Showing posts with label gaya hidup. Show all posts
Showing posts with label gaya hidup. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

XES Premium Boutique Kini Di Buka Di QUILL City Mall

Hi Korang,

Last week, sempat jugak aku ke pembukaan rasmi butik premium XES di Quill City Mall.


Rupanya hari tu jugak adalah hari pembukaan mall ni sekali, so haruslah ramai orang dan banyak jualan murah kan. Dapat jugaklah aku sambar blouse 2 helai kan demi nak dapat Jusco voucher RM50 tuh. Ini angkara hasutan Nannie dan Ayu la ni. Hahahahahhaha


XES membuka butik premium bagi mengembangkan lagi perniagaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu di Quill City Mall dan menawarkan trend terkini pada harga yang berpatutan dan bakal menjadikannya pengalaman membeli-belah yang luar biasa untuk semua orang.



Seluruh konsep pembukaan adalah Gaya Vintage dengan sentuhan lembut moden untuk meraikan pencapaian Shellys Pemasaran dalam menambah satu lagi besar XES Premium Boutique yang dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.








Di antara koleksi kasut dan beg yang menjadi pilihan pelbagai golongan masa kini.



Yang baru dinobatkan Miss XES Elegant, Mico Pun Chiew Yoek dan Pengarah Urusan Shellys Marketing Sdn Bhd, Encik, Simpson Wong melancarkan pembukaan dan berkata, ''Ia telah usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di kedai-kedai kami dengan kualiti terkemuka produk, persekitaran yang seronok dengan rasa kontemporari dan perkhidmatan yang memuaskan dari XES Premium Boutique.'' 

Dengan bermottokan

XES - Superior comfort for happy feet!
XES Signature - Bring out your personality

Rasanya XES Premium Boutique dapat memenuhi kepuasan pelanggan dengan koleksi-koleksi yang terbaik lagi cantik.





Ada acara peragaan kasut dari model-model XES termasuk juga dengan Miss XES Elegant, Mico Pun Chiew Yoek yang cantik manis ni ek.

Terima kasih kepada Sabrina yang sudi menjemput kitaorang ke launching event ni, walaupun simple tapi sangat seronok

Tuesday, July 1, 2014

Pembukaan XES Premium Boutique, Sangat Cantik SUMMER Collectionnya

Hi Korang,

Lately ni agak lembab sket mengupdate blog.

Bukan sebab puasa tapi huruf M beso dah terbayang-bayang je kat otak ni la. Sudah jangan nak mengarut, meh aku citera ceriti dengan korang pasal event ni ek.


Ini kira first time aku dapat join ke XES event, thanks to bebudak blogger yang baik hati mengajak aku pi sekali ni tau. Love u bebeh !



Siapa yang tak kenal dengan jenama barangan XES ni kan? eh famous gak wei dengan koleksi kasut dan handbag untuk wanita. Koleksi untuk lelaki dan kanak-kanak pun ada jugak.




beg untuk berweekend

suami tercinta pun ada jugak kasut untuknya

kanak-kanak pun ada

boleh jadi rimau ni kalau pakai kasut ni hehehe

Kini XES menambah lagi outlet terbaru mereka iaitu di Glenmarie Shah Alam yang merupakan butik premium yang lebih besar dan luas. Ianya juga menawarkan rekaan terkini dan harga yang berpatutan.


Majlis pembukaan di rasmikan oleh Mr Simpson Wong, Managing Director of Shellys Marketing Sdn Bhd.


“It has been our endeavor to enchance customer experience at our stores with the finest quality of products, relaxing shopping ambience with contemporary feel and superb professional service that XES Premium Boutique has on offer” kata beliau lagi


Mehlah kita intai sket koleksi terbaru SUMMER XES ni ek






Hah

Rasa seronok plak bila tengok SUMMER collection ni kan. Macam nak beli je semua ni, nak melaram tiap-tiap hari.



Meh singgah mana-mana Butik Premium XES yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Biar korang tengok sendiri samaada betul ke tidak apa yang aku cakap kan, dengan pelbagai rekaan terkini, variasi kasut selesa dipakai dikaki, beg tangan yang cantik untuk di gayakan pada setiap hari.

Tapi yang paling penting harga yang berpatutan uolls..

Selamat menjamu mata!