Showing posts with label cik lily travel. Show all posts
Showing posts with label cik lily travel. Show all posts

Monday, May 9, 2016

Hujung Minggu di CONCORDE Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Sebab malas nak balik masa SBB2016 harituh, kitaorang check in di Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Boleh gituh?

Hahahahahahahaha

bagus Dr Martin ni, jalan sana sini langsung tak gigit kaki

Tak plan pun nak check in di Concorde Hotel ni, tapi mengenangkan pagi ahadnya ada Superheroes Run di MATIC itu yang aku book bilik tuh, tup-tup larian tu cancel plak ntah apa sebab pun tak tau kan. Bilik dah booking dan dah bayar pun so duduk sajorlah. Lagipun sekarang kan musim panas, sekali sekala tidur beraircond 24 jam alangkah nikmatnye…

nampak kaunter check in dia, comel je kan

Oleh kerana semua dah bayo so cepat jelah proses check in nya, nowdays aku peratikan hotel-hotel moden semua registration kaunternya simple-simple dan minimalist, sampai aku ingat counter pertanyaan nyelah

Bilik tingkat 14, no bilik 1410.

panoromic view, alah guna iphone je senang

Deluxe room and come with breakfast for 2 person, total harga dalam RM300.50nett sebab aku booking online under booking.com tu yang dapat harga tuh. Cuma kalau book direct, aku tengok hari tu dalam RM420++ sebab weekend. Jimat sket duit mak nokss..

Ok ambik-ambik gambo bilik dulu ek.

study table, aku layan citer korea kat sini lah hah



toilet pun nak selfie ke? ishkk





Apmacam? Selesa kan

Sangat!!!



Malam tu ktorang tak keluar kemana-mana pun sebab malas. So just had buffet dinner kat Melting Pot Café lobby ni je. Nak makan kat HardRock Café cam ramai orang plak kan.













Dah nama pun buffet dinner so makan semuanya yang hado. Ktorang duduk makan dari tak de orang sampai penuh café tu kan, mostly ramai yang celebrate birthday makan kat sini. Sepanjang aku duduk makan tuh, lebih kurang 5 kali orang nyanyi lagu birthday. 










Orang datang hotel kemain cantik meletops bagai kan, aku pakai siper jepun je dengan suar pendek. Maklumlah bilik kat atas je kan, ktorang as hotel guest dapat 20% diskaun makan kat café ni. Jimat lagi duit, daripada RM200++ jadi RM176nett oklah tu sama je harga kalau makan kat HardRock jugak ek.

Naik bilik layan drama Che Ta kat Astro Ria tuh, alah citer anak tiri dia asyik manjang speaking bagai kan. Che Ta biasalah dengan loghat Kedahnya yang pekat tuh kan, tergelak-gelak nasib baik tak kene ketuk pintu dengan guest sebelah.

Descendants of The Sun - oh Soong Jong Ki i lap u..

Layan drama Korea plak Descendants of The Sun plak, sampai kul berape ntah sudah memasing tertido sebab penat seharian kat luar kan.


Bebangun je dah pagi, cuci muka gosok gigi terus turun pi breakfast.




Arghhh seronok wei breakfast buffetnya, memacam hado yang jarang ktorang makan time breakfast kan. So makan makan dan terus makan. Nampak orang pakai t-shirt Superheroes Run tuh, sian ek. Ramai gaklah ada 2-3 group kan, mesti semua dah book hotel kat sini sama cam aku sebab nak pi berlari kan.

Redho jelah ye bang, nanti ada lah run tuh.

Abis breakfast, terus ke swimming pool.


Ingatkan nak mandi tapi tengok cuaca cam lain macam je so just lepak-lepak kat tepi pool je. Ada 2-3 orang swimming je pun.

Naik bilik Mr Big sambung tido lagi, aku plak sambung layan citer Korea tu hauhauahua. Apa nak buat lagi kan, nama pun rileks so rilekslah sepuasnya..


Ktorang check out lambat dalam kul 2pm cam tu sebab tak de apa nak buat pun kan, tak kene charge pun sebab dah request awal-awal so senanglah sket tak delah tergesa-gesa nak pack barang pun kan.

Ermm sekali sekala lepak-lepak tido hotel apa salahnya, rasanya cam nak buat sebulan sekali jelah.

Feeling-feeling orang kaya lah sket kan hahaahhahaa

Itulah kisahnya…

Thursday, March 24, 2016

Shopping Kain Pasang Di Pasar Mayestik, Jakarta Selatan

Hi Korang,


Sebab baru ada masa nak tulis pasal trip budget Jakarta 2016 tuh so aku sambung balik ek.

Hehehhehe perangai kan, kalau citer personal malas aku nak citer ni nak share dengan korang tempat shopping best di Jakarta ni so aku sambunggg..



Kawan aku ni si Elly dia bijak sket, sebab dia tau masa ktorang sampai Jakarta time peak hour so straight amik teksi bluebird ke Pasar Mayestik ni. Kan Jakarta ni terkenal dengan ‘macet’nye terlampau kan. Jadi kalau jem teruk sampai 3-4 jam tak delah duit tambang teksi ktorang melambung sebab dah bayar siap-siap di airport tadi. Ermm badan kecik otak kemain pandai ek..


Memang 1 jam lebih pun ktorang sampai Pasar Mayestik ni, as per expected. 

Di sebabkan tujuan trip ni untuk beli kain buat berniaga so tak delah aku merayap satu kawasan Pasar Mayestik ni, beso wei tempatnya. Yang dalam mall bertingkat-tingkat, kat luar-luar yang jual barang jahitan, yang tempat tukang jahit siap sehari lagi sangat sangat beso.





Ktorang ke tempat kain pasang yang beli berkodi-kodi tuh, budak Elly ni memang dah ada contact dengan kedai ni so kite terjah saje. Nama kedai jangan tanye aku sebab aku sendiri pun tak ingin apo nama ek. 

Sesampai je terus naik tingkat atas.







Tengok kain – kain yang baru sampai. Aku bukan pandai pun bab-bab kain so aku duduk tepi jadi tukang kira conversion budak berdua ni. Pilih-pilih kain then kira harga, itu jelah kejenya.


Itulah dia sampai pening-pening tengok kain tapi tak muntah ek sebab hajat nak beli tu kemain tinggi lagi tau.

Batangor - macam rojak jugak lah kalau kat Malaysia

sambal pedas Batangor tu kemain sedap betul


dah kul 3ptg cam tu makan nasi goreng seafood plak, banyak giler seafoodnya

Tapi yang seronoknya layanan mesra diorang kat sini, cakap je perut lapar terus je makanan sampai, tak kisahlah apa pun diorang bagi je makan. Ktorang kan duduk kat kedai ni dari kul 11pagi sampai pukul 5 petang so dapat 2 kali makan tau hehehhehe. Yelah dah beli berpuluh juta takkan belajar makan sepinggan dua tak boleh kan hahahahha ermm shopping kat Jakel pun diorang kasi air mineral je kan..



Jangan tak tau aku pun tershopping jugak, alah beli baju raya sedondon je dengan family aku coz ktorang raya Melaka tahun ni. So settle beli 5 pasang baju raya, kain latest trend total kena bayo IDR720,000 sajor. Kira murah gak la tu aku rasa, swipe sajor debit card. Luckily aku updatekan oversea service kan, jimat sket duit cash so boleh shopping tempat lain plak ek. Memang convenience guna Maybank debit card ni tapi make sure korang ada duit dalam tu la ek. 

Berakhirlah ½ hari pertama di Jakarta ni, shopping kain sajor. Kira banyaklah ktorang abis kat situ kalau di kira semua sekali kan hehhehehe tapi seronoknya kemain lagi

Korang kalau ada plan nak ke Jakarta untuk shopping meh masukkan itinerary ke Pasar Mayestik ni, duduk 1 hari kat sini pun tak per. Next time aku nak pi yang shopping mall di Pasar Mayestik ni pulak, dengan citer lagi banyak menda-menda menarik yang ada di jual di situ.

Ok nanti sambung citer lagi ek…

Kalau korang nak tau lebih details lagi, email aku ek..