Wednesday, July 29, 2015

REVIEW | MIRAE Collagen - No Colour, Taste and Odour!

Hi Korang,

Memanglah minuman atau produk kesihatan banyak kat pasaran tapi yang serasi bersama dengan korang, ermm kena lah cuba satu persatu kan.

Macam aku, ada certain collagen product yang sesuai dan ada yang tak. Jadi yang mana tak tuh, aku memang tak akan citer kat korang sebab buat apa kan. Dah tak serasi sibuk nak promote pulak kan hauhauahua ye memang jahat tapi itulah hakikatnya.


Ini aku nak citer ni, aku sedang amalkan minuman MIRAE Collagen yang merupakan 100% collagen semulajadi produk keluaran dari Thailand. 

So sebahagian daripada info ni aku tulis dalam English ye takut pulak salah interpreted jadi lain pulakkan. 

MIRAE Collagen for Healthy Aging
Support cartilage, ligaments, muscles, and joints 
Reduce joint pain and muscle aches
Nourish the eyes and other organs
Improve gum and teeth health
Increase mental alertness

MIRAE Collagen for SKIN BEAUTY
Reduce wrinkles
Prevent age spots
Reduce appearance of acne
Create firmer, smoother more radiant skin
Promotes a translucent, lustrous and even-toned complexion
Regenerate healthy skin tissues / build new skin cells


Why Mirae Collagen? 

Safe:
Genetically Modified Organism (GMO Free) 
BSE-TSE Free
Allergen Free
Chemical Free

High Quality:
Premium Raw Materials 
GMP / ISO9001 
Control Testing 

Easy To Use: 
Tasteless
Colorless 
Odorless 

Efficient: 
Fresh Water Fish Origin 
Amino Acid Profile 


MIRAE COLLAGEN particularly rich in:

Hydroxyproline: 
A major component needed to produce collagen cells for a healthy body.

Alanine: 
Supplies energy to muscle tissues, brain and central nervous system and strenghtens immune system through its effect on antibody production.

Arginine: 
Help immune system stimulation and healing process.

Glycine: 
Triggers the release of the oxygen required by the cell-making process

Hah memacam kan, faedahnya ek. 

Aku sendiri pun tak sangka banyak sungguh kebaikannya, nampak je produk ni cam biasa-biasa je tapi bila dah baca khasiatnya wah kemain awesome lagi kan.

Cara nak minum MIRAE Collagen?


Alah senang je.

Untuk permulaan dalam seminggu cam tuh, ambil 1 scoop dan masukkan dalam air warm atau sejuk. Kacau-kacau then terus minum. Kemudian bila lepas seminggu tuh, ambil setengah scoop je sampailah habis.


Hasilnya?

Tentulah kena ambil masa sket bukan jam-jam tu je boleh cantik kan. MIRAE Collagen ni membaiki sel kolagen dalam badan kita, so aku dapat rasa perbezaan pada kulit muka dan badan sket demi sedikit. 

MIRAE Collagen is selling the retails price with RM500 for 2 bottle.

Members price with Ramadhan & Hari Raya Promotion is RM364 now.


More further information can contact : Ys
Whatsapp / Call : +6010-297 1228
WeChat : yensang18

Monday, July 27, 2015

Nak Join TRAVELOKA Lucky Getaway, Boleh Pi Bercuti Kan

Hi Korang,


Lepas raya ni, musim cuti-cuti Malaysia bermula lagi.

Aku rasa ramai yang duk plan ke mana nak pi bercuti hujung tahun ni kan, tak kira dalam Malaysia mahupun oversea janji dapat berjalan kan. Macam ktorang berdua setiap hujung tahun memang berjalan sakan cuma dalam Malaysia je kan sebab aku rasa banyak lagi tempat dalam negara kita ni tak abis dijelajahi, even Gunung Jerai pun aku belum sampai lagi tau. Hauhauahuahauhau

So kenalah bersiap sedia dari sekarang kan!!

Kumpul duit, book tiket flight, book hotel, prepare itinerary nak berjalan kira semua sekali kena plan dengan baik. 

So jawabnye? 

Let’s check it out www.traveloka.com/en-my


Dalam apps ni kita boleh buat booking flight, booking hotel dengan harga yang murah lagi cepat, only 5 minutes je wokeh. Dalam negeri, luar negeri kemana aje pun boleh. Ikut je step by step yang diberikan. Hah settle kan! Bolehlah berjimat-cermat dari sekarang.

Ada berita baik untuk korang yang duk sibuk search kalau ada travel secara percuma kan. Ni aku nak kongsikan kat korang ni, www.traveloka.com/en-my sedang mengadakan online contest kepada semua kaki jalan kan.

Caranya, mudah saje!


Ikut je langkah satu per satu ni ek 

1. Pi ke www.traveloka.com/en-my dan pilihan destinasi impian korang

2. Log in ke widget melalui Facebook atau email. Ni klik widget bawah ni ek

TRAVELOKA GIVEAWAY

3. Ceritakan kenapa korang berminat nak bercuti ke sana

4. Kongsikan atau Share di social media accounts korang dan bagitau kat kengkawan korang yang korang join Traveloka Lucky Getaway contest 

5. Ada 1 pemenang setiap minggu 

6. 5 finalists will be selected from these weekly winners

7. Finally, from these 5 finalists, we will select 1 Grand Prize winner to be announced at the end of the contest 

Yang best tuh, ada hadiah misteri mingguan dan juga Grand Prize of USD 500 voucher. Banyak tu wei, bayangkan kalau aku dapat kan. Wow wow wow panjanglah langkah aku berjalan hujung tahun ni kan.

Dah apa tunggu lagi, mehlah join.

Bukan kena kuar duit pun just kuar tenaga untuk klik-klik taip je cerita menarik korang.



Thursday, July 23, 2015

Menu Wajib Hari Raya Aidilfitri

Hi Korang,

Sementara bosan malas nak buat keje di sebabkan orang lain masih bercuti lagi, baik aku citer pasal menu wajib hari raya ni.

Yelah semua orang ada their own favourite dish kan, aku pun sama gak lah.

sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi

As usual mestilah ada ketupat, lemang, rendang, kuah kacang bagai kan. 

Tapi ketupat sekarang ni payah nak cari daun kelapa eventho mak aku duduk kampung ada pokok kelapa melambak-lambak kat seberang sungai tu kan. Tak de siapa nak menganyam lagi untuk buat kelongsong ketupat, even aku sendiri pun tak reti nak anyam. Then kalau beli kat pasar pulak, sebiji kelongsong tu jatuh RM1.00 so better beli je nasi impit yang dah siap pack-pack tuh then balik umah tinggal rebus je.

Kalau rendang pulak, of courselah mak aku punye mestilah sedap. Tak sama macam orang lain punye, Terasa pedas-pedas dan lemak-lemak kerisik tu menusuk ke tekak. Komen je pandai kan, cuba suruh aku buat, ermm hampeh. Apa pun tak boleh.

Lemang biasalah dalam family aku, family pak teh memang amik kontrak buat lemang setiap tahun. Mak aku boleh buat sebenarnya cuma kakitangan yang tak cukup hahahaha. Nak harapkan ktorang adik-beradik memang tak siaplah lemang tu kan. Lagipun boleh penyediaannya remeh sket, kalau tak kena cara memang tak masak oooo... Ada ke masak lemang sambil mercun, haruslah lemang tak berapa nak masak kan sebab tak pusing-pusing. 

raya 2015 di shah alam dulu hari tuh

Bagi aku, itu je kot yang wajib ada atas meja di pagi hari raya kan.

Yang lelain tuh, ada pun ok tak de pun tak per macam nasi beriani ke, kek sebijik ke, lontong ke kan. Kalau tak de tiga sekawan ni memang macam tak raya lah jawabnya kan

Korang pulak, apa favourite menu hari raya korang ek? ke sama cam aku gak..


Wednesday, July 22, 2015

Kecian #PakcikMisteri Ni, Meh Tolonglah Sket

Hi Korang,


Mesti korang perasan kan, iklan raya TM ni kat tv?

Hah yang tulah, yang ada budak pompuan takde duit tambang nak balik sebab beg duit dia hilang kan. 

La tak tau yang mana satu? Ni meh tengok iklan ni


Ye, yang ni lah.

Kalau korang tengok iklan tu sampai habis, nampak nau yang budak pompuan tu kedekut nak keluarkan duit untuk orang lain kan dan akhirnya insaf bila #pakcikmisteri tu tolong dia.

So kita pun kenalah cam tu jugak, bantu-membantu di antara satu sama lain tak kiralah kenal atau pun tidak macam #pakcikmisteri tuh. 


Ni aku nak ajak korang tolong jugak memberi sumbangan seikhlas hati ni kepada mereka yang memerlukan. Alah tak yah kuar duit pun lah. Ingat aku tipu ke? Betul la ni wei

Kempen #pakcikmisteri anjuran TM ni untuk membantu beberapa pertubuhan yang memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan mereka, di antaranya adalah Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, A Munrah Pendang Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Komoniti Digital TM). 

Kan aku cakap tak yah kuar duit just perlu tenaga korang untuk main klik-klik sajor.

Cara-caranya :


2. Kemudian tekan je ‘JOM MULA’. Nanti keluarkan beberapa task yang korang kena buat ek



3. Korang kena bantu AZURA untuk menyelesaikan beberapa masalah berpandukan nota-nota kecil dan juga arahan yang di berikan. Alah senang je, klik-klik itu je arahan yang diberikan.


Inilah hasilnya setelah aku main klik-klik tu tadi. Tangan tak berapa bagus sangat time nak klik duit jatuh tu kan. Yelah bukan kaki candy crush katanya. Jadilah ada sedikit sumbangan daripada aku kan. Orang kata sikit-sikit lelama jadi bukit, so apa lagi jom kumpul lagi bantu diorang ni kan…

Dah tu, apa lagi moh klik sini ek https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/

Dapat jugak korang pahala time raya-raya ni kan


Tuesday, July 21, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Hi Korang,

Rasanya dekat seminggu tak menulis kan

Tangan rasa cam laju je nak menaip tapi otak plak tepu akibat makan lemang banyak sangat kan.

Bukan apa, musim cuti panjang ni rasa malas benau nak bukak laptop untuk update blog kan, kalau setakat social media tu kat tangan je pun hahahahha


Anyway nak ucapkan kepada pembaca setia blog www.ciklilyputih.com Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin.Manalah tau ayat-ayat yang aku tulis tu ada menikam lubuk hati korang kan, huhuhuhuhuhu

Ok itu je

Sambung cuti lagi dan nak pi beraya pas ni hahahahahha