Saturday, December 17, 2011

Aku Menang Di Nuffnang Blog Awards

Hi Korang,

Penat semalam tak abis lagi ni. Mana taknya makan, minum, gelak-gelak, camwhore, make new friends. Ermm macam-macam betul.

Tapi yang penting


Aku menang juga awards di NAPBAS Nite nie.

Memang tak sangka betul, walaupun tak tercalon tapi aku berjaya tewaskan blogger2 yang hebat lah termasuk lah Beautifulnara.com

Huhuhauhauhauahauhauahuahuahau

Korang ingat senang ke nak menang award kat Nuffnang Blog Awards 2011 ni. Tercalon pun tidak ada hati nak menang konon. Its actually award tu Beautifulnara.com yang punya. Dia menang kategori Best Entertainment Blog. Aku ni kalau berangan memang tip top sampai di awang-awangan lah. Ok full story mengenai #NAPBAS ni aku update later.. So stay tune.

Kepada geng blogger yang aku jumpa semalam, kalau terbaca entry ni meh tinggalkan komen korang punya URL kat entry ni ek. Aku pun nak pi melawat blog korang jugak kan.




Friday, December 16, 2011

Pelancaran Maxis Iphone 4S @KLCC Convention Centre

Hi Korang,

Malam tadi sempat aku saksikan pelancaran Iphone 4S ni di KLCC Convention Centre. Memang betul ramai orang beratur untuk mendapatkan produk terbaru dari Iphone ni. Bayangkan sepanjang hall tu diorang betul dan mereka ni mula beratur dari pukul 6.00 petang lagi.


Aku yang jadi media cover event ini dah lenguh2 kaki berjalan ke sana sini ambil gambar, ini kan pulak mereka2 yang beratur tu kan. 

Anyway thank you Maxis and Nuffnang atas jemputan ni. 

Nanti aku update lagi citer pasal launching ni ek. Banyak betul gambo yang aku amik lah.


Thursday, December 15, 2011

Samsung Series 7 CHRONOS Notebook Yang Terbaik Di Pasaran

Hi Korang,

Semalam sempat juga aku ke Series 7 CHRONOS Notebook dari Samsung ni di Double Tree Hotel KL. Ermm cantik jugak hotel but a bit confius sket coz kena tukar banyak lif untuk sampai ke 10th floor ni.


Samsung Malaysia electronics selaku salah satu syarikat media digital dan teknologi, telah pun melancarkan Siri premium yang menakjubkan iaitu 7 Chronos Notebook yang menjanjikan kelajuan yang sangat luar biasa, prestasi yang maksimum dan mempunyai paparan berkualiti tinggi.


Dengan salutan chasing aluminium yang menarik serta nipis, kapasiti Series 7 Chronos Notebook ni menggunakan Intel Core Quad Core l5 yang merangkumi teknologi ExpressCache, menyediakan tambahan 8 GB  memori pada motherboadnya. Ini membolehkan ianya lebih cepat strat-up serta meningkatkan prestasi keseluruhan melayari internet 2 kali lebih cepat dan ianya mengambil masa 2 saat je untuk start up.


Bercakap pada perlancaran tersebut Mr Kwon Jae Hoon, Pengarah Urusan untuk Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd berkata

“Berikutan kejayaan Notebook Series 9 kami yang menakjubkan, kami mengembangkan rangkaian notebook premium kami. Dengan Series 7 Chronos Notebook ini, kami telah padankan dengan ciri-ciri baru yang berkuasa dan rekabentuk yang istimewa sesuai dengan kecemerlangan Samsung.

Matlamat kami adalah untuk mewujudkan komputer riba yang bukan sahaja memberi inspirasi dan menyempurnakan kehidupan para pengguna tetapi juga komputer riba yang memenuhi pelbagai permintaan pengguna dan segmen pasaran yang berbeza“



Ermm memang canggih lah Samsung notebook ni. Aku dah cuba semalam masa launching tuh. Spec yang mantap dan laju. Even sound system pun dah macam home teater.  Features nampak sama but Samsung notebook nampak memang exclusive betul. Chasing aluminumnya memang tip top lah.


Harga? Of course lah berpatutan kan. Mengikut harga pasaran notebook sekarang ni. RM 3600 tu memang worth it dengan apa yang di tawarkan.

Apa lagi moh le angkat satu. Aduiyai banyak plak aku nak beli lah dah hujung2 tahun nie. Mentang2 duit bonus nak kuar tak lama lagi kan.

Hehehehehhe

Anyway thanks to Nuffnang and Samsung for invite aku. Hopefully if ada event Samsung lagi do invite me yeah.

For more information, please visit http://www.samsung.com/my.