Showing posts with label charity event. Show all posts
Showing posts with label charity event. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

GUARDIAN'S Charity ‘WALK FOR A CAUSE’ Walkathon 2014

Hi Korang,

Lama tak citer pasal exercise ni kan, nampak nau pemalas sungguh. Mane tak debab badan tuh !

Arghh sudah..


Aku berjaya juga sertai charity walkathon ni bersama Guardian Malaysia. Macam tahun lepas diorang buat kat I-City Shah Alam dan untuk tahun ini ianya di adakan di Taman Wetlands Putrajaya.

Pagi ahad tu, aku bangun lewat sket malam tu tidur dalam kul 3.30pagi coz pi jemput Mr Big abis dinner company dia. Hah amik ko, kul 7.00 pagi baru bangun. 



Siap cercepat then terus pergi, sampai sana parking dah penuh so terpaksa park kat luar. Rasanya lebih 2 km menapak kat ke tapak event kan.

Dah drain energy aku kat situ ek!


Meh aku citer sket, info mengenai Guardian Charity Walkathon ni ek


Acara yang kini memasuki tahun ke-6, badan amal walkaton Guardian bertujuan untuk menyoroti pentingnya gaya hidup yang sihat dan seimbang selain mengumpul dana untuk tujuan murni. Dana yang diperoleh di agih-agihkan ke National Stroke Association of Malaysia (NASAM), National Autism Society of Malaysia (NASOM) and the National Council of Senior Citizens' Organisation Malaysia (NACSCOM)


Tahun ini, Guardian Walkathon - Walk For A Cause telah Berjaya menjual lebih 2,500 tiket. Setiap badan penerima akan menerima RM15,000.


Dalam ucapannya, Encik Ricky Soon, Pengarah Operasi, Guardian Malaysia berkata, "Sama seperti farmasi, kesihatan dan kecantikan peruncit terkemuka dan warga korporat yang bertanggungjawab, kami melanggan falsafah membawa kesejahteraan dan menyumbang semula kepada masyarakat di mana kami berkhidmat. Kami penjaga Walkathon - Walk For Punca a, yang dimaksudkan untuk melakukan hal itu; memupuk gaya hidup yang sihat dan pada masa yang sama menyumbang kepada amal ".



Dalam tempoh enam tahun yang lalu, melalui dana yang diperoleh dari Walkathon, Guardian telah menghulurkan tangan kepada pelbagai organisasi kerajaan bukan keuntungan dan badan amal untuk menyokong inisiatif masing-masing dalam pemeliharaan, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat tempatan, terutama wanita dan kanak-kanak.





Top 3 peserta yang berjalan di Most Outstanding Costume memenangi Guardian baucar bernilai RM500, RM300 dan RM200 masing-masing.





Rakan-rakan penaja bagi tahun ini adalah Berocca, Biogrow, Biore, Jenama, Dashing, Pastikan, Futuro, Lifebuoy, Nivea, Omron, Scholl, Sunplay, Super Kids, Tiger Balm dan Vaseline.


Untuk maklumat lanjut mengenai Guardian walkathon ini boleh layari www.guardianwalkathon.com

Tuesday, March 25, 2014

Dance Marathon Di World Kidney 2014


Hi Korang,

Pepagi ahad lepas, aku sempat pi menari samba ria kat One Utama.


Ala korang, suka-suka je join charity event ni yang di anjurkan oleh National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Celebrity Fitness Malaysia.


Walaupun event start kul 9.30pagi tapi dah ramai dah tunggu dari kul 7pagi lagi, yelah sebelah tu kan ade Central Park, so diorang jogging dulu then terus kemari.




Majlis di rasmikan oleh Yang Berhormat P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum beliau melawat booth-booth kesihatan yang telah pun disediakan.


Memang ramai orang tau, semuanya pakai warna merah sebagai tanda menunjukkan sokongan pada NKF. Yelah tema untuk tahun ni ialah “Kidney’s Age, Just Like You”.



Memang betul korang, menari 3 jam non-stop, ada tarian Zumba, Kukuwa African Dance, Les Mills Sh’bam dan juga Dance N Attitude (DNA), semuanya dari Celebrity Fitness punye instructor.

Aku?


Melompat-lompat, pusing kiri kanan, kiri kanan dalam 10 minit dah semput, ermm memang metabolism aku rendah betul lah.





Sudahnya aku duk amik gambar orang menari jelah..

mentedarah ayam grill kat BBQ chicken

Ishkk memang kena bersenam gak la aku ni, berjalan tu memanglah ada but fizikal exercise tak de ooo. Kira bahaya gak aku ni

Ok ok aku bersenam lepas ni nanti ek..



Tuesday, November 19, 2013

Guardian Walkathon 2013 @ I-City Shah Alam

Hi Korang,

Walaupun aku ni termasuk dalam kategori comel a.k.a budak gemuk but still energy untuk berlari dan bersenam tu ada ye.


Masa ktorang bercuti di Hotel De Art hari tuh, ktorang berdua sempat gak join GUARDIAN Charity Walkathon di I-City Shah Alam.



Mentang-mentang dekat, lambat ktorang sampai pagi tuh. Nasib baik parking still banyak lagi.


Turun je kat tempat registration, mak oi dah ramai orang. Tak kira tua, muda, kecil, besar, yang dalam stroller pun ada. Memasing bersemangat untuk berjalan kan.









Ada 3 kategori iaitu 8km, 3km dan 1km. Aku join yang 3km lah tapi dek sebab asyik ambil gambar termiss yang 3km, maka berjalan jelah 1km dengan warga senior citizen. Bila tengok diorang ni rasa sebak plak,yelah cuba korang bayangkan parents korang yang mngalami sakit macam stoke, cancer, autism kan. Tapi diorang ni bersungguh-sungguh mengabiskan route 1km tu tau.


Hasil kutipan charity walkathon ni berjumlah RM48,800 keseluruhannya yang berjaya dikutip daripada orang ramai RM24,400 dan selebihnya daripada pihak Guardian sendiri di agihkan kepada NASAM, NASOM dan NACSCOM sebanyak RM16,000 setiap persatuan.




Abis je walkathon ada plak aktiviti macam games kat stage, product samplings, Jazzercise dan lucky draw.


Yang best tu ktorang dapat masuk I-City water themepark secara percuma coz pihak Guardian dah sediakan voucher untuk semua peserta yang dah penat berjalan tadi. Seronoklah memasingkan dahlah dapat makan, dapat goodies dan dapat mandi manda kat dalam water themepark wei.


Terima kasih pada Guardian coz sudi menjemput ktorang ke charity event.Rasa amat berbaloi sangatlah. Selain dapat bersenam dapat gak berlibur sekali..

Yeah.. meh berenang-berenang dengan bebudak kecik kat kolam ni ek

Monday, March 25, 2013

THE WAVES, New Ride At Genting Highland Theme Park

Hi Korang,

Last week ktorang sempat ke Genting Highland Theme Park.

Ada charity event yang di anjurkan oleh Genting Team We Care. Best gak entertainment kanak-kanak yang kurang bernasib baik ni. Ok tak per itu kita citer jap lagi ek


Dalam pada tu sempat jugak ktorg ke launching The Wave, new ride kat Genting Outdoor Theme Park ni. Giler best tuh.

Ni tengok video yang sempat Ruby ambil pasal The Waves ni


Best kan!

Siap tutup-tutup bagai + dengan reserve lagi. Sesuatu yang unik dan terkini sket lah.

Mesti akan jadi salah satu tarikan bagi para pengunjung yang bercuti kat sini nanti

Ok ok nanti sambung lagi ek

Anyway,

Happy Monday Blues Korang....