Thursday, March 18, 2010

Im Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Salam bahagia,

Mesti korang perasan kan, some of bloggers nie asyik cerita pasal projek 400 from Nuffnang kan. Hal projek nie dah pun diumumkan secara public di post nie this-announcement-will-self-destruct-on-sunday. Aku dapat  1st jemputan tapi lom offcial lagi. So sebagai langkah awal (manalah tau, tetiba Nuffnang terlupa nak jemput kan) baik aku buat entry pasal post nie.

So betul lah projek400 nie untuk Gatsby Deodorant Street Fair, dan ianya terbuka kepada 400 orang ahli Glitterati bloggers saje tau. So details untuk event nie adalah seperti berikut :

           Date : 17 April 2010
           Time : 10am - 5pm
           Venue : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Kalau tak tau gak, korang refer kat map bawah nie.
pinjam map dr Bro Eyriqazz. TQVM

Selain dari dapat berjumpe dengan nuffies yang lain, korang gak akan dapat main macam mainan kerana pelbagai gerai mainan yang sangat2 best dan mencabar seperti bergusti sumo dalam beg udara (wow pengalaman baru nie), gladiator battles dan macam2 lagilah. Ala macam kat funfair tu kan.

Hah, hadiah plak, macam2 hadiah lah yang disediakan daripada Gatsby dan Nuffnang kot. Aku manalah tau tapi yang penting, ada cabutan bertuah a.k.a lucky draw yang bernilai lebih dari RM15,000 untuk dimenangi tau. (Mintak2 ade laptop ek, nak sangat aku menang laptop nie, kalau tak laptop dapat netbook pun jadilah kan hehhehehehehe)


Aku memang x sabar2 nak pegi nie, maklumlah geng2 yang lain semua dah dapat official invitation, cume aku je belom. Pas tu sesape yang pegi nie, Nuffnang akan masukkan RM50 dalam account Nuffnang kite. Tak ke best tu kan?

Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi, korang masuk kat sini:


Ini adalah Nuffnang Community Event.

Kalau korang yang x dapat invitation untuk event nie, baik korang log in sekarang sebab entry ini akan meletups dengan sendirinya pada 12pm 21 March 2010 (Ahad). Hah apa tunggu lagi, baik korang cepat tau.

p/s: mintak2lah dpt official invitation nie ek!! hah nak doa bayank2 nie.

High Tea Tajaan

Hidangan minum petang hari nie

Chocolate Indulgence

Hah, lazat kan? Sampai malas nak letak dalam pinggan. Makan dalam kotak je. Memang seronok makan seorang kerana kite dapat enjoy the momment. Tapi lagi seronok bile dapat bertiga kongsi satu sudu kan, terasa macam rapat je hubungan ko dan aku.

Terima kasih kat MrSecretAdmirer yang belanje cake nie.

Apa yang aku merepek nie lagi? Jom makan!!!

p/s: Sedap kan? Jgn jeles!

Dari Dapur Ke Ruang Tamu

Salam bahagia,

Comel kan Periuk Steamboat aku nie?

TAjuk pun sudah gah kan? Cakap Chef Wan plak 'From Garden to Kitchen'. Aku nie terbalik plak. Nie sebab apa? Gara2 nak tengok Akademi Fantasia 8 (AF8) la nie.

Disebabkan last weekend tak kemana-mana. Seharian duk umah. Bile dah petang mulakan sangap.Borak punye borak, tetiba:-

Aku : Dear, nak makan apa malam nie?
mrBig : Jom kite gi Seoul Garden lagi nak tak? (Nampak cam suker nor)
Aku : Dah kul berapa dah? (Muke menunjukkan tanda2 malas sebenarnya)
mrBig : Then, kite pi Tesco jelah, beli brg2 untuk makan steamboat malam nielah.
Aku : Pakai apa? (Muke bengong)
mrBig : La periuk steamboat kan kite ade pakai tu jelah. Ishkk..
Aku : Hah lah. cam ne leh lupe plak nie.

Cepat2 aku ke dapur cari periuk tu dulu. Kang x de kan naya plak kene smash dengan mrBig nie.  Bile dah jumpe, basuh dulu. Kemudian ktorg ke Tesco mencari juadah buka puasa untuk malam tu. Dah shopping2 baru teringat Sabtu kan hari tanpa beg plastik, hah sudah cam ne nak angkat bawak naik nie kang.Jawabnya kenelah beli beg recycle tuh.

Tengok dapur depan tv okeh!

Balance2 pas 2 kali makan

So sampai umah, potong,cuci,simpan apa yang patut dulu. Dalam kul 8.30 ktorg start masak. Serius siot, masak betul2 depan tv. Tak caya? korang tengok nie


Hah, baru nak percaya kan.Tengoklah betapa suker mrBig dengan masakan rebus2 nie. Aku cumer prepare barang2 je, yg lelain semua dia buat.

So ktorg makan dan makan dan makan sambil tengok AF dengan senang ati.

p/s: korang ade ke periuk nie?

Wednesday, March 17, 2010

Aku Sedey, Bukan itu sebenarnya

Salam bahagia,

Sambung kite hal semalam. Ala yang aku pening, loya tapi tak muntah tu.

So aku dah permission tuk balik awal coz kesihatan aku makin teruk. Sambil drive balik tuh, bole berhenti tepi jalan muntah plak. Nak tunggu sampai clinic jauh sangat aku pun berhenti jelah kat tepi jalan nie.

So sampai clinic, pas nak daftar segala mak neka bagai. Aku duk betul2 depan tv bawah kipas. Hah ko, disebabkan terbuai dek angin kipas tu, kau leh tertido sekejap. Sampai nurse kejutkn aku bangun lagi. Pening punye penangan kan.

Masuk jumpe Dr Ravi, lepas dia check itu check ini, bersoal jawab plak. Then check sana sini balik. Confirm mengatakan aku tak pregnant pun. Aku cume kene hypertension sket. Ala, sedeynya tak terkata, ingatkan pregnant dah aku nie.

So dengan muke sedey + mengantuk aku kuar dr bilik doctor. Jap tu mrBig call tanye, cam ne result? Bile aku cakap xde, suara dia trus tukar jadi sedey gak. Ala nak buat cam ne x de rezeki kan. Sabo jelah kan.

So aku dibekalkan dengan ubat2 untuk kurangkan hypertension aku tuh. Kena makan ini, kene makan itu, kene jaga makan. But yang penting Dr Ravi pesan, tolong jangan terlalu stress, takut nanti aku boleh kene darah tinggi plak. So far medical record aku suci dari penyakit2 kronik.

Pas tu, sampai umah makan bubur sket makan ubat then trus tido. Ingatkan boleh tido, rupanye hp plak kring krong, macam2 org telefon plak. Ish kacau betullah. Last2 tertido gak aku tanpa hiraukan segala mak neka bunyi yang ade kat sekeliling aku

Kepada kengkawan yang komen2 tu, semuanya salahlah. Nak buat cam ne kan. Kenelah cuba dan cuba lagi okeh. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Tuesday, March 16, 2010

My Favorite Surfing Spot

Salam bahagia,

Aku tengok ramai geng2 bloggers aku buat entry pasal nie. So setelah selidik punye selidik dan aku dapat jawapannya, aku pun nak buat entry pasal nie gak lah.

Ermm tempat favourite aku surfing ek? kat mane lagi kalau tak kat Study Room aku sekarang nie. Bukan apa aku agak selesa disitu. Kat bilik nie macam ala2 office tapi more to entertainment room. Kira bilik lepak ktorg. Macam2 ada, tv, PS2, nak tengok DVD pun boleh. Selain dr PC desktop, laptop ktorg pun guna gak.

So ktorg pakai P1wimax lah. Senang kan, tak payah nak wayar bersambung2, berjuntai2, berselirat sana sini kan. Cume gunakan bende yang diorg panggil Wiggy Lagipun kalau nak tengok YouTube tu senang, langsung tak sangkut2lah orang kata. Tambah plak, ktorg nie kaki travel, so nak kesana kemari senang, tak yah nak fikir internet connection ade ke tak kat tempat yang ktorg nak pegi tuh kan. Lately nie, ramai plak bloggers dah mula pakai P1wimax nie, so far diorg ckp no prob. Itu yang aku lagi suker tu.

Apa-apa pun, aku nak promote kat korang jangan lupa tengok Project Alpha Season 2 nie. La korang tak tau ape bende nie, hah korang click kat sini

Korang tengok dulu, nanti korang tau lah project apa nie tau! Project nie start bulan April 2010 nanti.Project nie dapat tajaan P1wimax dan MAS (dapatlah aku terbang2 ke awan ek) dan dipersembahkan oleh Adidas Action 3 (ermm bertambah2 lah wangi mrBig kan!)




is presented by  
and supported by  
P1 and MAS