Showing posts with label RamadhanBuffet 2014. Show all posts
Showing posts with label RamadhanBuffet 2014. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di ARMADA Hotel, Petaling Jaya

Hi Korang,


Ok ada lagi citer pasal buffet Ramadhan ni tau.

Ingat dah abis ke, dont worry ada banyak lagi coming soon.


So sekarang, jom kita ke ARMADA Hotel di Petaling Jaya. Ktorang memang dah jadikan restoran ni restoran ktorang sebab rasa macam syiok je bila pi makan kan sini. May be sebab ktorang dah terbiasa sangat, yelah rasanya tiap-tiap bulan ke sini kan.


Dengan lebih daripada 100 hidangan ada, Chef Eksekutif, Chew Teik Chye berjanji untuk mempamerkan pelbagai pilihan hidangan yang menekankan pelbagai perisa dan bau yang akan menggelitik lelangit anda selepas hari yang panjang berpuasa.






Disediakan khusus untuk peminat Kerabu, pihak Armada Hotel telah menyediakan beberapa jenis ciptaan inovatif kerabu seperti Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Soo Hoon.















Untuk hidangan utama, beberapa hidangan klasik yang merupakan ‘signature dish’ bagi buffet Ramadhan Armada seperti Asam Laksa, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Golek, Pucuk Paku Masak Ikan Masin, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Serai, Ikan Sembilang Panggang Berlada , Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Masak Kunyit Serai and the all-time favorite Siput Sedut Masak Cili Padi.










Pencuci mulut termasuk Kuih tradisional Melayu, French pastries dan makanan manis menggoda seperti Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Bubur Cha-Cha semua disediakan khas untuk gigi manis. Terdapat juga pelbagai minuman disediakan untuk anda untuk menghilangkan dahaga anda Cincau, Pokok Kelapa Muda, Pokok Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi.


Untuk buffet ‘Citarasa Tradisi Ramadhan Buffet Dinner’ ni, ianya bermula dari 7hb Julai 2014 hingga 27hb Julai 2014.

Harga buffet ramadhan di Utara Coffee House ni adalah

RM85++ untuk dewasa
RM43++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.


Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 6888

Ye korang, aku rasa perut aku ni dah mula menunjukkan pembesaran 2x ganda kehadapan. Takutnya mak ai, janganlah seluar tak boleh muat nanti. Memintaklah bulan puasa ni kurus sket kan.

sedap wei rojak buah ni tau

Selamat Makan Korang!


Tuesday, May 6, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di ALOFT Hotel Kuala Lumpur Sentral



Hi Korang,


Yeah.. review buffet Ramadhan 2014 lagi.


Lagipun penghujung bulan depan dah mula puasa tuh, so time ni kena siap-siap semua.



















Ini kira 2nd year aku dapat buat food review di Nook Café Aloft Hotel ni. ‘Chef’s A-List Malaysia Feast’ ini diilhamkan oleh Chef Steven Seow bersama teamnya untuk menghasilkan Chef’s Star Dishes seperti Stuffed Whole Lamb Kuzi bersama Nasi Briyani, Dhall Sayuran, Nasi Lemak, Sate, Rendang Ayam, Roasted Whole Chicken dengan Green Peppercorn sauce dan pelbagai hidangan lagi.














Eh tak nak tu je, buffetline yang lelain pun ada macam pembuka selera, salad, kerabu, roti, sup, dessert dan adalah yang lelain tuh.





















Untuk buffet ‘A-list Malaysian Feast’ ni, ianya bermula dari hari pertama bulan Ramadhan 2014.


Harga buffet ramadhan di Nook Cafe ni adalah

RM100nett untuk dewasa

Eh korang boleh gak beli ‘early bird’ voucher bagi buffet ramadhan 2014, untuk ini cuma RM80nett untuk dewasa dari sekarang hingga 27hb Jun 2014. Kira macam company-company yang nak belanja staff buka puasa ni, bolehlah consider tawaran ni. Berbaloi sangat lah!

seafood platter

baked oyster with cheese

bubur lambuk favourite Mr Big

laksa sarawak sedappp..

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2723 1154

Jom kita ke


Nook Cafe
Aloft Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur Sentral

Tel : 1800 80 6575



Makan kat sini best sket coz dapat tengok view depan KL Sentral, orang lalu lalang berpusu-pusu ke sana kemari kan. Memacam gelagat orang yang aku duk peratikan. Lagi plak sebelah hotel ni ada shopping complex baru Nu Sentral. Sementara nak tunggu time buka puasa tu, dapatlah korang shopping raya kat sini plak kan.

So blogger Suria Amanda, bolehlah bos awak beli voucher bebanyak banjer staff makan bulan pose nanti ek. Kan dekat je dengan opis kan.

Anyway,

Selamat Menjamu Selera Korang!