Sunday, May 27, 2012

Mencari Bloggers Perempuan Ke Hi-Tea Party Cik Lily Putih



Hi Korang,

Kalau korang perasan, dulu aku pernah buat Hi-Tea Party untuk bloggers ni. Tak caya meh baca entry ni. Hah walaupun tak ramai tapi meriah sangat. Ada makan, games dan goodies bag lagi kan.

Ermm rasanya nak buat lagi lah untuk tahun ni.

So aku sedang mencari bloggers pompaan untuk ke Hi-Tea Party yang aku akan buat tak lama lagi. Tak kisah apa status yang penting bloggers perempuan sahaja.  

Nak join tak? Haruslah nak kan.

Korang kena komen kat entry bawah ni few details yang formatnya sebegini.

Nama :

Email address :

URL :

Umur :

Status : Dah kawin ke, anak dara ke kan,

Pernah Jumpa K Lily (Ya/Tidak) : Kalau ye pernah jumpa kat mana. Tulis details ye senang aku nak cam muka korang. hah korang tulis penah jumpa kat event mana ke, kat tepi jalan ke, kat pasar malam ke, kat parking ke, tak pernah jumpa ke kan.

Waktu Free Untuk Pi Event : korang tulislah suka pi event lepas keje ke, hari sabtu ke, hari ahad ke dan jangan lupa letak kul berape sekali ek yang korang suke kan.

Hah itu je, senang kan. Tak susah mana pun nak join Hi-Tea Party aku ni. Tak delah aku buat grand sangat but maybe buat kat luar rumaH kot coz umah ktorg ni kecik je, itu pun ikut kemampuan Mr Big kan.

Cepat-cepat komen ye. Pemilihan berdasarkan pada komen korang tentang waktu free pi event tu kan. Aku akan pilih secara randomly.

Itu je.. cecepat ek..


UPDATE 30/5/2012


Nama-nama seperti Mak Dara, Nisa Kay, Pen MeraH, Zuriati, Afra Yuri, Mira Cicit, SaraH, Akuzle Ayu, EllaNadjla, Nurul Siezuka, Wan Fadila, Nik, Awek Retro, KancilBiru dan diya86 dah masuk dalam list yanG pertama ni. So nantikan berita selanjutnya ye


Pemenang Giveaway Dah Lah Panas, Pekat Plak Tuh


Hi Korang,

Aku memang ada buat small giveaway hari tuh. Alah suke2 je. Ingatkan tak de sambutan, hah ko ramai plak yang suka mengomen kat entry aku tuh.

gambo cilok kat google ye

Jawapannya ialah DODOL.

So aku dah pilih pemenang berdasarkan jawapan yang betul dan tepat.


1 .     Ummiarissa

 2.       KancilBiru

 3.       ElissMie

 4.       HazmanFadzil

 5.       Anonymous – Erra. 
          K Lily tau awak selalu komen kat blog K lily ni.

 6.       Myra Jay



Korang yang menang,
Sila komen kat entry ni dan tinggalkan nama, email address ye untuk senang aku hubungi cam ne nak bagi hadiah.Maybe yang senang jumpa aku kasi produk dan yang jauh aku bank-in something untuk korang ye.

Hah, komen cepat tau.

Hadiah akan di settlekan secepat mungkin bila korang forward semua details kat aku ek tapi korang kena bersabar sket semua faham-faham jelah weekdays aku busy dgn event so on weekends baru leh buat keje-keje  penghantaran hadiah ni kan.

Congrats korang!

Dan pada sape yang tak menang tuh, jangan putus asa sebab aku akan sentiasa buat giveaway cam nie. Aku tak akan publish secara besar-besaran pun sebab aku nak bagi hadiah ini eksklusif untuk pembaca setia blog aku je. So pada sape yang tak follow aku alamak rugi lah kan. Kahkahakhakha

Ada berita baik untuk blogger pompuan, aku akan ada hi tea party untuk korang. So pasa sesiapa yang nak join party aku ni sila tunggu entry selanjutnya ye.





Saturday, May 26, 2012

Samsung Galaxy SIII Exclusive Media Preview @ One World Hotel, PJ

Hi Korang,

Akhirnya yang di tunggu-tunggu, sampai jua Samsung Galaxy SIII kat Malaysia ni.  Ye betul dah sampai pun. Mata aku sendiri yang menyaksikan majlis preview secara esklusif di One World Hotel malam tadi atas jemputan Samsung Team sendiri.


As usual, before masuk dewan tu ada koktail party sket. So dapatlah hang around with other bloggers yang datang kan. A round 7pm cam tu pintu dewan di buka dan ktorg di antara yang dapat duduk depan dengan stage.


Aku suka sangat MC malam tuh, Wan Zaleha Radzi. Kurus dan cantik sangat. Simple je presentationnya. Paling aku kagum sekali montage screen kat stage tuh. Besar dan memukau serta seronok di pandang. Bila kita tonton video pengenalan Samsung Galaxy SIII ni, terus membuatkan hati aku jatuh cinta dengan smartphone terbaru keluaran Samsung ni lah.


Bercakap mengenai pengenalan Samsung Galaxy SIII ini, Encik Kwon Jae Hoon Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd berkata ‘Samsung GALAXY SIII telah dicipta dengan keperluan dan keupayaan manusia dalam fikiran. Apa yang membuatkan saya paling bangga adalah bahawa ia membolehkan satu pengalaman mudah alih yang paling lancar, semula jadi dan human-centric, membuka ufuk baru yang membolehkan anda menjalani kehidupan yang luar biasa '.


Dengan pengenalan samsung galaksi SIII, kami yakin bahawa jualan gadget ini akan mengatasi hasil jualan Galaxy SII yang terjual 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lepas 'katanya


Kemudian ktorg di beri penerangan mengenai lebih lanjut lagi oleh pengurusan pemasaran product  dari SamsunG. Cara diorg menyampaikan presentation wow! Rasanya yang paling banyak tepuk tangan ktorg lah kan, memang tak sangka sampai begitu sekali Samsung Galaxy SIII ni mampu lakukan dah macam human companion.


Apa lagi masa yang di tunggu lah kan, nak tengok sendiri cam ne rupa Samsung Galaxy SIII ni. Ktorg di bawa ke ruangan showcase. Masa ni lah ktorg berpeluang untuk merasai sendiri rupa bentuk Galaxy SIII ni. Berat Cuma 133grams dan 8.55mm tebal. So nipis sungguh lah kan. Pelbagai function yang amat menarik dan akan aku ceritakan nanti di entry lain ye.


Samsung Galaxy SIII ni menggunakan  AndroidTM 4.0 Ice Cream Sandwich dan 2,100mAh bateri.


Masa ni ktorg tak lepaskan peluang untuk mencuba gadget yang canggih ni. Segala function yang diterangkan semasa presentation tadi semua aku cuba. Memang tak perlu di sangkal lagi kecanggihannya.



Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy SIII yang terbaru ini, boleh layari www.samsung.com/my atau pergi ke Samsung Mobile Malaysia Facebook page di https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia



Anyway terima kasih kepada Samsung kerana sudi menjemput aku ke special event yang best ni dan juga goodies bag yang aku rasa berguna sekali pengguna smartphone kan.


About Samsung Electronics Co., Ltd.
Samsung Electronics Co., Ltd. is a global leader in semiconductor, telecommunication, digital media and digital convergence technologies with 2011 consolidated sales of US$143.1 billion. Employing approximately 206,000 people in 197 offices across 72 countries, the company operates two separate organizations to coordinate its nine independent business units: Digital Media & Communications, comprising Visual Display, Mobile Communications, Telecommunication Systems, Digital Appliances, IT Solutions, and Digital Imaging; and Device Solutions, consisting of Memory, System LSI and LED. Recognized for its industry-leading performance across a range of economic, environmental and social criteria, Samsung Electronics was named the world’s most sustainable technology company in the 2011 Dow Jones Sustainability Index. For more information, please visit www.samsung.com.