Tuesday, April 18, 2017

Resipi Mee Goreng Istimewa Raja Yang Mudah dan Sedap

Hi Korang,


Di hujung minggu ni lah masanya untuk berumah tangga kat dapur. Kalau nak test skill masak time ni jugaklah ye. Alah belajar masak sket-sket je, aku ni manalah pandai masak yang masakan melayu yang bersantan tuh kalau masak menu western ok sajorrr.

Kebetulan laki mak si Mr Big ni dah 2-3 kali menyanyi kat telinga aku nak makan mee goreng.

Aku suruh je kalau nak teringin sangat pi beli kat kedai depan tuh tapi dia cakap mee goreng kedai tuh kosong, so aku cakap weekend nanti aku buat lah. 


Sabtu petang tuh sibuklah dia ajak aku pi beli barang masak.

Kitaorang ke Jaya Groccer Bangi Gateaway je senang sebab majority bahan-bahan mentahnya semua dah siap dibersihkan. Ye aku memang malas dan laki aku tau dah perangai aku hehhehe

Ini yang di beli


udang pun dah siap kopek separuh


kerang dah siap kopek, so senang sket nak masak. lagipun saiz kerang ni besar-besar jugak

Banyak kan!!

Balik tuh bersihkan apa yang patut then simpan dalam fridge 

Esok paginya Ahad tuh baru aku masak.

Nak masak mee goreng tak tau bahan? Ermm ni aku kongsikan ek

Bahan-bahan: 

· Cili kisar/boh – ikut tahap kepedasan
· 4 biji bawang merah
· 4 ulas bawang putih
· Minyak untuk menumis
· Bahan mentah macam ayam/udang/sotong 
· Sayuran seperti sawi/taugeh/
· Fish ball and fish cake
· Kicap Manis
· Gula/Garam (Jika Perlu)
· Sebungkus Mee Kuning
· Bawang goreng, lada besar hiris dan daun sup untuk hiasan

Itu kira bahan-bahan asas lah, korang boleh tambah ikut suka korang ek

Kemudian masaklah cam biasa, actually tak de apa yang special pun tapi di sebabkan bahan-bahan mentah yang banyak dan awesome tuh yang jadi istimewa sesangat.

meh tengok video cara masak mee goreng

Lepas je masak tuh, terus makan panas-panas hah ko amik terangkat ooo dengan rasa jus-jus makanan laut tu tadi kan lagi menambah selera Mr Big makan. Sudahnya seharian kitaorang makan mee goreng tuh sebab Mr Big suruh masak sampai 3 bungkus mee kuningnya 

Ermm tak perlah janji tak kepunan kan

Ok Selamat makan semuanya


BRANDS InnerShine® Melabur Untuk Keserian Dalaman Yang Lebih Menyerlah

Hi Korang,

Nak cantik tak?

Meh baca ni tau


InnerShine® mengesyorkan korang para wanita yang cantik di luar sana supaya melabur untuk kesejahteraan dan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Tekanan hidup seharian boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita yang menyebabkan berlakunya masalah penghadaman dan kulit yang nampak lesu.


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang diperkaya dengan Resistant Maltodextrin – sejenis serat diet larut. Pati prun yang membantu mempertingkatkan pergerakan usus, membantu menyingkirkan toksin dari tubuh dan memulihkan kesihatan serta menggalakkan sistem penghadaman yang sihat, secara tidak langsung membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.


Kerjasama terbarunya bersama dua ikon kecantikan dan fesyen media sosial, Nita dan Umma, yang masing-masing menjual gincu cecair premium serta tudung membantu mendapatkan keserian luaran yang lebih menyerlah,

Sehingga 30 April, pengguna berpeluang mendapatkan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu 42gm, apabila mereka membeli produk daripada Nita dan Umma bernilai lebih RM69. Tawaran ini terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, jadi segera mulakan belian dalam talian sekarang.


Jika korang lebih gemar mengunjungi pusat membeli belah, InnerShine® akan memberi ganjaran lebih tinggi apabila anda membeli dua pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu yang mengandungi 12 botol kerana korang bakal menerima pek minuman tenaga BRAND’S® Ca’ya yang mengandungi 6 botol secara percuma! Sementara itu, pembelian pek InnerShine® 6 botol atau 12 botol pula memberikan korang pulangan sebotol BRAND’S® Ca’ya.

Mulakan melabur pada kesihatan dan kecantikan korang hari ini dan kunjungi farmasi Guardian dan Watsons terpilih seluruh negara sebelum promosi ini berakhir bulan depan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, atau layari www.innershine.com.my juga InnerShine Club di Facebook. 

Monday, April 17, 2017

Lunch Di Ikan Bakar Tanglin, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Memang tak terfikir pun sampai ke mari time makan tengahari ni.

Ni semua gara-gara food review tak jadi kat area sinilah. 

Sepatutnya ada makan-makan kat restoran Rebung hari tuh, so bersungguhlah aku sampai on time, biasalah aku kann punctual huahahuaua… Sekali sampai tengok lain macam je crowdnya bukan geng selalu so terus duduk tepi ek. Nampak pulak kakak reporter yang biasa tuh, so tanyalah dia rupanya hari dah betul dan tempat dah betul tapi masanya pulak di reschedule ke petang. Ermm malas aku nak tunggu so pi tempat lain dulu lah. 

Tak tau nak makan apa, penat fikir tup-tup teringat nasi lemak Tanglin tuh. 

Sebab tak tau jalan apa lagi WAZE kan sajor.

Rupanya tempat tuh dekat benau dengan area Rebung ni tapi tak tau jalan so bawaknya pusing satu alam hahaha maka bertabahlah.

Sesampai je nasi lemak Tanglin tuh tutup plak.

Ermm terus beratur sebelah gerai makan nasi campur dengan ikan bakar. 

Servis cepat tapi ya ampun ramainya orang, aku pun tak tau mana datangnya orang-orang office ni semualah. 


Just nice kitaorang dapat meja dan ikan bakar sampai terus ramai giler manusia

Ok rasa not bad, portion ikan parinya besar. Kuahnya di campur sekali pada ikan bagi menambah rasa dan aroma lah orang kata.

Nak datang makan lagi kat sini?

Ni alamatnya:-

Gerai Ikan Bakar Pak Din (Asli)
Stall No. 5, Tanglin Food Court,
Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur


(Landmarks : besebelahan Taman Botani, Kuala Lumpur, bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Tanglin dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman)


Insyallah kalau terlalu lalang bolehlah singgah ke mari lagi ek

Selamat makan semuanya....