Showing posts with label beauty product. Show all posts
Showing posts with label beauty product. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ Media Launch

Hi Korang,

Kalau cakap pasal kecantikkan memang tak pernah habis.


Dah perangai semulajadi orang pompuan kat alam semesta ni, cantik itu penting ye. Kulit yang sihat sebenarnya yang kita duk cari-cari selama ni.



Oleh sebab itu, Neutrogena, jenama penjagaan kulit no. 1 dermatologist telah pun mengeluarkan produk terbaru mereka Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ yang berupaya membuatkan kulit muka kita wanita asia ni senantiasa terhidrat dan dilindungi setiap masa.


HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ ini merupakan penambahan terbaru di dalam rangkaian hydrating mereka iaitu HYDRA BOOST. Bahan utama yang digunakan untuk penghasilan produk ini adalah Hyaluronic Acid dan Olive Extract.

Meh belajar sket pasal kulit kita ye

Ms Cindra Tsai, Group Brand Manager of Neutrogena 

Dr Chang Choong Chor, Consultant Dermatologist





Kelebihan HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ ini adalah :-

Hydration – Hyaluronic Acid and Olive Exract effectively provides over 400% of hydration to dry skin cells.

Sun protection – With board spectrum UV filters, SPF30 PA++ keeps skin well-protected against harsh environmental factors and harmful UVA and UVB rays, which darken skin and weaken its protective barrier.

Ermm tulis omputih sket coz fakta penting tuh ye.

sempat cuba gak tau


Ianya sangat menyegarkan dan teksturnya agak ringan dan juga meninggalkan kulit semakin lembut dan selesa selepas beberapa jam di gunakan.


Di antara rangkaian produk HYDRA BOOST ni adalah

Neutrogena HYDRA BOOST Mousse Cleanser
Neutrogena HYDRA BOOST Clear Lotion
Neutrogena HYDRA BOOST Essence
Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++
Neutrogena HYDRA BOOST Water Gel
Neutrogena HYDRA BOOST Night Concentrate
Neutrogena HYDRA BOOST Mask

Barulah set penjagaan muka yang lengkap kan.


Produk Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ ni boleh di dapati pada harga RM66.50 untuk 40 ml di Watson, Guardian dan farmasi berhampiran korang.

Meh LIKE facebook www.facebook.com/MyNeutrogena ye untuk lebih info lagi.

Lepas ni kalau menganjal jangan salahkan aku plak ek..



Tuesday, November 19, 2013

Guardian Walkathon 2013 @ I-City Shah Alam

Hi Korang,

Walaupun aku ni termasuk dalam kategori comel a.k.a budak gemuk but still energy untuk berlari dan bersenam tu ada ye.


Masa ktorang bercuti di Hotel De Art hari tuh, ktorang berdua sempat gak join GUARDIAN Charity Walkathon di I-City Shah Alam.



Mentang-mentang dekat, lambat ktorang sampai pagi tuh. Nasib baik parking still banyak lagi.


Turun je kat tempat registration, mak oi dah ramai orang. Tak kira tua, muda, kecil, besar, yang dalam stroller pun ada. Memasing bersemangat untuk berjalan kan.









Ada 3 kategori iaitu 8km, 3km dan 1km. Aku join yang 3km lah tapi dek sebab asyik ambil gambar termiss yang 3km, maka berjalan jelah 1km dengan warga senior citizen. Bila tengok diorang ni rasa sebak plak,yelah cuba korang bayangkan parents korang yang mngalami sakit macam stoke, cancer, autism kan. Tapi diorang ni bersungguh-sungguh mengabiskan route 1km tu tau.


Hasil kutipan charity walkathon ni berjumlah RM48,800 keseluruhannya yang berjaya dikutip daripada orang ramai RM24,400 dan selebihnya daripada pihak Guardian sendiri di agihkan kepada NASAM, NASOM dan NACSCOM sebanyak RM16,000 setiap persatuan.




Abis je walkathon ada plak aktiviti macam games kat stage, product samplings, Jazzercise dan lucky draw.


Yang best tu ktorang dapat masuk I-City water themepark secara percuma coz pihak Guardian dah sediakan voucher untuk semua peserta yang dah penat berjalan tadi. Seronoklah memasingkan dahlah dapat makan, dapat goodies dan dapat mandi manda kat dalam water themepark wei.


Terima kasih pada Guardian coz sudi menjemput ktorang ke charity event.Rasa amat berbaloi sangatlah. Selain dapat bersenam dapat gak berlibur sekali..

Yeah.. meh berenang-berenang dengan bebudak kecik kat kolam ni ek

Tuesday, May 7, 2013

[REVIEW] Nature Republic Blackhead Brake


Hi Korang,

Thanks to OnlyBeauty coz sudi kasi aku peluang untuk review barang baik ni

Aku baru je pi collect 3-Step Kit dari Nature Republic di Berjaya Times Square sama-sama plak deng budak almari jambu nie

So inilah dia BLACKHEAD BRAKE 3-Step Kit


Actually produk ni berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan minyak-minyak yang terdapat di liang pori-pori kat hidung kita ni. Ianya juga membantu untuk membersihkan kulit, memberi khasiat dan melindungi kulit daripada melarat.

Terdapat 3 jenis bahan iaitu

Pore-opening toner (30ml)

Sebum-cleaning nose pack (50 ml)

Pore-tightening serum (30 ml)

Amat sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak macam aku

Cara nak guna Nature Republic Blackhead Brake 3-step Kit ni senang je. Meh tengok cam ne aku gunakan ye


1. Cuci muka dulu, sebersih mungkin lah



2. Sapukan Pore-opening toner ni  kat hidung korang so liang-liang pori akan terbuka, jadi senang lah segala jenis daki nak keluar.


3. Kemudian sapukan Sebum-cleaning nose pack kat batang hidung macam korang pakai mask tapi kat hidung je. Sapu setebal mungkin lagi bagus. Ianya akan menyerap ke dalam liang pori yang terbuka tadi dan boleh terus menyedut kotoran degil tu semua ye



4. Biarkan kering selama 10-15 minit cam tuh. Sementara nak tunggu tu boleh korang buat keje lain




5. Bila dah kering, korang kena tanggalkan nose pack tu dengan cara menarik dari bawah ke atas. Jadi banyakla yang boleh tertanggal kan. Tapi aku buat terbalik plak, dari atas ke bawah. Alah tak perlah first time cuba, so next time tidak lagi.


6. Last sekali, sapukan Pore-tightening serum kat hidung supaya liang pori kat hidung tu akan tertutup dan  tak de dah kuman masuk kan.

Barulah hidung cantik hehehehe

Memang ianya 3-step kit tapi aku biasalah PROPA je lebih untuk sedapkan ayat. Blackhead Brake ni elok digunakan 2 kali seminggu untuk menampakkan kesan yang baik.

So korang yang ada masalah whitehead or blackhead ni aku syorkan gunakan produk ni. Hasilnya amat memuaskan hati aku.

Nak dapatkannya? Moh ke Nature Republic Outlet yang berdekatan dengan korang.



Facebook Page: Nature Republic Malaysia
Facebook Page: OnlyBeauty




Thanks to http://www.onlybeauty.com.my/ kerana beri aku peluang untuk mencuba product dari http://www.naturerepublic.biz. 


Apmacam? cantik tak? ehehehhee



Friday, March 15, 2013

I’ve Been WOWed @ L’Oreal Women Of Worth Celebration for International Women Day


Hi Korang,
Last week aku dapat jemputan secara exclusive dari L’Oreal Paris bagi menyambut International Women Day.

Kebetulan jugak hari tu memang aku dan Mr Big cuti so aku bawak dia sekali ke Setia City Mall coz lepas tu ktorg nak ke Melaka straight.

Ini first time ktorg ke Setia City Mall ni. Mak datuk boleh tahan jauh gak dari Bangi tapi berbaloi bila sampai sana. Memacam ada lebih kurang KLCC je, ktorg cam terpegun sekejap. Segal jenis kedai makan yang best-best ada kan sini. Sementara nak tunggu event start, apalagi cuci mata dulu ye.

Sebab apa exclusive ?
Rupanya L’Oreal Paris di Malaysia ni nak meraikan wanita-wanita di Malaysia ni, so aku di antara yang terpilih untuk di raikan. Event yang sangat santai. Rileks while having fun.
Memula sekali, ktorg duk di briefing mengenai kempen Women Of Worth ni. Memang aktiviti untuk wanita jelah. Yelah dah penat bekerja 24/7 non-stop kan, so kenalah di pamper sebaik mungkin.



Kemudian ada makeover tuh. Dari muka sampai ke rambut. Kalau aku tau, tak yah sesusah  make-up kan. Semuanya menggunakan produk L’Oreal. Makeup artist aku tu namanya Lily gak. So sambil makeup tu dia ada bagi tips cara menjaga kulit muka dengan betul, cara buat smokey eyes dan memacam lah.


Buat rambut plak, hairstylist aku namanya Emily. So dia yang suggest hairstyle mana yang sesuai dengan muka dak domok ni. Dia cakap dia boleh ubah aku jadi mak datin. Wah kelas ko mak datin wokeh. So sambil di pamper tuh, staff L’Oreal ni senantiasa check it out apa yang tak cukup kan.

Mr Big? Dia tukang amik gambo ler. Dah nama pun photographer, memang itulah keje dia.

Tetiba dah cantik uolls. Terkejut beruk dibuatnya sampai Mr Big cakap lain nau dah muka aku kan. Jangan dia tak kenal sudah wife dia yang domok ni.
Eh adalagi ok. Tak abis ni.


Ada photoshoot plak. Kat sinilah aku kena posing with few clothes/accessories. Walaupun dah selalu depan camera untuk shooting tapi inilah photoshoot yang aku rasa betul-betul macam model. Duk depan spotlight, tukar-tukar outfit, kena ikut instruction cameraman dan memacamlah.
Tapi hasilnya amat memuaskan hati.
Tak caya?
Tengok ni.

Betul kan, dah macam model cincin plak.

Abis photoshoot tuh, terus pi makan di Dancing Fish Restaurant. Sundanese food yang sangat sedap dan terbaik. So sambil makan-makan ni dapatlah ktorg borak-borak pasal women + food + travel kan.

Memang pengalaman yang menyeronokkan sungguh dan ktorg tak pulang dengan tangan kosong ye. Even Mr Big pun dapat goodies bag dari L’Oreal coz menyokong kempen ni.



Anyway terima kasih pada L’Oreal Paris kerana sudi menyambut International Women Day dengan kami wanita-wanita di Malaysia. Memang worth it!
Korang pun nak diraikan jugak?
Jangan bimbang, L’Oreal Paris akan mengadakan roadshow di One Utama dan Mid Valley tak lama lagi so stay tune kat blog comel aku ni. Nanti aku update datenya ye. Korang pun boleh rasai apa yang aku dapat tu tau.

Because You’re Worth It !