Showing posts with label local food. Show all posts
Showing posts with label local food. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Terima Kasih Le Meridien Kuala Lumpur Di Atas Santapan Enak Ini


Hi Korang,

Ini entry bersiri sebab banyak sangat gambo makanan yang aku nak letak.

Jumaat lepas dapat jugaklah aku sampai ke Le Meridien Hotel ni untuk menjamu selera di sini. Terima kasih pada Elewyn dan Damian kerana sudi mengajak kitorang makan di Latest Recipe untuk Santapan Buffet Review pada bulan ramadhan nanti.

 @ Latest Recipe Restaurant, Le Meridien Hotel KL

Table ktorg

Ktorg yang kuat makan

Bukan aku sorang je ada lagi blogger lain seperti Hazman, K Ina KL, Jard, Afra Yuri dan Rebecca Saw. Ada jugak dari journalist dari  pelbagai majalah dan juga badan korporat.

Antara sempat di jamah

Santapan Buffet Delights ini merupakan kepelbagaian hidangan antarabangsa yang di sediakan pada bulan ramadhan nanti. Di antaranya  masakan kampong, masakan cina, masakan india, masakan jepun dan bermacam lagi dan tidak ketinggalan juga dessert2 yang menawan di kalbu.
 
 
Bagi minuman pula, free flow untuk Juice Kurma, The Tarik, Sugar Cane, Sirap Bandung dan Soya Bean sebagai penghilang dahaga pembasah tekak kan.


Ada live cooking show daripada chef2 kat sini. Mereka ni memang peramah sambil memacam pun sempat berborak lagi dengan pengunjung yang datang.


Barisan team management yang menjayakan santapan buffet ramadhan ini. Hensem kat diorg ni.

Apa lagi jom lah pi makan kat sini.

 
Santapan Buffet Delights ini dihidangkan dari 6.30pm hingga 10.30pm dari 01 – 26 Ogos 2011 tapi lebih baik buat reservation dulu kan takut tak de tempat plak nanti.
 
Harga pula mengikut hari-hari yang berlainan
Ahad – Khamis                   Jumaat dan Sabtu
RM 118 (adult)                  RM 128 (adult)
RM 59 (child)                   RM64 (child)
Prices are subject to 10% service charge and 6% government tax
 
Untuk lebih lanjut or nak buat reservation,
Boleh call Dining Reservation at 603 – 2263 7434
 
Le Meridien Kuala Lumpur
2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Tel : 603 2263 7888
 

Tunggu tau entry gambo makanan plak.. kejap je lagi ni

Monday, June 20, 2011

Fathers Day Celebration @ Muara Ikan Bakar Alai, Melaka

Hi Korang,

Aku jarang celebrate Fathers Day ni sebab ayah aku tak suka potong2 kek ni. Memang sejak dari kecil ktorg 2 beradik tak pernah merasa ni semua. So budaya ini memanglah x diterapkan.


Di sebab family Mr Big berweekend kat Melaka ni, so diorg ajaklah parent aku pi makan kat Muara Ikan Bakar ni. Ayah aku kalau pasal bab makan memang tak tolak, janji jangan citer pasal celebrate Day2 ni. Dia tak suka.

Choices of Seafood


Tukang pilih makanan

Ktorg sampai before 7pm cam tu. Orang pun tak ramai lagi. So proses pilih2 apa nak makan ni aku serahkan kat mereka bertiga ni. Memang macam-macam pilihan yang ada. Dari sebesar2 ikan sampai ke sekecik2 lala.

Cara diorang masak

Sambil nak tunggu makanan siap so sembang2 kosong dirog ni semua. Aku? ermm lapo bedal je otak2 dan jeli kelapa yang ada atas meja tuh.

Ini baru sket je yang sampai

Ermm rasa sekejap tunggu, makanan pun sampai. So apalagi bedal tak ingatlah semua. Majoriti semuanya sedap2 di tambah lagi dengan nasi lemak yang baru je bungkus kan. Cuma pedas sket je. Ktorg makan ikan pari bakar cicah sambal kicap, siakap sweet sour, sotong tepung, kupang sambal, udang

Abis je makan, aku tengok semua meja dah penuh. Ramainya orang. Eventho dah tengah bulan but still kedai2 semuanya penuh. Murah rezeki peniaga kat sini kan dan nampaklah orang2 sekarang ni sentiasa ada duit tak kira tengah bulan ke akhir bulan ke awal bulan kan.

Itu je. Simple but nice. Tak yah nak makan kat hotel bagai.

All of us kecuali mr Big, si tukang amik gambo

Thanks to Gemok dan Siti Radz (panjang umur serta murah rezeki korang ek) yang sudi menaja seafood dinner ni kan dan thanks to mama yang beria-ria sangat ajak parents aku. Katakan sekali sekala belanja besan makan.

Tup-tup bertambah lemak aku kan...huhuhuhu but I like!