Showing posts with label RECIPE. Show all posts
Showing posts with label RECIPE. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

Resipi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Versi Tak Pedas

Hi Korang,


Citer masak-masak balik.


Masa raya hari tuh, mak aku ada kirim beli udang galah kat mak teh aku beli kat Pasar Chow Kit. Nak harapkan aku ermm memang malas la jawabnya. Dah lah nak parking kat situ bukan main susah. Lainlah mak teh aku, dia ada kedai kawan kat situ kan hehehhe

Sebab Mr Big tak berapa makan pedas walaupun katanya dia tu orang rembau kan, so mak aku masak tak letak cili api banyak sangat. Kang perut mendidih lagi payah plak kan.

Bukan aku tak boleh masak pun cili api ni but aku rasa kalau mak aku masak mesti lagi umpph! punye, air tangan ibu la katakan


Ni aku letak resipinya, tapi mak aku letak buah binjai bagi nak menambahkan lagi kesedapan yang tak ternilai

Bahan-bahan :

Udang Galah
Santan daripada sebiji kelapa 
9 ulas cili padi *
2 inci kunyit hidup *
1 sk garam kasar *
1 batang serai di ketuk
1biji buah binjai untuk tambah kesedapan


Cara-cara :

1. Tumbuk halus semua bahan bertanda *
2. Masukkan dalam periuk santan, serai berserta bahan tumbuk dan didihkan dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih, kacau-kacaukan selalu selama 3 minit kuah itu untuk mengelakkan santan pecah dan supaya bahan tumbuk dan santan benar-benar mesra.
4. Masukkan udang dan didihkan lagi selama 2 minit. Jangan lupa kacau-kacaukan kuahnya.
5. Masukkan buah binjai yang dihiris tebal. Ikut suka koranglah 
6. Didihkan lagi selama 3-5 minit. Perasakan garamnya.
7. Boleh segera di hidang.

Hah settle!


Kejap je masak, memang mak aku pro. Nak harapkan anak dia yang sorang ni memang pemalas betul. Masak simple-simple boleh lah kan.

Ok selamat menjamu selera korang..




Friday, July 25, 2014

RESIPI Makaroni Bakar

Hi Korang,


Lama tak buat Makaroni Bakar ni ek.

Itulah kang lelama boleh lupa plak resipi kan, so kenalah masak balik. Barulah practice makes perfect. Hehehhehe poyo sangat ayat.

Aku buat resipi macaroni bakar ni last week.

nampak cam kering plak ek..

Time tu dah tak tau nak buka apa, tengok dalam fridge dan cabinet ada plak bebarang kan, ermm moh ler masak resipi mudah lagi simple ni.

satu loyang je buat

Disebabkan tak de macaroni, jadi aku pakai penne pasta. Alah adik beradik pasta gak ni.Sama je masaknya cam rebus mee spagethi biasa. Untuk sosnya aku masak style kuah Bolognese tuh.

Alah korang googlelah sendiri resipi mudah ni ek coz aku cam malas plak nak tulis hehehehe

Ok ok selamat menjamu mata..

p/s : rasa-rasa nak pi shopping raya lagilah pas ni tapi tak tau kemana plak. Any idea ke korang?


Wednesday, July 23, 2014

Resipi Sup Tulang Sedap Dengan PHILIPS Pressure Cooker

Hi Korang,


Kan aku menang hadiah dari PHILIPS masa Philips Ultimate Cook Off hari tuh kat AEON Big Subang Jaya, ermm last week aku bawak balik pressure cooker ni ke rumah mak aku untuk di cuba.

Ini first time, tergagap jugak lah.


Browse dalam buku resipi tu aku ternampak resipi sup tulang. Ermm memang lama dah tak makan sup tulang ni coz lately harga tulang melampau-lampau naiknya kan kat KL ni. Suruh mak aku beli 2kg kat Pasar Jasin tu murah sket.



Mari aku citer sket bahan-bahan untuk masak sup tulang gerenti sedap ni

Bahan-bahan :

Tulang daging lembu tak kira berapa kilo yang korang nak masak

5 ulang bawang kecil - ditumbuk

setengah labu bawang putih ( kira-kira 5-6 ulas ) - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk

1 sup bunjut ( atau lagi senang, beli sup bunjut yang siap ada rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sebagainya. Senang! )

Lobak merah di potong panjang

Kentang yang di potong ikut suka

Garam

Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara :

Ni kan first time aku guna pressure cooker ni, so kenalah buat some setting sket. Nasib baik ada manual yang banyak membantu, yelah semuanya main tekan-tekan butang je.


1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di dalam periuk ni


2. Masukkan rempah ratus yang memacam tuh, bunga lawang, kayu manis, buah pelage dan Bunga cengkih ke dalam periuk ni.


3. Masukkan tulang


4. Masukkan air mengikut kesesuaian, jangan lebih dan jangan kurang ek.


5. Masukkan lobak merah dan kentang sekali


6. Barulah di kacau rata tau, termasuk rempah yang dimasukkan memula tadi. Tutup periuk


7. Ok pilih button TENDON/BEEF dan tekan butang START. Ni senang sebab tak yah nak setting apa-apa pun. So tunggu lah selama 30 minit, bolehlah masak lauk lain plak.



8. Lepas 30 minit, kita kena alihkan muncung kat atas penutup tuh untuk keluarkan wap-wap. Ade arahan kat penutup tuh.


9. Nampak tak segala mak neka asap keluar, itulah sebab kalau tuang air ikut suka hahahah. yang keluar tu semua lemak-lemak dari tulang tu tadi. boleh nampak cam berminyak kan periuk tuh

10. Ermm sedapnya bila dah masak, harum baunya.



Di sebabkan terlalu excited dengan sup tulang ni, so time buka puasa hari tuh aku tak sempat pun nak ambil gambar product endingnya.Mana taknya, time buka tu terus ngap makan sup tulang cicah roti kosong je.

Ermm licin seperiuk..

Tapi tak per, semua orang dapat rasa. Nenek aku bukan main sedap lagi sup tulang ni.


Of courselah sedap malah senang pulak tu nak sediakan, just campak-campak, tekan butang then masak. Bukan setakat sup je lah, boleh masak ayam, ikan, bubur, daging dan boleh buat kek lagi.. memacam kan lalalalalalalla…

Next time nak cuba resipi ini plak la..


Wednesday, July 16, 2014

Resipi Popia Ketam Meletops Yang Mudah Lagi Simple

Hi Korang,


Tergatal plak nak tulis pasal resipi la ek bulan-bulan puasa ni.

Bukan apa, hari tuh bukak-bukak fridge ternampak plak kulit popia dan crabstick ni. Asalnya kengkonon nak belajar buat sendiri popia sayur-sayuran tuh, tapi masa tak de plak.

Sudahnya sayur kemana kulit popia kemana, argh sudah. Dengan tak payah google kat internet, aku pun cuba jelah create popia crabstick ni ikut cara aku yang tersendiri.

Bahan-Bahan

Kulit popia

Isi ketam yang crabstick tuh


Bancuhan tepung gandum dan air sket untuk nak lekatkan kulit popia tu bila lepas di gulung.


Cara-caranya

1. Keluarkan kulit popia tu ek tapi make sure korang letak dalam tuala lembap coz takut ianya cepat mengering, nanti tak cantik plak kulit popia tuh.


2. Hah apa lagi, start lah melipat. Alah kalau korang biasa lipat kain atau bungkus hadiah hah korang boleh lah praktikkan. Aku ikut dah je

3. Bila dah sampai hujung, lekatkan kulit popia tu dengan bancuhan tepung gandum tuh.


4. Panaskan minyak dalam kuali

5. Goreng hingga kekuningan


6. Tada, siap untuk di makan.

Memula kelam kabut gak, cara nak melipat popia ni. Bila dah 2-3 kali buat ermm terus expert. Sampai abis isi ketam tu aku buat. 


Separuh goreng dan separuh lagi frozen kann, so senang bebila je boleh goreng kalau time lapar.

Sebab apa nama dia meletop?

Bukanlah sedap mana pun, rasa sama je cam popia lain. Yang meletup tuh, sebab masa aku tengok syiok duk goreng tup-tup isi ketam tu meletup plak keluar dari kuali. Penat jugak lah mengelap satu dapur kan. Tapi bukan semua pun, hanya ada 1-2 ketul je.


Yang lain sedap je, ktorang bedal.

Korang kalau tau apa sebab, bagitau aku ek. So boleh aku perbaiki lagi resipi popia aku ni. Mr Big cakap, maybe minyak panas sangat kot atau aku yang lambat angkat popia tuh.

Ermm agaknya lah..

Ok ok selamat mencuba korang..

Tuesday, July 8, 2014

PHILIPS Ultimate Cook-Off Finale di AEON Subang Jaya

Hi Korang,


Ni citer sebelum puasa, hehehehe rasa cam terlupa plak nak tulis ek


Sibuk duk promote pasal #philipsMYAirFryer contest ni, tup-tup ktorang bloggers kena join masak sekali tau dalam PHILIPS Ultimate Cook-Off cooking competition yang di adakan di AEON Subang Jaya.



Sebelum ini selama 3 bulan Philips melalui laman Facebook mereka Philips Home Living Malaysia telah menganjurkan pentandingan mencari 10 resepi masakan tanpa minyak. Semua resepi ini harus di masak dan di muat naik dalam laman facebookPhilips. Setelah tamat tempoh penghantaran maka 25 June telah tesenarai 10 resepi pilihan Philips, dan 10 pemenang ini akan di bertanding pada hari Philips Ultimate Cook-Off.

So 10 FB winner dan ktorang 10 bloggers ni di pasangkan masa cooking competition ni.





Sebelum pertandingan bermula, ada demonstrasi masakan daripada Duta Philips iaitu Chef Zam. Ishkk kelakar Chef Zam ni, sambil buat 2 resipi iaitu Ayam Pandan dan Stuffed Baked Apples. Nampak cam senang plak bila guna Philips Air Fryer ni.

Tibalah masa untuk ktorang main masak-masak plak.


Ktorang di bahagikan kepada 2 session sebab stesen memasak tu ada 5 je kan, aku kena session 2. So aku jadi photographer untuk bebudak session 1 ni.




Memacam skill yang diaorang ni tunjukkan, semuanya hebat-hebat belaka. Dari goreng sampai panggang ermm memang power lah. Siap diorang masak.

Jeng jeng jeng, tibalah plak giliran ktorang ni.





Partner aku Chef Mala, wah terus nak jadi chef tau sebab idea daripada dia, aku just jadi kitchen helper je. Assistant chef kengkonon lah.


Ktorang masak udang muhibbah. Resipi memang senang tapi skill nak masak tu lain macam tau. Kena tumis bahan-bahan kisar, kena caramelised kann bawang kasi lagi wangi.

Sambil tu udang tu, ktorang grill dengan Philips Air Fryer. Tak sampai 2 minit, siap udang di grill yang tidak perlu guna minyak dan cepat sangt untuk memasak. Sementara tunggu bahan tumis tu wangi, Chef Mala buat plating plak. Wah memacam yang dia bawak, daun salad, limau, tomato dan memacam lah.

Aku ikut je noks tanpa ragu-ragu kan.


Maka siaplah sudah Udang Muhibbah ni, nampak tak deco siap api-api bagai tau hehehhehe





Tibalah masa untuk judging time. Seram jugak bila Chef Zam dan Chef Marina sampai ke meja korang, berdebar-debar plak tau. Nasib baik komen membina, so tak delah rasa sedih sangat kan. Huhuhuhu

Tibalah masa yang di tunggu kan.








Team ktorang hanya mendapat tempat keempat je, jadilah daripada tak de kan. Kengkawan bloggers lain pun sama gak dapat saguhati. 




So tempat ketiga di menangi oleh team Kak Yatie dengan resipinya Salmon Huha Huha, tempat kedua di menangi oleh team Jokco dan tempat pertama di menangi oleh team Sidney dan Kelly.


Rasa tak sabar nak guna hadiah yang aku dapat Philips Pressure Cooker ni. Ermm tengah fikir nak masak apa dengan periuk ajaib ni ek.