Showing posts with label Thai food. Show all posts
Showing posts with label Thai food. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | CHAKRI Palace Suria KLCC

Hi Korang,


Kita sambung lagi citer pasal buffet ramadhan 2016 ni ek..


Sebenarnya tahun ni rasanya cam malas pi buat review lagi tapi bila PR and Client anto email beria-ria ajak so tak sampai hati plak nak tolak kan.


Ini kali kedua pihak Chakri Palace sudi menjemput ktorang berdua ke ramadhan review untuk tahun ni. So lepas habis keja Isnin lepas terus aku ke KLCC ek, Mr Big dah standby tunggu kat sana.



Sesampai je dah ramai bloggers dan media ada, so apa lagi meh mingle-mingle around borak-borak sket then terus pi amik gambar kan. 

Menu makanan akan senantiasa berubah setiap hari, korang boleh check it out di website diroang ni. Untuk hari tuh, mereka menghidangkan Samosa, Vegetable Spring Roll, Steam Fish With Lime and Chillies, Chicken Kapitan, Prawns with Butter Sauce, Lamb With Black Pepper Sauce, Massaman Beef, Stir Fried Chicken With Sweet and Sour Sauce, Mixed Vegetables, Stir Fried Bean Curd with Thai Basil Leaves and Chillies, Nasi Briyani

Inilah di antara sebahagian menu yang disajikan di bulan Ramadhan nanti











Nampak cam tempting tak? Hah itulah sedap ooo








Jap ada lagi ni ek.... sabo sabo








Jadi apa tunggu lagi





Jom makan beramai-ramai di bulan puasa nanti

Untuk buffet Ramadhan 2016 ni, ianya bermula dari 10hb Jun 2015 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Imperial Chakri Palace ni ada dekat 2 tempat iaitu di Suria KLCC dan di Pavilion. Setiap outlet berbeza bayaran buffetnya.


Harga buffet ramadhan 2015 adalah

Outlet di Chakri Palace Suria KLCC

RM91.90 untuk dewasa 
RM47.90 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dan Warga Emas

Outlet di Chakri Palace Pavilion

RM79.90 untuk dewasa 
RM39.90 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dan Warga Emas

CITIBANK Credit Card Holder entitled to 15% Discount.

Both outlets offer a special promotion of Buy 5 Free 1 (up to 50 people only)

Bagi korang yang tempah seawal 10 Mei hingga 9 Jun 2016, korang akan dapat diskaun sebanyak RM20. Jadi, apa lagi, jangan berlengah lagi. book tempat korang sekarang untuk menikmati diskaun berbaloi ini.




Jom kita ke:-


IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

Outlet lain:

CHAKRI PALACE PAVILION
Level 4 Connrction, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.




Friday, April 8, 2016

Belanja Makan Sedap Di Boat Noodle at DPULZE Cyberjaya

Hi Korang,

Sabtu 3 minggu lepas..

Yelah aku memang cam ni, agak lembab nau lately ni mengupdate blog ek hahahaha Alah yang ni tak per pun kalau lambat sebab bukan advertorial pun kan hahahahaha sudah merapu je banyak ek!

Seharian sabtu tuh dari pagi sampai ke petang mengemas umah je.

Buang apa yang tak patut simpan, baju-baju lama asingkan, Mr Big siap buang 2 beg plastic hitam kasut yang dia tak pakai. Itulah banjer cam orang banyak kaki lepas tu dah tak payah sudahnya sedekahkan jelah kat makcik cleaner tuh. 

Bila dah kemas-kemas ni aku haruslah malas nak masak, sebab dah penat wei. Dengan betulkan tempat gantung basikal lagi, kemaskan barang-barang Dak Uban sudahnye aku baring tengah rumah bawah kipas untuk sejukkan badan. 

muke orang kemas umah dari pagi sampai ke petang

Dah masuk kul 4 petang baru ingat nak makan, perangai kan. So memasing pening tak tau nak makan apa, tup-tup aku ternampak siapa ntah post gambo makan kat Instagram di Boat Noodle. Cakap dengan Mr Big terus je siap-siap. 

Start enjin kete kancil EVO then terus jalan vrooommmmm…..

tak ramai orang pun

Sesampai je DPULZE naik sampai tingkat atas, tak pusing mana pun. Pi makan dulu, kang kalau pi shopping memang satu Jaya Grocer tu aku beli ek. Nasib baik tak ramai orang so tak yah beratur panjang.

Ini antara yang di bedal



green tea dan ice coffee


sangkaya ni sangat-sangat sedappp

Hah lantaklah makan sepuasnya, ari tu acik banjer suami tercinta sebab tup-tup ada duit terlebih plak dalam bank account hahahahaha... Total semua sekali RM89.90, nampak cam sket je mangkuk-mangkuk ni tapi sebenarnya banyak ooooo

Ok korang pun teringin gak, meh ke

Boat Noodle
Dpulze Shopping Centre,
Lot UG-19, Dpulze,
Lingkaran Cyber Point Timur,
Cyber 12, 63000,
Cyberjaya, Selangor.

Outlet diorang kat tempat lain pun banyak gak but untuk orang-orang Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang dan sewaktu dengannya datang sini jelah ek

Wednesday, July 8, 2015

Buka Puasa Di Rayyan Corner Kempas

Hi Korang,

Sebelum sebelum ni aku memang tak pernah berbuka di kedai tomyam.

Biasalah time buka dulu, selalunya aku akan buka kat umah atau pun buka di hotel sebab ada event dengan Mr Big. So kali ni bila sendirian, belajar-belajar lah hidup sebagai orang bujang kan huahauhau 

nak makan pun sibuk business lagi kawan aku ni kan

Last week pi buka dengan kawan aku Cikgu Mariana sekeluarga.

Memang tak plan pun, last minit diorang call ajak buka sekali. Padahal time tu dah kul 6.15pm so berdesup dari Nusajaya ke Setia Tropika. Hari jumaat jalan tak jem sangat coz orang gomen kat Johor ni cutikan. 

Ktorang berbuka puasa di Rayyan Corner ni. 


Alah betul-betul kat traffic light Kempas yang manjang je jem bila petang kan. Of courselah menunya makanan Thailand, dah nama pun kedai tomyam kan. 

sambal belacan dengan kurma diaorang siap-siap letak atas meja

So order apa-apa yang patut

kerabu mangga

sotong goreng tepung - macam cekodok plak kan

ayam paprik

siakap 3 rasa - ikannya garing

tomyam seafood

sayur campur

Hah ambik ko!


Cukuplah makan berempat. Licin semuanya lepas buka, sedap pun sedap makan kat sini. Tomyamnya takdelah pedas sangat pun. Semuanya cukup perasa bagai. Kira ramai gak orang berbuka kat sini, sampai meja pun fullhouse. 

Ermm itu je


Nasiblah orang puasa di perantauan ni. Mana sempat boleh je buka di mana-mana je…