan wanita, make up, tit bits, supplemen dan lain lain lagi.


Menyedari minat rakyat Malaysia yang gemar melancong dan ingin kelihatan hebat ketika melancong, Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Anna Sui untuk sebuah koleksi rekaan eksklusif, istimewa untuk para pelanggan Guardian 

Koleksi Bagasi Anna Sui, yang terdiri daripada dua beg troli, satu beg tote, dan satu beg pereka (designer case), boleh ditebus pada harga diskaun istimewa di bawah program kesetiaan terbaru yang bermula sekarang 

Bercakap di majlis pelancaran program tersebut hari ini, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, berkata: "Kami memlilih untuk bekerjasama dengan Anna Sui kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam kedua­ dua aspek kecantikan dan fesyen, yang sangat relevan kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan kami. Ia juga bertujuan untuk membawakan jenama beraspirasi pada harga yang berpatutan ke pasaran umum." 

Menurut Christina, Anna Sui berkata koleksi bagasi itu diilhamkan oleh minyak wangi, rama­ rama dan bunga ros dan warna-warna terang dari seni Pop seperti fuchsia dan oren, tetapi setiap rekaan diilhamkan oleh pelbagai peristiwa yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan kerjaya beliau.


Kisah di sebalik rekaan-rekaan tersebut, seperti yang diceritakan oleh Anna: 

Beg troli 24-inci 
"Coraknya datang daripada sehelai tuala teh moden abad pertengahan, yang bertemakan kuartet kedai gunting rambut. Ia pada asalnya muncul dalam koleksi Musim Luruh 2012 soya, yang diilhamkan oleh karya Charles dan Ray Eames, dan koleksi Folk Art Americana mereka. Komi menyesuaikannya coraknya dengan slogan Anna Sui, botol minyak wangi dan tiub gincu!" 

Beg troli 20-inci 
"Corak rama-rama itu adalah daripada gaun-gaun koleksi Musim Bunga 2009. Warna-warna corak asal agak sama dengan yang terdapat pada bagasi ini. Beberapa rama-rama telah digantikan dengan botol-botol wangian Romantica saya!" 

Beg Tote 
"Rekaan berbirai ros berjalur itu pada asalnya berwarna hitam dan putih, dengan bunga berwarna merah untuk sehelai gaun dalam koleksi Musim Bunga 2007 saya. Ia masih menjadi corak Anna Sui yang paling ikonik. Gambar gaun tersebut telah menghiasi muka depan buku terbaru saya, The World of Anna Sui."

Kes Pereka 
"Coraknya datang daripada himpunan pelbagai kotak kosmetik Anna Sui selama bertahun-tahun."

Bukan itu sahaja Guardian menawarkan dua wangian Anna Sui Eau De Toilette (EDT) edisi terhad bermula November. EDT tersebut, yang didatangkan dalam saiz 30ml, iaitu Dreams Yellow, dan La Vie De Boheme, kedua-duanya berharga RM99.00, termasuk GST, dan hanya boleh didapati di 150 buah stor Guardian terpilih.


Di majlis tersebut, Christina berkata: "Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, kami sentiasa membawakan tawaran-tawaran produk kesihatan dan kecantikan yang segar dan sentiasa mencari kempen-kempen kreatif yang bersesuaian dengan perniagaan demi memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami.

"Kerjasama eksklusif dengan Anna Sui ini, kami percaya ia adalah cara yang tepat untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan setia kami. Rekaan dan koleksi beliau sama ada fesyen atau minyak wangi, sememangnya dicari dan digermari oleh ramai wanita."

"Kami yakin koleksi bagasi ini akan menerima sambutan yang hebat oleh para pelanggan kami," tambah beliau.

CARA-CARA PENEBUSAN

Untuk setiap pembelian RM20, pelanggan akan menerima sekeping setem. Sekeping setem tambahan akan diberikan jika pembelian tersebut mengandungi salah satu daripada 33 jenama yang mengambil bahagian. Antara jenama-jenama tersebut adalah: Bio-essence, Dettol, Dove, Maybelline, Niveo dan Pantene.


Pelanggan perlu mengumpul 10 keping setem untuk menebus satu barangan pada harga diskaun. Harga potongan untuk empat barangan ini adalah:

Beg troli 24-inci pada harga RM159.90 (berbanding harga jualan RM399); Beg troli 20-inci pada harga RM129.90 (berbanding harga jualan RM199); Beg tote pada harga RM69.90 (berbanding harga jualan RM129) dan Kes pereka pada harga RM59.90 (berbanding harga jualan RM99).

Setem-setem akan dikeluarkan bermula pada 28 September 2017.

Penebusan pula akan bermula pada 28 Oktober dan berakhir pada 31 Disember, 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com