Monday, December 3, 2012

My COWAY Hi Tea Party, Simple Tapi Meriah

Hi Korang,

Dah 2 minggu pun citer but still aku nak update gak kat korang.


Its actually tak berapa last minute event lah cuma dalam beberapa hari je ktorg setup party ni. Once dapat confirmation dari team COWAY dan Real Women Real Voices je baru aku duk sibuk buat apa yang patut kan.

Alah cuma jadi tuan rumah je untuk hostkan Hi Tea Party ni, makanan, goodies bag semuanya diorg dah siapkan. Tapi sebab rasa cam tak syiok je, aku prepare laksa penang (makcik canggih aku masak) dan sate yang Mr Big tempeh 300 cucuk.

Jemputan wajib 20 orang but ramai yang tak dapat datang, yang tak RSVP langsung pun ade (x baik buat aku cam tu ye), last minute cancel (x tepon plak tuh) dan memacam alasan lagi lah yang aku dah biasa dengar kan.

But Im ok je. Dah biasa dengan menda2 cam ni.


Kul 11.30pagi designer dah datang untuk make over bathroom aku. Berdua je Keith dan kawan dia buat keje. Rileks dan steady je. Aku langsung tak boleh tengok coz surprise kan. Tapi makcik aku dan mak aku sibuk duk intai-intai, alah mak-mak memang cam tu.


Nasib baik makanan ktorg dah siap sedia awal coz team catering tu memang sampai on time, bagus betul ek. Michael tu sorang buat keje, susun situ, susun sini, letakkan kopi. Ta da.. sekejapan je siap. 






Apalagi pictures time, seorang duk sibuk snap sana sini kan. Laki mak pun sama noks, dia kan official photographer.




Siap je time COWAY sampai, majlis pun start. Kak Siti (one of the bosses COWAY ni) mulalah briefing ktorg mengenai COWAY Bidet ni. 







So sambil makan-makan sambil dengar je Kak Siti bertonyeh pasal sejarahnya, kebaikannya dan memacam lagi lah. Kyushuk plak aku tengok dia bagi briefing. Lancar je langsung tak de sangkut2, ni yang kena menuntut ilmu ni.

Ok its time untuk reveal Bathroom Makeover.   




       
Hah ko cantik wokeh. Rupanya diorg cat dinding bilik air aku tu, tambah aksessori mandian, tempat gantung towel, ganti shower curtain, letak sticker, ada lilin-lilin wangi sket.Bila dia bukak je pintu bilik air tu, semua orang cam terpegun, walaupun simple je but cantik.



Terus je Kak Siti mulakan demo kat Coway Bidet ni. Dia tunjukkan cara nak guna, tekan untuk keluarkan air, rasa temperature tempat duduk tuh dan ntah apa menda lagi lah.Excited sungguh diorg ni, yelah menda-menda canggih mesti nak cuba.


Abis demo tu, ada promotion trial 14 days pasang kat rumah dirog ni. Makcik aku memang super excited sangat, cepat-cepat dia suruh anak dia isi borang. Then sambung makan lagi, keluarkan segala makanan yang ada kat dapur tuh. Makan diaorg ni sepuas-puasnya. Siap tapau bawak balik lagi.


Anyway terima kasih kat blogger Sharidawati dan adiknya yang sudi datang kat umah kecik aku ni, sempat aku bekalkan dia garam SPA yang aku prepare sendiri untuk kasi kat guest yang datang. 



Terima kasih gak pada team COWAY dan Real Women Real Voices yang anjurkan Hi Tea Party ni. Selain daripada makanan yang sedap, your warm hospitality melayan kerenah guest aku yang datang kan.

Hopefully we can work together lagi in other event ye.


Kepada team masak iaitu mak aku + makcik aku, terima kasih bebanyak sangat coz sudi tolong aku jadi co-host, ramai yang suka laksa tu ta dan family members yang lain gak coz sudi datang untuk memeriahkan majlis.  

I love u all…

This is second time aku hosted Hi Tea Party kat umah aku ni, so banyak menda gak aku belajar dari experience ni. 

So lepas ni kalau korang nak lantik aku jadi event manager no hal lah bro! semua dalam tangan.


JOJO STRUYS Yang Sentiasa HOT

Hi Korang,

Last week memang teramat penat sangat event tak henti-henti siang malam pagi petang.

Banyak letih ooo


Tapi letih tu hilang bila dapat berborak + bergambar denga Jojo Struys. Seorang celebrity yang senantiasa HOT sepanjang waktu.

Banyak kali aku jumpa, dia memang nampak cantik je.

Bila tanya apa rahsia kecantikkannya, dia cakap apa 'Bila hati tenang dan sentiasa gembira, automatiknya kita akan nampak cantik, macam U pun cantik dan comel jugak'

Heehehehheeheh terkekeh aku dengar. 

Ada-ada je dia ni lah kan.

Sudahla malu dah mak ni nokss..



Saturday, December 1, 2012

RC Toys Bukan Mainan Untuk Kanak-Kanak Ye


Hi Korang,

RC tu remote control so RC Toy ni permainan remote control lah tapi bukan macam mainan kanak-kanak but more to adult punya game.

Ini memang hobi Mr Big yang aku tak boleh nak marah. Dia pernah cakap dulu, masa kecik-kecik mama tak mampu nak belikan dia mainan sebegini so bila dah pegang duit sendiri ni barulah dapat merasa kan.


RC toys ni korang ingat tekan je kat remote terus gerak kan but no way man. Kalau korang tak de skill kem salam lah ye, boleh rosak mainan dengan tekan salah button tau. Aku sendiri pun tak berani usik harta mamat ni.


So cuti hari tuh, aku ikutlah dia pi kedai RC kat Kelana Jaya. Purposely ok drive dari Bangi ke KJ untuk pi cari spareparts yang patah untuk jeep big foot dia tuh. 


Sesampai je tokeh kedai selaku mekanik gak tengah duk betulkan satu helicopter tu, aku terus jadi leka dan tengok je cara dia betulkan. Sebijik macam betulkan kereta kat workshop tu tau.










Bila dah boring, aku duk merayau dalam kedai ni ambik gambo kereta-kereta RC yang awesome ni kan. Cantik tu memanglah cantik kan but harganya pun cantik jugak. Boleh kopak poket di buatnya.


Tengah duk leka, tetiba mamat satu lagi kuarkan satu helicopter untuk Mr Big tengok. Aik tadi cakap dengan aku nak pi beli spareparts, tup-tup dah jadi lain plak. Tengok punya tengok berkenan plak, but nanti dululah dia kata.


So aku ikut dia pi tengok menda lain plak, sambung amik gambo balik.


Agaknya dah tak boleh tahan, terus Mr Big cakap kat tokeh tu pi test helicopter yang dia tengok tadi. Maknanya kalau dah test confirm kene beli. Bila aku pandang muka, dia boleh senyum sambil cakap ok I banjer U makan sedap dan banyak ari ni ek, jangan marah tau. Aku dah tak boleh cakap ape, belilah janji bagi aku makan bebanyak tau.


Tekalah harga dia beraper?

Salah. Lain-lain? Salah gak. Nak tau beraper?

RM678 siap bateri untuk remote dia.

Terus je bayar tanpa was-was.

Keluar dari kedai tu, dia cakap jom kita pi dating kat Titiwangsa nak tak?

Alah bukan nak dating pun but excited nak main menda alah tu kan. Haruslah tidak kan sebab langit cam dah nak runtuh je plak, so bawak je aku pi makan lagi bagus.


Itulah dia kisah orang kaki RC ni, memang tak boleh nak di bendung lagi janji dia bahagia dah la ye.

Jawabnya minggu ni duk berjemur kat Tasik Cempaka Bangi lah ek temankan orang main helicopter.