Monday, April 18, 2011

Episod Terakhir Drama Gemilang TV3

Hi Korang,

Aku baru je lepas tengok episod akhir Drama Gemilang kat TV 3 ni. Kesudahannya.. ermm kita re-cap dulu episod sebelum nie ek


Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.


Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Pada episod lepas, pula Saif berjaya menjejaki adiknya yang bernama Sidek. Rupanya Sidek yang menyelamatkan anak muridnya iaitu Rizal dari tuduhan membunuh. Jadi kesemua anak muridnya selamat menjalani peperiksaan MCE bagi tahun itu. Sementara menunggu keputusan peperiksaan, mereka bertiga bersepakat untuk menutup sementara Institut Gemilang sehingga keputusan di umumkan bagi mencari dana untuk menampung perbelanjaan Institut.

Akhirnya kesemua anak muridnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan mereka bertiga Saif, Umar dan Asmah berjaya membangunkan kembali Institut Gemilang dengan jayanya hingga ke hari ini. Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Ermm betul kan, happy ending. Even Ruhana pun ada masa ending tau. Aku suker so tak de lah adegan nangis2 kan.

Hehehehe..So minggu depan citer lain plak. Tengok trailer cam not bad jugak lah.

Seronok Menonton Di Gold Class Pavilion KL

Hi Korang,
Ingat tak lagi entry pasal aku pi tengok wayang kat GSC Gold Class kan? ala dah lama kot tapi aku terlupa nak citer kat korang lah.



Actually aku dapat tiket gold class ni masa kat event Vaseline tahun lepas, so sebelum expired baiklah gunakan. Di sebabkan citer2 yang wayang gold class yang boleh ktorg tengok kan terhad so ktorg tengok lah citer Battle Invasion : Los Angeles tu kan. Walaupun citer tu aku dah tengok but kasi chance plak mr Big layan citer tu lah.




Lepas je book ticket eventho ticket free but seating kena pilih jugak kan. Ktorg terus di instruct ke Gold Class arena. Bila masuk je ada small lounge untuk ktorg lepak2 sebelum citer bermula. Tengah duk beborak tuh, ada waiter datang untuk amik order apa yang ktorg nak makan/minum kan. Bila tengok menu memacam ada even air mabuk2 pun ada tau. Ktorg order cam biasalah popcorn dan hot chocolate. Waiter tu cakap nanti diorg akan hantar dalam panggung. Wah hebat ni layanan istimewa.

 

Biasalah sebelum masuk panggung mesti nak pi shi-shi dulu kan, ishk tak tau plak shi-shi tu apa? Toilet lah buang segala yang patut. Maklumlah sejuk kan.Rupanya dalam panggung Gold Class ni, toilet pun exclusive. Tak caya korang tengok gambo yang aku attached ni. Very-very hygiene. Cover toilet seat tu diorg letak plastic, so once guna je tekan red button then plastic tu akan terus bertukar. Even toilet RM2 kat KLCC pun tak de cam tu tau.

 

Bila masuk dalam panggung Gold Class ni, aku cam jakun sekejap. Panggungnya kecil je but kerusi even tak banyak but besau2 tau. Ala cam kerusi urut yang Osim jual tuh. Tengok seat number then terus duduk. Wah comfortable abis lah. Empuk betul kerusi tu siap ada selimut lagi tau tak. Sementara nak tunggu wayang start, leka betul aku main kerusi tuh. Kejap turun kejap naik. Yelah kat umah tak de kan, so masa ni lah nak rasa. Betul tak?


So wayang pun start, lepas adjust kerusi then terus selimut. Layan citer ni sambil minum hot chocolate dengan popcorn. Memang kombinasi yang tak sesuai langsung tapi aku suka sebab hot chocolate tu dah bertukar jadi cold chocolate. Sound effect as usual memang terbaik dari ladang lah. Macam kat sebelah telinga aku je kan citer perang ni. Langsung tak de rasa nak tidurlah walaupun dah ada kerusi yang empuk dan selimut yang tebal tu kan.


Anyway pengalaman menonton wayang di panggung Gold Class ni memang sesangat menarik dan seronok lah. Pendek kata kita di layan macam raja lah. Yelah kalau nak keluar duit sendiri memang payah kan so bila dapat tiket free ni kita enjoy lah kan.

Hah itulah hasilnya berblogging. Walaupun aku ni jarang dapat B.E tapi bila dapat benda2 cam ni best jugak kan.

Sunday, April 17, 2011

Jom Nyanyi Kome, Kome, Kome Dengan Usop Wilcha

Hi Korang,

Mesti korang2 sibuk layan kat youtube video Usop Wilcha kan. Yelah malam tadi kat Maharaja Lawak. Yang tak de Astro Warna tu cam sakit hati je kan sebab tak dapat tengok live. Ala tak per mesti ada ulangan main kat Astro Prima nanti. Alah kalau tak pun search je kat youtube kan, confirm ada punyalah.

Aku baru je tengok tengahari tadi ulangan Maharaja Lawak ni. Semalam busy dengan orang kawin. Ni baru jelah dapat tengok. Tergelak2 jugak lah kan. Majoriti pelawak mengekalkan momento performance diorg ni. Itu yang aku suka.


Apa lagi jom lah kita nyanyi sesame dengan si Usop Wilcha ni kan. Aku dah siapkan lirik lagu untuk korang nyanyi tau. Jommmm....

Desert loving in your eyes all the way
If i listen to your lies would you say
I'm a man without conviction
I'm a man who doesn't know
How to sell a contradiction

You come and go
You come and go
Karma karma karma karma karma chameleon

You come and go
You come and go

Loving would be easy if your colors were like my dream
Red, gold and green
Red, gold and green


Didn't hear your wicked words every day
And you used to be so sweet i heard you say
That my love was an addiction
When we cling our love is strong
When you go you're gone forever

You string along
You string along

Every day is like a survival
You're my lover not my rival
Every day is like a survival
You're my lover not my rival

I'm a man without conviction
I'm a man who doesn't know
How to sell a contradication

You come and go
You come and go


Hah best kan lagu nie. Penyanyi asal lagu ialah Boy George Culture Club. Tajuk lagu ni memanglah kome, kome, kome tapi sebenarnya Karma Chameleon.

So apa lagi kan, cer nyanyi cer nyanyi cer nyanyi erk..

Thursday, April 14, 2011

Premiere Screening Of Scream 4 @ GSC One Utama

Hi Korang,

Malam tadi, aku dapat lagi invitation untuk menonton filem Scream 4 di GSC 1 Utama KL. Ermm nasib baik sampai on time. Kira dapatlah seat yang cun kan.


Filem Scream 4 ini merupakan kesinambungan di antara filem2 Scream sebelum ini. Majoriti karektor adalah pelakon2 yang terdahulu. Ianya mengisahkan Sidney Prescott lakonan Neve Campbell yang didalam mempromosikan hasil tulisannya berhajat untuk mempromosikan di tempat kelahirannya iaitu Woodsboro iaitu di mana kejadian buruk yang menimpa dirinya lebih 10 tahun yang lalu. Sebaik sahaja dia sampai di Woodsboro, satu demi satu pembunuhan berlaku di sekelilingnya tanpa mengenal sesiapa pun.


Sebenarnya mimpi buruk bertopeng ini sudah menghantui Sidney sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu. Bukan sekadar mimpi buruk kerana ada nyawa yang hilang kerana mimpi menakutkan ini. Seorang pembunuh bertopeng seolah tak mau melepaskan para remaja ini.


Kini pembunuh bertopeng itu kembali muncul menghantui Sidney dan kawan-kawannya. Sidney yang sudah beranggapan bahawa hidupnya sudah aman harus menghadapi pembunuh bertopeng ini. Siapakah sebenarnya pembunuh bertopeng ini? Tiada siapa yang tahu siapakah pembunuh bertopeng ini? Adakah dia dan kawan-kawanya akan terselamat dari bencana ini.

So far filem ini sangat menghiburkan. Aku memang jarang tengok filem thriller cam ni. Segala aksi2 seram sangat real dan tidak mengecewakan. Aku yang duduk kat kerusi ni boleh terangkat2 kakilah sebab astik terperanjat je kan. Memula aku boleh agak siapa pembunuh bertopeng tu  but bila last2 tuh salah tekaan aku rupa2nya pembunuh bertopeng itu merupakan orang-orang yang berada di sekelilingnya (itu clue tu tau hhahahahahah).

Cuma aku nak pesan, kalau sesiapa nak tengok citer ni please make sure korang bukanlah orang2 yang sakit jantung dan lemah semangat kerana majoriti scene dalam filem ni banyak menggunakan darah dan pisau.

Oklah aku kasi 3.5/5 lah untuk filem Scream 4 ni
Sama-sama kita saksikan di pawagan yang bermula 15 April 2011 ini nanti.

By the way, majoriti blogggers yang datang semalam sorang pun aku tak kenal. Teruk kan aku ni, tapi yang lagi pedih mr Big cakap 'U ingat u blogger popular ke? yg semua orang nak kenal dengan u kan'. Erm hampeh betul lah..
 
 
Thank you to Churp-churp for tiket free nie.

Wednesday, April 13, 2011

Cantik Betul Maybeline NY Watershine Pure Diamonds Lipstick.

Hi Korang,

Wah bila baca entry pasal lipstick2 ni mesti korang orang2 pompuan suka kan. Yelah cuba cakap siapa yang tak nak cantik kan? Aku yang ala-ala tak berape nak comel ni pun suka sangat nak jadi cantik kan.


So exclusive musim ni, Maybeline New York telah melancarkan satu produk baru bagi lipstick iaitu Maybeline NY Watershine Pure Diamonds.

Hah, cantik kan warna dia.

Apa yang menyebabkan Maybelline NY Watershine Pure Diamonds lain dari yang lain. Ermm check it out kat bawah ni.

1. Air Semulajadi
Tak macam lipstick yang melambak2 kat pasaran luar tuh, Maybelline NY Watershine Pure Diamonds terdiri daripada air semulajadi yang memberikan gambaran sejernih kristal. Hal ini juga menjelaskan lagi warnanya sekaligus menghasilkan bibir berkilauan yang lebih terang.

2. Teknologi Partikel
Dikatakan lebih kecil dan halus daripada gincu glossy yang lain. So kalau pasang gincu ini, bibir korang nampak lebih berkilat seperti berlian. Haha.. cuba dulu baru tahu. Best je pakai rasa licin dan tak melekit lah

3. Kaya dengan Vitamin E
Selain mencantikkan bibir, lipstick ini juga merawat bibir aku yang ternyata ada masalah kekeringan sebelum ini.


Ermm apa tunggu lagi, cepat2 dapatkan kat pasaran. Ala kat farmasi, supermarket, hypermarket ermm memana je lah. Senang je nak cari asal ada kaunter Maybeline adalah lipstick ni. Lagipun murah je RM24.90. Murah kan.

Kalau nak cantik, kenalah kuar duit sket kan. Barulah ada omph!

Post ini di bawakan oleh Maybeline New York