Showing posts with label Pavilion KL. Show all posts
Showing posts with label Pavilion KL. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Sayang Nak Pakai

Hi KoranG,

Ingat tak laGi denGan entry ni 

Hah citer pasal kasut tu laH. Cuba tenGok bawah ni.



JenG jeng jeng... aku dah pi redeem pun semalam untuk di buat review. Ermm tak sangka plak aku Crocs ada desiGn cam ni. Comey kan.

Bila fikir-fikir cam sayang je nak pakai tapi apa boleh buat review punya pasal so kenalah pakai Gak kan.

Ok koranG tunGGu la review aku nanti ye

CLP notes :Kene GiGit ke bila nak pakai kasut baru ni ek..



Wednesday, April 4, 2012

Ala Barat @ Tony Roma's Pavillion


Hi Korang,

Aku kalau tak citer pasal makan dalam blog aku ni memang tak sah kan. Majoriti ada je entry makan2 kan. Sebab apa? ktorg kalau pi memana je kuar makan mesti aku terhegeh2 nak snap gambo kan. 

Bayangkan kalau weekend tu 2 ari straight ktorg makan kat luar dari breakfast sampai supper, dah berapa banyak entry makan kan. Jangan plak korang ingat aku malas masak ye. Weekdays selalunya masak kalau tak de event nak di attend lah. Weekend je selalu jalan2 cari pasal makan, berangan nak gantikan pengacara baru JJCM tuh. Ramai kata diorg ni tak best. Ermm entah lah


Ktorg memang penggemar western food. Any kind of steak ktorg try. Sebab tu nau boleh tau daging tu masak ke tak kan.  Hebat kan? dah macam FOOD CRITIC plak aku rasa.

Macam ni, ktorg pi makan last punya last punya last week.

Bread and Garlic Dip

Kickin Shrimp

Ribeye Steak

Chicken Platter

Hah yummy kan. Itu je yang sempat di snap, yang lain lupa nak snap lah plak. Time lunch ni ktorg pi makan kat Tony Roma's Pavillion KL. Tapi bukan kuar duit pun, my MIL yang banjer coz Mr Big punya hari beso hari tuh dia tak celebrate, ni kira ganti balik lah kan. Segan gak yelah sepatutnya ktorg yang banjer dia, nie terbalik plak kan.  Kata Mr Big alah sekali sekala apo salahnya.

Tengok dah jadi satu entry makan dah siap dengan gambo lagi. Aku rasa Food Blogger pun belum tentu leh challenge aku lagi kan coz everyday ada je citer pasal makan ni  hekhekehke alah rileks lah aku tulis apa yang aku makan, itu je. Bukan nak layan Food Blogger pun hehehhe

CLP notes ; Murah rezeki my MIL, boleh banjer ktorg selalu ek.



Sunday, July 3, 2011

Sunday Post : Mari Menjaga Hati

Hi Korang,

Nak ajak korang pi menjaga hati. Baca ni


Yelah dah tua-tua ni, mesti lah nak jaga hati kan bukan setakat emosi je but fizikal pun kena gak. Mana tau hati terbelah dua nanti plak kan.

Nanti aku update pasal event ni ek..

Friday, May 6, 2011

Closing Ceremony of 100 Women Campaign.

Hi Korang,

Atas jemputan Nuffnang, semalam aku sempat ke Pavillion untuk menyaksikan acara penutup bagi sambutan 100 Women. Nasib baik Michelle dan Jackie (Nuffies) serta Kenny ada. Kalau tak segan jugak. Yelah event yang ada menteri2 kan. Aku plak datang sempoi je kan.


100 Women merupakan kempen kesedaran bagi melindungi hak2 wanita di mata masyarakat. Kempen ini berlangsung selama 52 hari dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan telag pun di jalan kan seperti sessi teater, flash mobs, workshops dan banyak lagi lah.


Aku sempat tengok one of the teater yang diorang perform untuk kempen ni Life Abuse. Sangat menarik, x caya korang leh baca link yang aku dah highlight tuh.


Before acara penutup tuh, ktorg dipersembahkan bacaan puisi oleh beberapa orang pembaca puisi yang berkisah mengenai kisah kehidupan wanita hari ni. Ada juga pameran fotografi oleh beberapa photographer wanita semasa kempen ini berlangsung.

People behind 100 Women Campaign - Imran Ajmain & Dr Fazley pun ada tau.

Selesai acara penutup sesi bergambar untuk semua para penganjur,penaja, ahli2 performing arts, ktorg sempat menjamu selera tajaan TGIF. Memang sedap eventho menu yang sangat simple je.


Thank you to Nuffnang dan Kakiseni kerana sudi ajak aku untuk event ni. Semoga jumpa lagi untuk event2 yang seterusnya...

p/s : Tak sempat nak amik gambo dengan Dr Fazley & Imran Ajmain lah.. Ishkk rugi betul..


Tuesday, February 15, 2011

Family Outing Di Pavilion KL

Hi Korang,

Salam maulidur Rasul. Dah malam baru nak ucap kan.Ermm satu hari tak duduk depan laptop so cam ne nak update kan.

So nothing much aku buat hari ni kecuali outing dengan family mrBig. Tengaharinya ktorg duk melayan Hantu K Limah Balik Rumah kat Astro First. Bebudak ni dah subcribe untuk 2 hari kan. So ktorg belasah tengok. Sampai lunch pun dok tergelak2 lagi kan.


Petangnya ktorg pegi ke Pavilion KL dan Fahrenheit 88 kat Bukit Bintang tuh. Ala bukan apa saje je jejalan. Exercise kaki dan mata kan. Mana kedai yang best2 je, semua masuk especially Nine West, Toy Watch, Coach, Charles & Keith, Aldo, UniQlo dan memacam lagi lah.


Dah penat berjalan sampai sakit2 kaki dibuatlah kan, ktorg turun ke food court bawah tu untuk hi-tea. Ermm seronoklah makan tak ingat. Penuhlah meja kan dengan segala mak neka makanan kan. Apalagi sambil makan sambil gossip2 sket lah.


Lepas makan, sambung jejalan sket then nothing to do ktorg berdua terus balik dulu diorg je sambung jejalan lagi. Sampai rumah terus urut2 kaki disebabkan banyak sangat exercise kaki tadi.

Sekali sekala jejalan cam nie best jugak, at least dapat jugak release tension dan update benda2 latest kan.

Hah, korang buat apa cuti hari ni tadi ek?