Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

PickNik @Solaris Dutamas

Hi Korang,

First time dengar nama restoran ni, ingatkan restoran berkonsepkan piknik (berkelah) but lain rupanya. 


Well salah ok!


Picknik ni merupakan cafe yang menghidangkan segala jenis makanan barat ala ‘comfort food’ yang mana rasanya seperti kita memasak dirumah c kita tak de masa nak masak je kan.


Tuan punya cafe adalah Nik Michael yang merupakan peserta MasterChef 1 dan juga host rancangan ‘Hello Bro Tolong Masak’ yang disiarkan di Astro Ria tidak lama dulu. Kira macam family gituh coz bapanya Dato’ Nik Ezar juga merupakan executive chef di PickNik ni.



Simple je deco café ni, rasa macam kat umah je. Friendly enviromentlah.


Malam ni ktorg di hidangkan beberapa signature dish, hasil air tangan pasangan anak beranak ini.

Di antaranya

Stracciatella Soup (RM7)
Sup ayam Itali, ada parmesan cheese, croutons, daun parsley dan putih telur

Watercress and Pear Salad (RM13)
Gabungan watercress dan pear manis yang dihiris halus, potongan strawberi, kepingan almond di tambah pula dengan sos rahsia istimewa honey mustard. Sayur dan buahnya segar.

Lamb Cutlet per piece (RM20)
Daging kambing grill yang di perap dengan rempah cili korea dihidangkan dengan sautéed spinach. Memang terasa rempah cili tuh. Tak pedas pun.

Chicken Liver Pate (RM16)
Hati ayam yang direbus dan di perhalusi di dalam cream dan dihidangkan dengan roti bakar. Rasa hanyir langsung tak de

Deep Fried Squid (RM14)
Sotong goreng dengan adunan tepung, di hidangkan dengan sos chili salsa. Tepung tak tebal so ranggup bila makan

Spaghetti Aglio Olio (RM14)
Pasta yang ditumis bersama bawang putih dan olive oil, beserta chili flakes dan udang. Simple dan sedap

Spaghetti Marinara (RM30)
Spaghetti makanan laut yang mengandungi sotong, ikan, udang, kupang dan herba di dalam sos Napoli. Sosnya memang terbaik, sedap. Ada plak cheese sket, seafoodnya ok besar-besar saiznya

Gabungan 3 Dessert dalam satu pinggan

Peanut Butter Slice (RM8), Peach Apple Cobbler (RM7), Salted Caramel Brownies (RM12)

Memang sedap, terasa yang amat peanut butternya di tambah pulak dengan sos coklat yang lazat. Tak boleh di sangkalkan lagi kenakkannya. Ada manis, masin dan rasa buah yang lazat.


Harga ok kan, tak de mahal sangat pun berpatutan. Sesuai untuk orang cam kita-kita ni.

cilok dari FB Nik Michael eheheeh jangan Nik ye...

Yang bestnya café ini, kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana Nik Michael memasak dihadapan para pelanggan kerana dapurnya yang ‘open concept’. Turun escalator je dah boleh nampak Nik Michael masak. Best tuh. Leka aku sekejap tengok cara dia masak, rileks dan tenang je siap boleh borak-borak lagi dengan customer yang ada dekat situ.

Korang nak pi, ni alamatnya

PickNik Cafe
UG1-05, Block A4,
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
Sri Hartamas Kuala Lumpur

Betul lah Nik Michael yang masak tau, korang boleh check it out nanti kat kitchen dia. Dia sedia je menanti kedatangan korang tau.

Selamat makan ye..






Tuesday, October 11, 2011

Cerita MasterChef Aku

Hi,



Eh.. korang suka tak tengok rancangan masak memasak? Yerlah.. asyik tengok Raja Lawak je.. sesekali kita cuci-cucilah mata tengok rancangan MasterChef Malaysia ni. Actually MasterChef Malaysia ni adalah satu rancangan realiti hiburan jugak tau.. Cuma ia berkonsepkan masakan. Kalau kita tengok sekarang pakar-pakar memasak yang hebat-hebat selalunya lelaki kan? Tapi kali ni.. MasterChef Malaysia ni dah round 5 tempat di Malaysia untuk mencari siapakah yang paling master sekali dalam bab-bab memasak ni.


Pada aku rancangan ni memang bagus dan memberi satu kelainan pada program realiti. Yerlah.. kalau tak asik nyanyi-nyanyi.. berlakon-berlakon kan? Kali ni Astro menampilkan sedikit kelainan dengan wujudnya Program MasterChef Malaysia ni. Di tambah pulak, aku memang dari kecik suka tengok rancangan masak-memasak kat TV tu ha.. suka tengok cara Chef perkenalkan bahan-bahan.. then sila masukkan sedikit demi sedikit.. then kacau dengan perlahan.. then bla.. bla.. bla.. Eh.. aku sukalah tengok!

Untuk acara final MasterChef Malaysia ni nanti, seramai 40 peserta yang berbakat dalam memasak telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir nanti. Yang peliknya aku tengok semua peserta ni dari macam-macam bidanglah.. ada pelakon, doktor gigi, pereka grafik, penoreh getah dan pemandu pun ada jugak. Nampak sangatlah tak kira sesiapa pun boleh ada bakat memasak ni kan? Jom tengok senarai 40 peserta yang mempuyai bakat memasak yang terpendam ni..



Dan.. jeng.. jeng.. jeng.. bukan saja pelakon, doktor gigi, pereka grafik, penoreh getah, pemandu tu pun yang boleh memasak tau.. tapi BLOGGER pun ada jugak yang berbakat ok. So.. untuk blogger pun telah dioffer untuk join MasterChef Malaysia ni. So.. ramailah blogger yang pakar-pakar memasak ni telah join. Dan akhirnya.. 10 orang blogger telah berjaya masuk ke peringkat akhir. Oh.. tahniahlah pada 10 orang yang berjaya itu.. lepas ni boleh lah bukak blog masak-memasak yek? Hehe..


Hari tu aku ingat nak join jugak.. tapi bila fikir balik macam tak payah lah kot. Bukan apa.. takut nanti aku masak sepinggan tu tak cukup pulak bila semua dah mintak siap ada yang merayu nak order bagai kan. Haha.. Tapi lah kan.. terfikir jugak.. kalau aku masuk lah MasterChef Malaysia ni.. aku rasa aku nak masak Ketam Masak Lemak Cili Api. Uh.. sodapnyalah kan??


Lepastu aku boleh posing kat dapur dengan bahan-bahan masakan macam ni kan? Uh.. terujanya! Yang lagi bestnya.. mesti aku boleh posing sambil pegang Ketam Masak Lemak Cili Api tu dekat banner MasterChef Malaysia ni kan? Uh.. syoknya!!

So.. kesimpulannya aku rasa MasterChef Malaysia ni adalah fenomena baru dan hangat lah untuk para Blogger berentap. Daripada asik berceloteh sambil tekan keyboard.. now.. berceloteh sambil pegang senduk. Uh.. kelasss!!! Tak sabar aku nak tengok rancangan MasterChef Malaysia ni start nanti. Segala details berkaitan program ini boleh lah tengok kat bawah ni yek :

Program title – MasterChef Malaysia

  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

Mengenai entry ini :-


Ianya di tulis oleh blogger Madammondoq. Seorang ibu muda yang senantiasa ceria dalam berblogging. Banyak menganjurkan contest yang gempak-gempak. Temui beliau di www.madammondoq.com

Terima kasih di ucapkan.

Saturday, March 19, 2011

Juara Raja Lawak Musim 5 Milik Man

Hi Korang,

Dah hari sabtu pun. So cutilah gamaknya kan. Tapi aku still kat opis lagi. Ada keje sket nak disettlekan. Lagipun kat site ni diorg keje 24/7 so macam biasalah kan.


Aku rasa semua orang dah tau dah yang final Raja Lawak musim 5 berlangsung malam tadi dah juaranya di miliki oleh Man dan aku rasa majoriti orang agree dengan keputusan tu kan.

Bagi aku, Man ni seorang yang berbakat besar dalam dunia lawak tanahair ni. Setiap minggu persembahannya sangat konsisten berbanding dengan peserta lain. Lawaknya simple langsung tak de unsur lucah or double meaning dan mudah difahami dan boleh buat aku dengan Mr Big gelak tak henggat. Tapi aku rasa jugak yang Man ni cengeng sket (mudah nak menangis), sebab aku perasan bila nak umumkan keputusan setiap minggu muka dia nampak cam sedih coz takut terkeluar agaknya.

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada Man kerana menjuarai Raja Lawak musim 5 ni. Aku rasa dia deserve it setelah 4 musim dia memcuba kan. Kira berbaloilahkan. Oit RM100K tu, banyak benda aku rasa dia boleh buat. Ermm seronoknya kalau aku yang dapatkan. Jangan mimpi lah gamaknya ye..


So sesiapa yang rasa Man ni tak lawak sila fikir 10-20 kali sebelum korang cakap cam tu. Bagi aku bukan senang nak bagi orang gelak lebih2 lagi bila depan orang ramai ni. Aku rasa korang pun belum tentu boleh buat lawak kan, ntah2 nak berucap pun pakai mic pun dah gugup.

Anyway, all the best to Man - Juara Raja Lawak Astro Musim 5.


pics:Google


Monday, March 7, 2011

Aznil Nawawi Confirm Pengacara Akademi Fantasia 9

Hi Korang,

Dari pagi tadi aku dengan Mr Big duk berteka-teki sapa yang bakal jadi pengacara Akademi Fantasia ke 9 ni. Bila dengar radio Era.FM buat interview dengan bakal pengacara AF9 ktorg dah boleh agak dah mesti Pak Nil lah sebab the way that dia jawab soalan2 tu lebih kurang cam Pak Nil je.


So masa on the way balik tadi, aku dengar radio memang dah confirm lah Pak Nil pengacara AF9.

Anyway congrats to Aznil Nawawi a.k.a Pak Nil kerana kembali menyandang title Pengacara AF. Aku rasa pas ni mesti lebih ramai lagi akan kembali menonton AF9 kan macam AF masa dulu-dulu.

Ermm tak dapat nak pi konsert Hore-hore coz ada outing dengan family time tu... jelessss.....

Monday, December 13, 2010

Shopping At Digital Lifestyle Expo, KLCC

Hi Korang,




Ingat aku tulis pasal Digital Lifestyle Expo hari tuh? Ala yang kat KLCC tuh. Ermm sempat jugak lah aku pi, lepas abis sessi mentekedarah dengan ex-schoolmate aku yang tak berapa kerat tuh kan.



Ramai jugak orang pi, eventho tak besar dan tak banyak barang cam expo dulu. So tak penat jugak aku jalan kan. Yelah korang bayangkan ktorg jalan kaki dari Corus hotel sampai ke KLCC convention centre. Haruslah berpeluh ketiak kan?

MrBig sibuk betul nak beli projector tv nie. Kat mana dia nak tala pun aku tak tau.

Kalau dah gamers tu, gamers jugak lah kan.. Lama jugaklah aku bertapa kat section nie. Nasib baik menang hadiah tau.

Anyway, expo tu terbahagi into 5 section. Ada barang elektrik, eletronik, handphone, multimedia, online games dan broadband. So semuanya aku pi melawat lah. Majoriti barang2 berjenama lah kan but affordable. Banyak jugaklah yang buat aku tergoda but tahan je nafsu nie untuk membeli-belah kan. Simpan duit untuk pi bercutilah.


Semua booth, wirelessnya disponsor oleh TM Unifi tau.

Luckydraw pun ada, tapi malas nak tunggu
Ramai orang jugak lepak kat area desktop/laptop accessories cam hardisk,bag laptop, mouse dan memacam lagi lah. Yang golongan tak berapa muda iaitu remaja suka lepak kat online games. Memang sesaklah tempat tu, sebab banyak dapat free gift. Section yang paling bising dan warna-warni sekali ialah area broadband. Yelah ada Celcom, Maxis, TM Net, P1Wimax. Gila-gila promosi diaorg nie. Betul2 cari pelanggan kan. TM plak sibuk promosikan TM Unifi, ala-ala cam Astro tuh but baru je start area Klang Valley. Area umah aku maybe lama lagi kot.

Ini je yang sempat disambar, hardisk dan cooling pad dan fan. Murah je


So itu je, nothing much to story. Yang penting banyak jugak gadget2 yang aku baru kenal lah.Maklum lah aku nie tak berape celik IT sangat.

Wednesday, September 1, 2010

Dia MilikKu - OST Cinta Kirana.

Hi Korang,


Hai, kenapa lah aku boleh terjebak dengan cerita Cinta Kirana nie ek? Tapi aku tak tengok pun cuma suka melayan lagu nie. Memang best lah kan.





Lirik Lagu Dia Milikku - Yovie & Nuno

semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

reff:

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

reff2:

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya
kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
kusarankan engkau mundur saja, ooo

Hah, apa macam? Best kan! Hah aku tahu korang pun dah terjebak sama kan. Citer nie tengah hebat diperkatakan. Al maklumlah hero dan heroinnya hensem dan cantik. Betul tak?

p/s : Sekarang nie pun aku tengah sibuk melalak2 nyanyi lagu nie. Nasib baik bos pi meeting. So hurayyyy... 

Friday, July 9, 2010

Debaran Perlawanan Akhir Piala Dunia

Hi Korang,

Untuk hilangkan debaran piala dunia akhir yang akan berlangsung ahad nie. Cuba korang layan lawak bola sepak nie.


Hah apa macam hilang tak rasa berdebar tu? Aku berdebar? dah tak de makna langsung. Malas dah aku nak tengok bola lagi. Aku sangat kecewa... huhuhuhuhuhuhuhuhu..

Dahlah pemain idaman hati aku dari German team 'Klose' tu dah sakit belakang plak, camne nak lawan dengan Uruguay nanti ek.

Dah! enough this entry pasal world cup!

p/s: entry tak berapa nak sedih di pagi Jumaat yang indah ini. Sebab apa indah? Sebab aku dapat tulis entry pagi nie tanpa gangguan sesiapa pun... Hebat!

Wednesday, July 7, 2010

Nenek Perkasa - Memang Kelakar

Hi Korang,

Nothing much update. Sebab busy dengan kerja-kerja di opis. Tapi sempat update blog lagi kan. Ala aku dah buat draft bebanyaklah.


Korang perasan tak, lately nie Astro ada tayang citer Nenek Perkasa nie? Sempena musin Piala Dunia nie kan. Aku siap 2-3 kali tengok citer nie. Totally memang kelakar.


Telemovie nie mengisahkan sekumpulan kaum wanita yang mempunyai minat yang sama iaitu bermain bola sepak. Kebetulan kampung mereka mencari pemain bola sepak untuk mewakili kampung mereka nie. So pelbagai suka,duka, gembira dan yang penting aksi2 kelakar dapat ditonton dalam telemovie nie. Yang penting, kapten Nenek perkasa FC iaitu Mak Tom cakap dalam loghat negeri sembilan. Itu yang best tuh.


Nah korang tengok sedutan cerita nie yang aku amik kat Youtube nie. Banyak part sebenarnya. Ini je yang dapat aku jumpa.

Apa macam kelakar kan citer nie? Kalau korang tak sempat nak tengok korang boleh layan youtube nie.Dah ada orang upload  dari mula sampai abis citer nie.

Anyway Selamat Menonton!

p/s : nak tengok citer lain plak kat youtube. Agak2 citer Kiah Pekasam dah ada orang upload ke belum ek?

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010, Bermula Hari Ini

Morning Korang,

Di antara negara yang akan bertanding.

Walaupun aku bukan peminat piala dunia yang tegar akan aku rasa majoriti semua orang memperkatakan hal piala dunia yang akan bermula hari ini secara langsung dari South Africa selama sebulan nie. Aku rasa semua TV station yang terkemuka kat Malaysia akan menayangkan opening ceremony nie secara live.

Yang paling aku tak sabar nak tengok adalah persembahan penyanyi cantik lagi seksi Shakira dengan lagu world cupnya This Time For Africa 'Waka-Waka'. Dengar2 baju untuk persembahan itu nanti di reka bertemakan piala dunia bermotifkan zebra. (Wah! kuda belanglah jadinya si Shakira nie ek).

Comel kan, maskot dia.

Selepas itu juga, ada acara perlawanan bola sepak secara live iaitu pasukan tuan rumah South Africa akan menentang Mexico. Mintak2lah diorg nie menanglah, maklumlah tuan rumah kan. Mestilah tunjuk kejaguhan mereka. Betul tak?

So, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal World Cup, korang boleh layari web nie.


Macam-macam info yang korang boleh dapat dalam website nie. Jadual perlawanan ke, pasal pasukan bertanding ke. Pendek kata macam-macam ada lah kat dalam web nie.

Oh ini rupanya piala yang di panggil Piala Dunia nie.

Korang boleh juga follow up pasal World Cup nie thru Twitter. Best kan. Senang je nak tau informasi terkini.

p/s : nasib baik mrBig bukan peminat bola sepak tegar, kalau tak dengan aku2 sekali di angkut melanguk depan tv. So nak start hafal lah lagu waka-waka nie ek. nanti boleh nyanyi2.

Thursday, April 22, 2010

Siri TV : Leverage a.k.a Robin Hood Moden

Salam korang,


Disebabkan aku nie suker gile tengok tv, nama url pun sigilatv kan. Aku nak citer la sket2 pasal citer2 yang aku tengok kat umah. Kalau malam tu, pas masak & makan, aku memang layan tengok tv dulu puas2, pas tu baru lah sibuk2 nak check email lah, update bloglah, berFB bagai lah. Bukan apa bagi chance kat mrBig surf dulu, kalau tak kang asyik tanya dah ke belom guna pc tuh. Maklumlah PC ade satu usernya ade 2 so kenalah takes turn kan.

So tiap2 malam selasa aku memang tunggu citer Leverage nie. Dari 1st season sampailah sekarang nie aku memang setia menengoknya. Citer berepisod nie mengisahkan pasal penyiasat insurance 'Nate Ford' bersama gengnya membenteras gejala2 korporat nie. Ala orang kaya tipu orang miskin, orang ade power gulingkan orang bawahan hah cam tulah. Betul2 macam Robin Hood moden.

Each episod macam2 kisah yang diorg nie buat, and setiap action tu memang tak korang tak akan jangka lah. Pelik memang pelik tapi best.

So di antara pelakon2 citer nie ialah:-


Timothy Hutton - Nate Ford. Dia nie mastermind dalam segala operasi. Tok dalang lah katakan. Kalau tak boleh cam mane pun, dia still ade idea untuk jadikan bende tu boleh.

Gina Bellman - Sophie Devereaux. Dia nie cantik, orang british la katakan. Tapi memang talented bab- bab menipu nie. Kalau berlakon2 tu jadi tokeh kaya tu memang sesuai lah..

Christian Kane - Eliot Spencer.Dia nie kuat giler orangnya. Even berlawan dengan orang sebesar mane pun dia still menang. Hebat kan. 

Beth Riesgraf  - Parker. Cantik tapi cam bodoh2 sket tapi gila tajap cipan. Dah pandai bab buat keje mencuri nie serah je kan dia.

Aldis Hodge - Alec Hardison. Computek geek. Segala akses rahsia negara semua dia boleh tembus. Memang pakar dalam IT.


Memang bestlah citer nie. Kalau korang nak tengok every Selasa. kul 9 malam AXN Channel. Astro 701. Kalau tak de astro boleh beli DVD collection diorg kat Sg Wang Plaza, berlambak giler arh.

Ermm nanti aku nak citer lagi pasal citer2 kat tv yang aku minat. Kekadang citer bebudak Wonderpets, Upin Ipin aku layan gak.

Korang plak, cam ne? citer apa yang korang minat ek?

p/s: Aku cam perasan banyak nau aku guna perkataan gile dalam entry nie. Apakah aku dah gile ataupun memang dah gile kot? ermm....

Wednesday, April 7, 2010