Thursday, August 4, 2011

Buka Puasa @ Paya Serai, PJ Hilton KL

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku buka puasa kat Paya Serai, PJ Hilton ni. Ala aku tolong wakilkan Hazman pegi coz dia rasanya x sempat nak pi dia cakap semalam.


Dia dapat jemputan tu dari Ivy selaku FOOD fanpage admin. So kiranya ini first time aku nak meet up with new faces kan. Nasib baik si Jard tolong temankan. 

 Ivy ( FOOD- Admin) and Shuian (PJ Hilton PR Marketing)

KY and Firdy

Ivy, Wilson dan Tian Chad

Lepas makan, apa lagi borak2 time

Budak charger camera rosak - Jard

Makan kat sini totally sedap lah. Mesti lah more choices kan. Nak makan melayu boleh, cina boleh, india boleh. Kiranya makanan satu malaysialah.

 Kambing golek bakar satu

Blom raya dah boleh makan segala jenis ketupat

Ayam tandori satu

Later update lagi gambo makanan dan more details tau, kasi korang teruja nak pi buka puasa petang ni nanti.

Nota : Hari ni buka posa lagi kat luar dengan family members plak.. yeah hah.. gemuk! gemuk! gemuk! 

Ternyata Memang Cantik Vanidah Imran & Maya Karin Nie

Hi Korang,

Siang tadi ada L'Oreal media launch untuk produk terbaru mereka di Mid Valley. Aku haruslah pergi kan. Nanti apa plak kat Connie kalau aku tak datang.

Ingatkan media launch biasa rupanya ada duta-dutanya sekali. Sempat jugaklah aku bergambar dengan Maya Karin, Vanida Imran dan chinese model. Alamak nama dia aku boleh lupa plak. Nanti aku google lah kejap.


Ini dia Vanidah Imran. Cantik kan. Aku first time nampak dia cam terlopong kejap lah kan. Yelah first time jumpa. Dia peramah plak tu. Sempat lah borak2 kejap.


Maya Karin plak, dapat jumpa kejap je. Tapi memang sporting abis. Bila mintak suruh pose, terus je pose okeh.

Yang penting diorg nie cantik in person. Memang sesuai lah jadi duta L'Oreal kan.

Ok, nanti update citer ni lagi.

Note : Aku tengah mood jelesssssss nie coz ada 3 orang blogger dapat panggilan untuk shooting TVC Garnier  jumaat nie.. Apsal aku tak dapat nieeeee huhuhuhuhu....

Wednesday, August 3, 2011

WW - Al Fatihah

Hi Korang,

Al- fatihah di ucapkan kepada arwah nenek (consider nenek jugaklah, ada masa nanti aku citerlah pertalian aku dengan dia) yang telah pulang ke rahmahtullah pada malam tadi di Kuantan.


Sempat jugak ktorg pi melawat di hospital weekend hari tuh. Badannya lemah sangat, tinggal tulang je. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Tuesday, August 2, 2011

Mums Biggest Worries On Newborns Media Workshop

Hi Korang,

Cam ne kau leh terlupa nak update citer pasal event ni aku tak tau lah. Mungkin dah terlalu banyak kot.  Budget retis lah kononnya kan!


Rasanya 3 minggu lepas kot, aku sempat hadirkan diri ke 'Answering Mums Biggest Worries on Newborns Media Workshop yang di anjurkan oleh PET PET Diaper product kat Restoren My CookBook Sunway Giza. Diorang ni personally invite aku thru email. Eventho aku ni belum jadi hot mom lagi kan but aku join gak as tambahkan lagi experience aku if aku ada anak nanti. 


Media workshop ini memang bagus untuk aku tau tak langsung pasal hal2 baby ni kan. Dalam media workshop ini juga ktorg diajar macamana penjagaan seseorang bayi tu dari dia lahir sampai lah dia besar. Consultant pediatrician dari Sime Darby Medical Centre Dr Khoo Phaik Choo dan celebriti Dynas Mokhtar juga menceritakan pengalaman mereka bila berhadapan dengan masalah2 mengenai bayi ini.

Dynas Mokhtar bersama anak perempuanya

Dr Khoo menerangkan dengan terperinci.

Mereka ini membuat demontrasi cara pemakaian lampin bayi yang betul dan juga cara urutan lembut untuk bayi jugak.

PET PET Products

Bagi aku memang bagus, dari media workshop ini aku dapat tahu pelbagai info penting mengenai bayi ini. Yelah cara nak mandikan, dapat kesan punca2 bayi meragam, bagaimana cara pemakanan, breastfeeding,  dan memacam lagi lah. 


Anyway thank you kepada GSD iaitu distributor PET PET diapers yang sudi ajak aku pi media workshop ini.
Rasa2nya pas ni lebih bersemangat nak jadi 'supermak' hehehe

Eleh korang yang dah jadi mak ok lah kan, dah tau banyak benda tapi aku... nan ado ye lah.. 

Kenalah banyak bersabar ek..


Monday, August 1, 2011

Dugaan Hari Pertama Berpuasa - Kenalah Sabar

Hi Korang,

Hari ni merupakan 1st day puasa untuk tahun ni. Pagi tadi sahur cornflakes dengan susu coklat je. Memang dah jadi rutin ktorg berdua ni. Mr Big kurang sket nak makan2 nasi pepagi buta ni kan. Aku pulak bukan jenis kaki sahur so itu je lah yang kitaorg bedal.


So masuk2 office pagi ni, ON apa yang patut, buat keje sket, bagi kucing makan then terus je ke Cyberjaya. Hantar kereta balik. Rasa sedih jugak nak tinggalkan WVD 865 tu kan. Yelah rasa cam dah keta sendiri. 


On the way balik office, bos call plak. Suruh cari bebarang hardware untuk project kat belakang site nie. Aku pi amik supervisor aku, terus ktorg pi shopping. Berejam gak lah mencari bebarang hardware ni kan. 


Dah abis shopping, masuk site belakang plak. Hah ko letak itu, susun ini, sambung sinun. Ermm memacam keje gak lah kena buat. Dah macam site worker pun ada kan. 

Then dah abis semua tu, barulah masuk office balik. Bukak pintu bilik, tup-tup ada meja dah berlambak2 folders kena review sebelum anto balik kat contractor. Aduh masak aku hari ni, so duduk bukak file satu-satu, review apa yang patut kan. 

Tapi baru je bukak file yang kedua, ingatan dah kurang plak coz dek letih ulang-alik kesana kemari duk dalam kereta je kan. So apa lagi rehat sekejap, update blog lah kan. Lagi menarik... hehehhehehe

Korang plak cam ne? Dugaan 1st day posa ni kan. Ada macam aku tak?